Posts

PERFUME PARADISE PENAJA UTAMA HAVOC FOOD FESTIVAL 2024-2025

Image
Oleh: Norazni Ismail. SHAH ALAM 21 OKTOBER 2024- Memasuki tahun kelima penganjuran, Havoc Food Festival di bawah platform Havoc Event Management Sdn Bhd masih mempunyai matlamat yang sama iaitu menjadi hub atau karnival makanan terbaik buat para usahawan bumiputera dalam menjana pendapatan. Terbaharu, Havoc Food Festival akan bermula 24 Okt sehingga 27 Oktober 2024 di Dtempat Country Club Sendayan, Negeri Sembilan bermula pukul 11 pagi hingga 12 tengah malam, dan mereka akan ke terbang buat julongkalinya ke Sabah bersempena Havoc Tour Sabah 2024 mulai 30 Okt sehingga 3 Okt di SICC Kota Kinabalu Sabah dan meneruskan Havoc Food Festival di Komplek Sukan Sandakan pada 6 Nov hingga 10 NOV 2024. Havoc Food Festival sekali lagi juga bukan tentang karnival makanan semata-mata tetapi diisi pelbagai aktiviti buat pengunjung dan menampilkan vendor-vendor tempatan, serta memberi peluang kepada usahawan makanan untuk memasarkan produk mereka kepada lebih ramai orang, seterusnya meningkatkan penda...

Kelab Bolasepak Nuri (Nuri FC) Kepong Beri Pendedahan Kepada Pemain Muda Menerusi Penganjuran Karnival Bola Sepak

Image
Oleh: Khairil Hassan. KUALA LUMPUR 21 OKTOBER 2024- Kelab Bolasepak Nuri (Nuri FC) Kepong telah berjaya menganjurkan Karnival Bola Sepak Bawah 18 Tahun bersempena dengan sambutan Hari Sukan Negara yang disambut baru-baru ini. Acara ini berlangsung di Padang Awam Taman Daya Kepong dan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu U8, U10, dan U12, melibatkan pemain-pemain muda di bawah usia 18 tahun. Karnival ini diadakan dalam dua tarikh berbeza: pada 13 Oktober 2024 untuk kategori U8 dan U10, serta pada 20 Oktober 2024 untuk kategori U12. Acara ini terbuka kepada 20 pasukan di peringkat kelab, dengan setiap pasukan terdiri daripada 13 pemain. Menurut jurucakap Nuri FC, Mohd Isa Ibrahim, objektif karnival ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pemain-pemain muda dan melahirkan bakat pelapis baru dalam sukan bola sepak. Karnival ini juga bertujuan untuk menyemarakkan semangat Hari Sukan Negara dan mendapat sokongan daripada pelbagai organisasi termasuk Majlis Perbandaran Selayang. “Kami p...

Majlis Penyampaian Bantuan Bakul Makanan kepada Asnaf dan Bekas Tentera di Masjid Jamek Batu Arang

Image
YBhg. Dato Paduka Nazri Ismail (Master PAME) (tengah) menyampaikan sumbangan kepada penerima. Oleh: Norazni Ismail. Batu Arang, 20 Oktober – Yayasan Kal Venture Group Sdn. Bhd. telah menganjurkan satu majlis penyampaian bantuan bakul makanan kepada golongan asnaf dan bekas tentera bertempat di Masjid Jamek Batu Arang. Seramai 30 penerima telah menerima bantuan daripada yayasan ini, termasuk golongan asnaf dan veteren tentera. Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato Paduka Nazri Ismail (Master PAME), yang dalam ucapannya mengucapkan syukur atas kejayaan program bantuan ini yang telah mencapai lebih daripada 45 lokasi setakat ini. Beliau menyatakan bahawa matlamat utama Yayasan Kal Venture adalah untuk membantu masyarakat yang kurang berkemampuan, sejajar dengan niat asal penubuhan syarikat itu.  YBhg. Dato Paduka Nazri Ismail (Master PAME) (tengah) menyampaikan sumbangan kepada penerima. "Bantuan asas yang disampaikan dalam program ini berbentuk barangan makanan bernilai RM100 d...

Teater Di Sebalik Topeng tiada niat untuk mengaibkan sesiapa-Fauziah Ahmad Daud.

Image
Kuala Lumpur: Pelakon dan penerbit terkenal, Fauziah Ahmad Daud tiada niat untuk mengaibkan sesiapa menerusi teater terbitannya berjudul Di Sebalik Topeng, sebaliknya sekadar ingin mengusik isu-isu semasa yang sedang hangat diperkatakan di media sosial.  Fauziah atau mesra disapa Ogy berkata, sekiranya terdapat netizen yang mensensasikan dialog atau jalan cerita yang dilontarkan dia tidak ambil peduli kerana karya yang dihasilkan mencerminkan realiti yang berlaku dalam masyarakat kini. “Netizen kadang-kadang kita buat sesuatu perkara pun mereka akan kecam. Seperti dialog saya dalam teater ini, mereka suka ‘mengorek’ cerita.  “Apa saja cerita saya yang tidak ‘FYP’ (trending), sampai saya kadang-kadang pun terfikir, cerita apa ni? “Apa yang dipersembahkan itu adalah cerita benar dan realiti sekarang. Saya tidak rasa sudah buat sesuatu yang salah sebab kami tidak mengaibkan sesiapa. Saya pun tahu Akta Media Sosial,” katanya pada majlis pra-tonton teater Di Sebalik Topeng yang ber...

Ernie Zakri Raikan Pencapaian: Artis Malaysia yang dipaparkan dalam Senarai EQUAL Spotify dan Billboard Times Square New York untuk kali ke-2, Kemenangan ABP36, dan Pelancaran istimewa 'Masing Masing' versi Piano.

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR, 18 OKTOBER 2024 - Penyanyi bersuara lunak, Ernie Zakri, sekali lagi memukau peminat dan pencinta muzik tanah air dengan pelancaran semula lagu hit beliau berjudul Masing Masing, kali ini dalam versi piano yang penuh emosi dan intim. Lagu yang menampilan kolaborasi Ernie Zakri dan Ade Govinda itu berjaya mencuri perhatian ramai dengan susunan muzik yang penuh tenaga kini diberi nafas baru melalui interpretasi yang lebih lembut dan menyentuh hati. Versi piano Masing Masing ini menampilkan kerjasama antara Ade Govinda dan Nabila V selaku penulis, komposer Ade Govinda sendiri dan diterbitkan oleh William Chow. Versi inimenonjolkan kelunakan vokal Ernie Zakri yang penuh penghayatan, memancarkan emosi yang mendalam dari setiap bait lirik yang disampaikan. Dengan susunan muzik minimalis yang hanya diiringi oleh piano, pendengar dapat merasai keindahan sebenar vokal beliau serta mesej di sebalik lagu ini. Menurut Ernie, Masing Masing versi piano ini adalah ...

Ikhwan Fatanna lahirkan Cahaya Mata sempena kelahiran anak sulung

Image
Oleh: Norazni Ismail. Penyanyi dan penulis lagu ternama, Ikhwan Fatanna, melahirkan karya terbaharu berjudul “Cahaya Mata”, sebuah lagu yang dicipta khas sempena kelahiran anak sulungnya iaitu bayi lelaki yang diberi nama Yusuf Musa Mohamad Fatanah pada 17 September lalu. Lagu hasil ciptaan sepenuhnya oleh Ikhwan dan dinyanyikannya sendiri memaparkan keindahan dan kegembiraan menjadi ibu bapa serta merakam detik-detik penuh makna dengan kelahiran insan yang membawa sinar baru dalam kehidupannya bersama isteri tercinta. Lagu “Cahaya Mata” adalah cerminan kasih sayang, pengharapan dan syukur yang dirasai Ikhwan sebagai seorang bapa. Lirik yang ditulis dengan penuh kejujuran ini menyampaikan rasa cinta yang mendalam terhadap anaknya serta mengangkat tema tanggungjawab dan kebahagiaan yang hadir dengan kehadiran seorang anak. Susunan muzik lagu ini lembut dan penuh emosi dengan melodi indah yang membangkitkan suasana keintiman serta kedamaian. Ikhwan berkata, kelahiran cahaya mata mengubah...

Dari pentas ratu cantik ke dunia glamor Evanatie muncul single sulung ‘Pendam Rasa’

Image
Oleh: Norazni Ismail. Dunia hiburan tempatan bakal menyaksikan kemunculan bintang baharu, Evanatie Sannie, 23, atau lebih dikenali sebagai Evanatie dengan single sulungnya yang penuh emosi bertajuk Pendam Rasa.  Lagu ini menandakan langkah pertama penyanyi muda ini dalam industri muzik, membawa suara segar dan bakat luar biasa yang pastinya akan menarik perhatian peminat muzik tempatan. Pendam Rasa adalah sebuah lagu berentak balada yang mengisahkan mengenai perasaan cinta yang terpendam dan tidak terluah. Lagu ini dicipta oleh komposer Aiman Zaidi, Wani Annuar, Farez Asmadi, Rudy Nastia dan lirik oleh Aiman Zaidi dan Wani Annuar. Menariknya, lagu ini membawa pendengar menyelami perjalanan emosi yang mendalam, disokong oleh vokal Evanatie yang penuh jiwa dan kekuatan. Melodi yang mendayu-dayu dipadankan dengan lirik yang menyentuh perasaan menjadikan Pendam Rasa sebagai karya yang mudah dihayati oleh mereka yang pernah melalui pengalaman cinta yang sama. Evanatie yang berasal dari ...