Konsert Cinta Rasul Satu Platform Keinsafan Spiritual Melalui Nasyid



Oleh: Papadin.

KUALA LUMPUR 04 SEPTEMBER 2025 - Malam keinsafan dan kekeluargaan bakal menyelubungi Stadium Tertutup Gong Badak, Terengganu apabila Konsert Cinta Rasul dipersembahkan oleh Pro Event Management pada 3 Oktober 2025. Konsert yang bermula 8:45 malam ini menampilkan gabungan legenda nasyid Hijjaz, kumpulan kontemporari UNIC, dan penampilan istimewa Rabbani yang dijangka menyatukan generasi lama dan baharu dalam satu malam penuh makna spiritual.

Hijjaz yang terkenal dengan lagu-lagu menyentuh jiwa akan membawa penonton menyelusuri perjalanan cinta terhadap Rasulullah SAW, manakala UNIC akan memeriahkan pentas dengan gaya kontemporari dan mesej dakwah yang segar. Penampilan khas Rabbani pula dijangka menjadi kemuncak yang menghidupkan semula zaman kegemilangan nasyid tempatan, menjadikan konsert ini lebih daripada sekadar hiburan tetapi satu platform keinsafan dan renungan spiritual.

Selain persembahan muzik yang memukau, pengunjung turut dapat menikmati Letups Fest Food Festival yang menampilkan vendor tempatan, sajian viral dan rasa tradisi. Pesta makanan ini menawarkan pelbagai pilihan dari sate bakar beraroma hingga minuman fusion yang menjadi syurga buat pencinta kuliner. Cabutan bertuah sepanjang festival turut menawarkan hadiah-hadiah menarik termasuk sebuah kereta, motosikal, goldbar eksklusif dan pelbagai hadiah bernilai lain.

Menurut Pengarah Urusan Pro Event Management, Tuan Kamal, konsert ini membawa misi kemanusiaan di mana sebahagian daripada hasil kutipan akan disalurkan kepada Tabung Darul Iman bagi membantu pesakit kronik yang memerlukan sokongan di sekitar Terengganu. "Konsert ini bukan sahaja berkonsep kekeluargaan dan hiburan berjiwa, tetapi juga membawa misi kemanusiaan. Kami percaya muzik dan komuniti boleh menjadi jambatan untuk kebaikan yang lebih besar," katanya. Tiket konsert boleh didapati melalui platform rasmi jualan.

Comments

Popular posts from this blog

Wak Dan Lebih Selesa Bergerak Solo

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA