Posts

“YOLO LIVE SESSIONS: 3 GENERASI’ YOLO Malaysia Kini Kembali Beraksi Dengan Membawakan Konsert Terbaharu 3 Generasi Pemuzik Rock Handalan Tanah Air

Image
YOLO Malaysia kini kembali beraksi dengan membawakan konsert terbaharu 3 Generasi pemuzik rock handalan tanah air antaranya XPDC, Noh Salleh dan SPIDER. Foto: Azuddin Ahmad Zin. Buat julung-julung kalinya, 3 pemuzik rock handalan tanah air  dari 3 generasi yang berbeza disatukan di atas sebuah pentas buat pertama kalinya menerusi  sebuah konsert yang paling ditunggu-tunggu ‘YOLO Live Sessions: 3 Generasi’ dengan membariskan nama-nama besar industri muzik Malaysia seperti Noh Salleh, kumpulan Spider dan band bertaraf legendaris, XPDC, yang dibawakan khas oleh jenama penganjur acara terkenal masa kini, YOLO Malaysia. Bertempat di dewan konsert serba moden, Zepp Kuala Lumpur, Bukit Bintang pada 27 Ogos 2022 mulai jam 8:00 malam, acara tersebut akan menampilkan persembahan bertenaga yang #GerentiRock.  “YOLO Live Sessions adalah sebuah platform acara yang diwujudkan khusus untuk membantu pengkarya muzik kembali beraksi di pentas persembahan ketika dunia dilanda musibah COVID1...

RAJA BUAH-BUAHAN KEMBALI DENGAN JALAN KE PESTA DURIAN & KEBUDAYAAN ANTARABANGSA MALAYSIA 2022

Image
Dari kiri:  Mr Simon Chin, (Founder of Dking), YBhg. Dato Dr. Gavin Voon, (Chairman of National Consumer Action Council, MTPN Selangor), YBrs. Puan Rosnah Mustafah (Senior Deputy Director of Tourism Malaysia), Mr Leron Yee (Founder of Dking), Mr Badrul Hisham Hilal (Senior Manager, F&B and Agro-Based Unit MATRADE). Foto: Azuddin Ahmad Zin.  YBrs. Puan Rosnah Mustafah, Timbalan Pengarah Kanan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia), merasmikan pengumuman The Road to Malaysia's International Durian & Culture Fest 2022 (MIDCF) - festival gaya bufet dengan durian dan buah-buahan tropika untuk memberi para peserta pemandangan tentang budaya Malaysia.  Dianjurkan bersama Malaysian Inbound Chinese Association (MICA) dan disokong oleh Tourism Malaysia, festival ini menandakan usaha untuk meningkatkan budaya dan pelancongan Malaysia di peringkat tempatan dan antarabangsa oleh Dking -salah satu nama terbesar dalam industri buah Durian. Sepanjang dekad yang lalu, Malaysia te...

PRESTASI PROGRAM SELANGOR MEGA JOB FAIR 2022

Image
  Kerajaan Negeri Selangor telah berjaya melaksanakan Program Selangor Mega Job Fair 2022 pada 11 & 12 Jun 2022 yang lalu bertempat di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam. Program yang dijalankan selama dua hari itu telah menerima kehadiran seramai 8,201 orang. Jumlah pemohon yang berjaya mendapatkan pekerjaan adalah 1,996 orang sehingga 06 Julai 2022 manakala 3,601 telah berjaya di temuduga kali kedua. Atas komitmen bagi mengekalkan kadar pengangguran di bawah 4%, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan komited meneruskan program Selangor Mega Job Fair 2022 kali kedua pada bulan September bertempat di MAEPS, Serdang. Program Selangor Mega Job Fair yang akan diadakan nanti bakal melibatkan penyertaan lebih 200 syarikat yang turut memfokuskan sektor perhotelan, industri sukan dan peluang kerjaya untuk Orang Kurang Upaya (OKU). Diharapkan rakyat Negeri Selangor, khususnya belia dapat mengambil peluang yang disediakan ol...

JOM ALAMI KERIANGAN BORNEO MUSIC FESTIVAL LIVE 2022 BERSAMA ALAN WALKER DAN DJ SODA SEPTEMBER INI

Image
Buat julung kalinya peminat muzik tempatan berpeluang menikmati Borneo Music Festival Live 2022 yang bakal diadakan di Sarawak Cultural Village, Kuching, Sarawak pada 9 dan 10 September 2022.  Festival tersebut dibawa secara eksklusif oleh Amazing Aurora Entertainment dan dianjurkan oleh Firmament Event Studio dengan kerjasama More Entertainment. Penganjuran yang pertama kali diadakan secara terbuka di Sarawak itu bakal menghimpunkan artis dari enam negara di seluruh dunia, selain itu, fesival tersebut juga bakal menyatukan pelbagai genre muzik pada satu platform yang sama. Pengunjung festival berpeluang untuk menari dan menyanyi sepuas hati dengan Alan Walker dari United Kingdom, DJ Soda dari Korea Selatan, DJ Alexis Grace, DJ Ice Cream, DJ Chacha, DJ MYVAX dan DJ Paul dari Malaysia, Nicole Chen dari Singapura, DJ X Factor dari Filipina, DJ Venom C dan Moski Love dari Indonesia serta barisan penyanyi Malaysia seperti Rynn Lim, ThomasJack dan Priscilla Abby bersama kumpula...

JO FLIZZOW BAKAL ULANG KEJAYAAN BERSAMA SONAONE DALAM 'SATU MALAM DI TEMASEK'

Image
    26 JUN 2022 — Dalam sebuah industri yang tidak terjangka, Joe Flizzow nampaknya masih mempunyai sentuhan emas dalam setiap hentian, melewati kerjaya seni dan keperibadiannya. Bermula sebagai salah seorang ahli kumpulan rap duo legenda Too Phat, beliau kini berjaya mencipta nama dan memegang gelaran sebagai penyanyi hip hop nombor satu negara. Malah beliau juga terkenal sebagai penerbit, pencipta lagu serta usahawan yang prolifik, dan sentiasa ingin memajukan  dirinya. Album solo sulungnya yang berjudul The President satu Ketika dahulu pernah merangkul anugerah Album Inggeris Tempatan Terbaik di acara Anugerah Industri Muzik (AIM) 2009. Kejayaan berterusan saat album Bahasa Malaysianya Havoc mencuri tempat pertama di carta iTunes Malaysia pada tahun 2013.  Walau sudah meraih pelbagai kejayaan namun dirinya masih belum ingin berhenti. Beliau kembali dengan sebuah lagi mahakarya berjudul 'SATU MALAM DI TEMASEK SATU MALAM DI TEMASEK', merupakan sebuah karya yang sara...

Showcase Wings One Night Only Live In Kuching, pasti rock!

Image
 Tiket Konsert Wings yang bakal berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), KLCC, pada 15 Julai ini yang habis dijual dalam tempoh 15 minit selepas dilancarkan bukti kumpulan legenda rock ini mempunyai peminat tersendiri dan luar biasa. Kredibilti yang dibawa Wings sepanjang 38 tahun dalam industri muzik tanah air menjadikan mereka kumpulan yang cukup disegani.  Dianggotai oleh Dato’ Awie (vokalis), Syam dan Edrie (pemain gitar), Eddie (pemain bass) serta Black (pemain dram) adalah nyawa kepada Wings hingga menjadikan mereka kekal relevan sehingga kini.  Selepas sekian lama tidak muncul dengan persembahan berskala besar, Wings kembali menerusi Showcase Wings One Night Only Live In Kuching di Sarawak Chambers, Riverside Majestic Hotel, Kuching pada 27 Ogos 2022.  Penganjurnya Bidari Mohamad Suhaili dari BMS EVENT berkata, alasan utama membawa Wings masuk ke Kuching adalah kumpulan itu mempunyai ramai peminat selain vokalis Datuk Awie yang ada pengikut tersendiri....

Showcase Awie Romantika, Dato’ Awie & Erra Fazira kembali bersama

Image
Kejayaan penganjuran Konsert Awie Romantika di Stadium Malawati, Shah Alam pada tahun 2020 membuktikan figura bernama Dato’ Awie masih hebat.Apatah lagi konsert yang turut menampilkan penyanyi dan pelakon Erra Fazira itu mengembalikan semula kenangan dan memori indah mereka ketika menjayakan filem Sembilu dan Sembilu 2. Terbuai dengan muzik indah lagu-lagu solo nyanyian Awie, 54, atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman seperti Tragedi Oktober, Ukiran Jiwa, Di Bayang Awan, Ratuku, Di Penjara Janji, Alif Ba Ta Duniaku dan banyak lagi membawa peminat larut dan terus jatuh cinta. Selepas dua tahun, aura konsert itu masih kekal dalam ingatan dan disebabkan itu syarikat FazBuzz Event & Media Sdn Bhd dengan kerjasama Awie Entertainment dan HS Shazlicious membawakan Showcase Awie Romantika bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, Sabah pada 20 Ogos 2022. Menariknya, Showcase Awie Romantika berkonsepkan makan malam dengan jualan meja ini turut menampilkan pr...