“YOLO LIVE SESSIONS: 3 GENERASI’ YOLO Malaysia Kini Kembali Beraksi Dengan Membawakan Konsert Terbaharu 3 Generasi Pemuzik Rock Handalan Tanah Air

YOLO Malaysia kini kembali beraksi dengan membawakan konsert terbaharu 3 Generasi pemuzik rock handalan tanah air antaranya XPDC, Noh Salleh dan SPIDER. Foto: Azuddin Ahmad Zin. Buat julung-julung kalinya, 3 pemuzik rock handalan tanah air dari 3 generasi yang berbeza disatukan di atas sebuah pentas buat pertama kalinya menerusi sebuah konsert yang paling ditunggu-tunggu ‘YOLO Live Sessions: 3 Generasi’ dengan membariskan nama-nama besar industri muzik Malaysia seperti Noh Salleh, kumpulan Spider dan band bertaraf legendaris, XPDC, yang dibawakan khas oleh jenama penganjur acara terkenal masa kini, YOLO Malaysia. Bertempat di dewan konsert serba moden, Zepp Kuala Lumpur, Bukit Bintang pada 27 Ogos 2022 mulai jam 8:00 malam, acara tersebut akan menampilkan persembahan bertenaga yang #GerentiRock. “YOLO Live Sessions adalah sebuah platform acara yang diwujudkan khusus untuk membantu pengkarya muzik kembali beraksi di pentas persembahan ketika dunia dilanda musibah COVID1...