Posts

UiTM METERAI PERJANJIAN BERSAMA JV AUTO LUBE

Image
Foto: Razali Razak LATARBELAKANG JV AUTOLUBE SDN BHD  1) PUSAT SERVIS & TRANSMIS! (KEPAKARAN DALAM TRANSMIS) / GEARBOX (MEMPUNYAI RANGKAIAN PANEL PAKARGEARBOX SELURUH NEGARA)  2) MANUFACTURING (PENGELUAR PRODUK BENDALIR AUTOMOTIF )  3)  AKADEMI / TRANSMISION CENTER (TRAINING, LEARNING,  SEMINAR KURSUS, SHARING). 4) RR & D (KAJIAN DAN PENYELIDIKAN AUTOMOTIF). Foto: Razali Razak Foto:Razali Razak   LATARBELAKANG /ISU / PERMASALAHAN  1) REVOLUSI INDUSTRI 4.0 DAN ISU GLOBAL ( DUNIA AUTOMOTIF).  2) KEKURANGAN PAKAR TEMPATAN  3) KEKURANGAN PEMAIN INDUSTRI TEMPATAN KHUSUSNYA BUMIPUTRA (BENDALIR AUTOMOTIF) O. KEPERLUAN INDUSTRI ( DATA DAN KASIAN SAINTIFIK).  4) ISU TRANSMIS! GLOBAL DAN MASALAH DALAM KONTEKS MALAYSIA (R&D PENGELUAR KENDERAAN D1 NEGARA BERMUSIM). OBJEKTIF PROGRAM KERJASAMA  1) MENGHASILKAN DATA DAN PENEMUAN SAINTIFIK,  2) MELAHIRKAN TENAGA PAKAR DALAM INDUSTRI,  3) MEWUJUDKAN KERJASAMA ANTARA PIHAK INDUS...

KESINAMBUNGAN LAGU PUTUS, NABILA RAZALI LANCAR NOVEL 'KERANA CINTA ITU ADA'

Image
  Nabila Razali bersama novel " Kerana Cinta Itu Ada" Foto: Azuddin Ahmad Zin Selepas lima bulan melancarkan single Putus, penyanyi Nabila Razali meluahkan rasa syukur apabila lagu terbaharunya itu menerima respons positif peminat dan sering dimainkan dicorong-corong radio.   Apa yang menarik Putus merupakan lagu pertama sentuhan Nabila sendiri bersama komposer Singapura Erwin Purnama dan kini telah mencapai jumlah 4 juta tontonan dilaman Youtube. Lagu Putus juga merupakan lagu kedua terbitan Nabila Razali Entertainment dan diedarkan oleh Universal Music Malaysia.   Bagi meneruskan kesinambungan lagu Putus, Nabila hari ini melancarkan novel berjudul Kerana Cinta Itu Ada yang ditulis oleh novelis popular Sophilea.   Sophilea mempunyai peminat sendiri dalam kalangan pembaca novel dan popular dengan beberapa karya antaranya Anugerah Terindah, Kerana Kau Aku Kembali dan banyak lagi. Beliau juga dinobatkan sebagai Penulis Prolifik   Bercakap tentang idea bagi...

M.O.V.E Zee Rahmat untuk segera ‘move on’

Image
  Selepas berjaya menganjurkan program realiti pertama secara dalam talian tahun lalu COF LOCKSTAR, syarikat rakaman COF Music dengan bangganya memperkenalkan bintang ciptaan mereka juga juara program itu, Zee Rahmat. Zee Rahmat, 25, atau nama sebenarnya Zainab Rahmat muncul dengan single pertama berjudul M.O.V.E hasil ciptaan Otromen, Pown Hasril dan Nas yang dilancarkan secara rasmi pada 10 Mac lalu. Menurut Zee, M.O.V.E adalah single pertamanya juga hadiah kemenangan program itu sekaligus memberikan pengalaman baharu buatnya merakamkan lagu di studio. Menariknya, lagu berentak ‘pop dance’ itu turut dihadirkan dengan video muzik rasmi yang dirakam dalam masa sehari. “Memandangkan lagu ini saya dapat semasa menjadi juara pertandingan COF LOCKSTAR dan perlu menyanyi secara langsung pada waktu itu menyebabkan sesi rakaman menjadi sedikit rumit kerana saya perlu biasakan diri dengan persekitaran yang lain. “Tapi Alhamdulillah saya dapat selesaikan rakaman dalam masa sehari....

PGMS sertai Kejohanan Muaythai Elit Senior Dan Junior Kebangsaan 2022

Image
Ahmad Syairawi Ab Rahim (kanan) giat menjalan latihan bagi kejohanan yang akan beliau sertai bagi kategori 57-60kg- Foto:Azuddin Ahmad Zin  Kejohanan Muaythai Elit Senior Dan Junior Kebangsaan 2022 akan diadakan di PUTIK, Kota Bharu, Kelantan. Pihak Persatuan Gabungan Muaythai Selangor (PGMS) akan menghantar seramai 20 orang peninju terdiri daripada 13 orang peninju lelaki dan 7 orang peninju wanita. Kesemua peninju merupakan ahli kelab-kelab Muaythai di seluruh Selangor yang telah dipilih berdasarkan prestasi dan rekod cemerlang di kejohanan-kejohanan yang telah mereka sertai sebelum ini. En Mohd Farek Urep (Penasihat Persatuan Gabungan Muaythai Selangor) ketika mejawab soalan media- Foto:Azuddin Ahmad Zin Adik Raja Izaffudin Raja Anuar (kanan) menjalani sesi latihan untuk kategori 12-13 tahun bagi berat 35 kg- Foto:Azuddin Ahmad Zin Penyertaan kali ini secara kasarnya memakan modal yang sangat banyak, dan dari segi tajaan, kita mendapat sokongan dan bantuan daripada Jabatan Belia...

JELAJAH SELANGOR XTIV 2022 DATARAN PANTAI MORIB, BANTING.

Image
  Golongan belia adalah satu aset penting yang perlu diberi perhatian tinggi dan satu pendekatan yang tersusun perlu digerakkan untuk memperkasakan lagi aktiviti - aktiviti pembangunan belia. Program Jelajah Selangor XTIV 2022 adalah satu pendekatan Kerajaan Negeri untuk merapatkan hubungan dengan golongan belia di Selangor yang terdiri daripada pelbagai latar belakang keluarga, akademik, bakat dan perusahaan. Program Jelajah Selangor XTIV 2022 turut memberi fokus kepada aktiviti pembangunan belia melalui sukan permotoran di dalam kategori motorsikal. Kerajaan Negeri amat berbangga melihat kesungguhan golongan belia di Selangor mengasah bakat mereka serta mengambil inisiatif-inisiatif khas untuk menggerakkan pelbagai aktiviti sukan permotoran motorsikal secara serius. Hal ini dapat dilihat melalui keunikan pameran motorsikal yang dipamerkan di samping aktiviti-aktiviti sukan yang lain. Program Jelajah Selangor XTIV 2022 kali ini juga telah menarik penyertaan daripada Y15zr Club Mal...

ROCK N DINE WINGS KONSERT 'SOPAN'

Image
Vokal padu dari Dato' Awie Foto: Azuddin Ahmad Zin  Malam tadi berlangsung satu konsert WINGS di salah sebuah hotel di ibunegara. Konsert yang berkonsepkan 'Rock N Dine' sempena 36 tahun WINGS dalam pembabitan mereka di arena hiburan di hadiri lebih daripada 500 tetamu dari kalangan lapisan umur yang merupakan peminat setia WINGS. Difahamkan tiket konsert telah habis di jual beberapa hari sebelum konsert. Beberapa kategori jualan meja dijual antaranya Super VVIP 14 buah meja, VIP 14 buah meja, GOLD 22 buah meja dan SILVER 11 buah meja. Dengan langkah-langkah SOP ketat yang ditetapkan, bermula jam 7.30pm pintu dibuka untuk tetamu, jam 8.30pm semua meja-meja talah dipenuhkan oleh tetamu mengikut kategori yang telah ditetapkan. Jam 8.40pm tetamu mula dihidangkan dengan makan malam yangan disediakan oleh pihak hotel. Sambil menikmati makan malam, para tetamu dihidangkan dengan iringan muzik busker. Memulakan persembahan dengan lagu 'Dari Tuhan' Foto: Azuddin Ahmad Zin T...

PAKEJ UMRAH MENARIK BERSAMA SELEBRITI POPULAR TANAH AIR

Image
  Zulin Aziz,  Faizal Ismail, Bell Ngasri dan Saharul Ridzwan antara selebriti yang turut serta menyertai pakej umrah dibawah kelolaan Syabibah Travel & Tours nanti. Foto: Azuddin Ahmad Zin. Oleh: Erra Faizal Ismail, Saharul Ridzwan, Zulin Aziz dan Bell Ngasri bakal lalui pengalaman sambut Ramadan Di Kota Makkah.  Jemaah umrah di bawah syarikat Syabibah Travel & Tours yang akan menunaikan ibadah itu sempena bulan Ramadan pada April depan bakal menikmati pengurusan umrah yang selesa dan berbaloi apabila agensi terbabit menawarkan harga serendah RM7,790. Tawaran menarik yang turut mengiringi pakej pertama berharga RM7,790 itu adalah penginapan di hotel bertaraf empat bintang iaitu di Hotel Makka Azfa Safa, Hotel Madinah Dar An Naem, 3 kali makan (makanan Asia), bagasi 24’, bag silang 20’, bag kasut serta 5 liter air zamzam. Lebih menarik, untuk pakej pertama yang akan berangkat pada 1 April depan adalah pelakon Saharul Ridzwan sebagai jemputan istimewa.  Mengul...