Artis Baharu Sony Music Malaysia NAZU Memukau Dengan Single Sulung "KOPI"

Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 10 OGOS 2025 - Sony Music Malaysia dengan bangganya memperkenalkan wajah baharu yang segar dalam industri muzik tempatan menerusi kemunculan NAZU, seorang penyanyi muda berusia 20 tahun yang kini menjadi naungan label antarabangsa tersebut. Pelancaran rasminya sebagai artis profesional disempurnakan dengan single sulung berjudul "KOPI", sebuah karya pop santai dan dreamy yang sangat relatable dengan generasi masa kini. Nor Azureen Binti Saharin, nama sebenar NAZU, mengakui bahawa lagu ini mula ditulis secara santai ketika masih di bangku sekolah menengah, tanpa menyangka ia akan menjadi karya pertama yang membuka lembaran baharu dalam kerjaya seninya. Perjalanan NAZU menuju ke pentas profesional bermula dari platform media sosial TikTok, di mana video cover lagu "Masa" nyanyiannya meraih lebih sejuta tontonan dalam masa seminggu sahaja. Kejayaan viral tersebut menjadi titik tolak kepercayaan dirinya untuk terus berkongsi muzik, s...