12 Jam Non-Stop: ZFIX Ukir Nama Dalam Malaysia Book of Records
![]() |
Muhammad Zulhelmi Mohd Yusof.menunjukkan sijil perikhtirafan daripada 'Malaysia Book of Records'. |
Oleh: Norazni Ismail.
SHAH ALAM 07 SEPTEMBER 2025- SHAH ALAM, 7 September 2025 – Jenama tempatan Zfix mencatatkan babak bersejarah hari ini dengan mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBOR) untuk kategori "Penukaran Bateri iPhone Terbanyak Dalam Masa 12 Jam" di cawangan baharu mereka di Bangunan PKNS Bizpoint, Seksyen 7. Acara yang bermula jam 10 pagi hingga 10 malam ini menyaksikan 30 juruteknik bertauliah bekerja tanpa henti dengan sasaran menukar lebih 1,000 unit bateri iPhone, disokong oleh 10 petugas audit dan 5 kaunter verifikasi untuk memastikan setiap proses direkodkan dengan teliti mengikut garis panduan MBOR.
Ditubuhkan pada 2022, Zfix telah berkembang menjadi penyedia servis pembaikan telefon pintar yang dipercayai, khususnya untuk peranti Apple, dengan pendekatan profesional dan beretika. Pengarah Syarikat Zfix, Muhammad Zulhelmi Mohd Yusof menekankan bahawa cubaan rekod ini bukan sekadar tentang angka, tetapi untuk membuktikan industri servis telefon pintar boleh dijalankan secara sah, telus dan mengikut piawaian tertinggi. "Zfix Mobile Fest adalah simbol komitmen kami terhadap integriti, inovasi dan khidmat pelanggan, membuktikan jenama tempatan mampu menetapkan piawaian industri pada tahap global," ujarnya.
Selain cubaan mencipta rekod, Zfix Mobile Fest turut menawarkan pengalaman menyeluruh kepada pengunjung dengan pemeriksaan kesihatan telefon percuma, bengkel mini penjagaan telefon pintar, cabutan bertuah, photo booth interaktif, TikTok challenge booth, zon rehat dengan makanan ringan, Wi-Fi percuma, ruang kolaborasi jenama dan zon kanak-kanak. Inisiatif komuniti ini bertujuan memperkasa pengguna memahami kepentingan penjagaan peranti secara profesional dan sah, sekaligus meletakkan Malaysia sebagai peneraju dalam amalan servis teknologi bertauliah di rantau ini.
Comments
Post a Comment