Kolaborasi Aisha Retno dan Ade Govinda Lahirkan Single Emosional "Semoga Saja"



Oleh: Norazni Ismail.

Penyanyi dan penulis lagu asal Kuala Lumpur, Aisha Retno, sekali lagi membuktikan kehebatannya dalam industri muzik tempatan melalui kolaborasi terbaharu bersama musisi dan produser terkenal Ade Govinda dalam single berjudul "Semoga Saja". Artis yang terkenal dengan suara khas dan lagu-lagu hit seperti "Mengikat Jiwa", "Nukilanku", dan "Sutera" ini terus memperkukuh kedudukannya sejak debut pada 2018, malah pernah tampil di Billboard Times Square New York dan menjadi duta Spotify EQUAL untuk Malaysia dan Singapura pada 2022.

Single "Semoga Saja" yang dilancarkan pada 19 September 2025 ini menampilkan pendekatan berbeza daripada karya-karya kolaborasi Ade Govinda sebelum ini yang biasanya bernuansa pop-ballad. Kali ini, kedua-dua artis menghasilkan lagu dengan aransemen tempo sederhana namun sarat emosi, menggambarkan perasaan kehilangan dan doa untuk seseorang yang telah pergi. Keunikan vokal Aisha yang lembut tetapi bertenaga dipadankan dengan musik yang kaya nada dan harmoni, mencerminkan ciri khas Ade Govinda yang dikenali melalui karya-karya puitis dan menyentuh hati. Dalam projek ini, Aisha turut menyumbang idea dalam penulisan lirik bersama Ade Govinda.

Muzik video yang mengiringi single ini disutradarai oleh Bagoes Tresna Adji dengan mengambil lokasi penggambaran di Cottage Basisir Pole, Pantai Carita. Visual yang ditampilkan menggambarkan sosok Aisha yang masih menyimpan harapan akan kepulangan seseorang yang dicintai, selaras dengan tema besar lagu tersebut. Sang sutradara menekankan bahawa "menunggu seseorang yang telah pergi membuatkan kita menjadi gila, namun kedatangannya sentiasa menenangkan", yang menjadi intipati cerita dalam video muzik ini.

Mengulas tentang single terbaharu ini, Aisha berkongsi bahawa lagu ini sangat personal baginya kerana mewakili rasa kehilangan dan doa yang mungkin pernah dirasai ramai orang, dan beliau berharap pendengar dapat merasakan kejujuran dalam setiap nada serta menemui kekuatan dari harapan yang tersisa. Sementara itu, Ade Govinda menyatakan harapannya agar kolaborasi ini dapat membuka peluang kerjasama yang berterusan pada masa hadapan. "Semoga Saja" kini boleh dinikmati di semua platform muzik digital, manakala muzik videonya tersedia di saluran YouTube Ade Nurulianto.

Comments

Popular posts from this blog

Wak Dan Lebih Selesa Bergerak Solo

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia