PERFUME PARADISE PENAJA UTAMA HAVOC FOOD FESTIVAL 2024-2025

Oleh: Norazni Ismail. SHAH ALAM 21 OKTOBER 2024- Memasuki tahun kelima penganjuran, Havoc Food Festival di bawah platform Havoc Event Management Sdn Bhd masih mempunyai matlamat yang sama iaitu menjadi hub atau karnival makanan terbaik buat para usahawan bumiputera dalam menjana pendapatan. Terbaharu, Havoc Food Festival akan bermula 24 Okt sehingga 27 Oktober 2024 di Dtempat Country Club Sendayan, Negeri Sembilan bermula pukul 11 pagi hingga 12 tengah malam, dan mereka akan ke terbang buat julongkalinya ke Sabah bersempena Havoc Tour Sabah 2024 mulai 30 Okt sehingga 3 Okt di SICC Kota Kinabalu Sabah dan meneruskan Havoc Food Festival di Komplek Sukan Sandakan pada 6 Nov hingga 10 NOV 2024. Havoc Food Festival sekali lagi juga bukan tentang karnival makanan semata-mata tetapi diisi pelbagai aktiviti buat pengunjung dan menampilkan vendor-vendor tempatan, serta memberi peluang kepada usahawan makanan untuk memasarkan produk mereka kepada lebih ramai orang, seterusnya meningkatkan penda...