Malam Amal "Legends" Bakal Gegarkan Melaka dengan Barisan Artis Veteran



Oleh: Papadin.

KUALA LUMPUR 23 SEPTEMBER 2025- Melaka bakal menjadi saksi kepada sebuah malam penuh nostalgia dan kebajikan apabila Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) menganjurkan Majlis Makan Malam Amal "Legends" pada 1 November 2025 bertempat di Melaka International Convention Centre (MITC). Acara istimewa ini akan berlangsung dari jam 8.00 malam hingga 11.00 malam, menghimpunkan barisan legenda muzik tanah air yang tidak asing lagi di telinga peminat muzik Malaysia.

Antara artis terkenal yang akan memeriahkan pentas malam tersebut termasuklah kumpulan Sweet Charity, Kopratasa, Dato' Khatijah Ibrahim, Ito Blues Gang, Datuk Andre Goh, S. Mariam dan Helen Vellu. Kehadiran legenda-legenda ini dijangka akan membawa penonton kembali mengenang zaman kegemilangan muzik tempatan sambil menyaksikan persembahan yang pastinya menghiburkan dan penuh makna.

Selain sebagai hiburan, majlis ini turut bertujuan untuk menyalurkan bantuan terus kepada artis veteran yang uzur dan memerlukan sokongan. KARYAWAN menawarkan pelbagai pakej tajaan meja bermula dari meja biasa RM3,000, Perak RM5,000, Emas RM10,000, Platinum RM50,000 hingga pakej Berlian RM100,000. Penaja meja Platinum dan Berlian akan mendapat kelebihan ruang pameran eksklusif di lobi MITC untuk mempromosikan produk mereka.

Menurut Dato' Khatijah Ibrahim, Pengerusi KARYAWAN, hasil sumbangan daripada majlis ini akan memastikan persatuan terus berperanan menjaga kebajikan lebih 7,000 artis tanah air, khususnya mereka yang memerlukan bantuan. Bagi yang berminat untuk menempah meja atau menjadi penaja, boleh menghubungi Dato' Khatijah Ibrahim di talian 016-233 8888 atau Dato' Freddie Fernandez di 012-207 1400, serta melalui emel fredez2009@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Comments

Popular posts from this blog

Wak Dan Lebih Selesa Bergerak Solo

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia