Posts

Kruniverse Jalin Kerjasama Strategik Dengan Unity Trust Untuk Projek Hospitaliti RM50 Juta

Image
Oleh: Norazni Ismail. PUTRAJAYA, 12 OGOS 2025 - Kumpulan Syarikat KRU melalui anak syarikatnya, Kruniverse Sdn Bhd, hari ini mengumumkan kerjasama strategik yang bakal mengubah landskap industri hospitaliti di Lembah Klang. Dengan menggabungkan kepakaran Unity Trust Berhad dalam pengurusan amanah dan tadbir urus korporat, kerjasama ini bertujuan membangunkan projek-projek hospitaliti dan gaya hidup bernilai tinggi di lokasi strategik Shah Alam dan Klang. Langkah ini menandakan transformasi penting bagi Kruniverse yang berusaha menjadi peneraju serantau dalam industri pelancongan berteraskan hiburan dan teknologi moden. Pelan pembangunan ambisius ini dijangka menjana pelaburan sebanyak RM50 juta dalam tempoh tiga tahun akan datang, menggunakan pelbagai mekanisme pembiayaan inovatif yang telah dirancang dengan teliti. Y.M. Tengku Dato' Dr. Hishammuddin Zaizi bin Y.A.M. Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj, Presiden Lembaga Pengarah Kruniverse, menekankan bahawa syarikat berada pada ke...

Artis Baharu Sony Music Malaysia NAZU Memukau Dengan Single Sulung "KOPI"

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 10 OGOS 2025  - Sony Music Malaysia dengan bangganya memperkenalkan wajah baharu yang segar dalam industri muzik tempatan menerusi kemunculan NAZU, seorang penyanyi muda berusia 20 tahun yang kini menjadi naungan label antarabangsa tersebut. Pelancaran rasminya sebagai artis profesional disempurnakan dengan single sulung berjudul "KOPI", sebuah karya pop santai dan dreamy yang sangat relatable dengan generasi masa kini. Nor Azureen Binti Saharin, nama sebenar NAZU, mengakui bahawa lagu ini mula ditulis secara santai ketika masih di bangku sekolah menengah, tanpa menyangka ia akan menjadi karya pertama yang membuka lembaran baharu dalam kerjaya seninya. Perjalanan NAZU menuju ke pentas profesional bermula dari platform media sosial TikTok, di mana video cover lagu "Masa" nyanyiannya meraih lebih sejuta tontonan dalam masa seminggu sahaja. Kejayaan viral tersebut menjadi titik tolak kepercayaan dirinya untuk terus berkongsi muzik, s...

"Setelah 3 Dekad Hilang, The Zikr Kembali Dengan Single Penuh Nostalgia"

Image
Oleh: Papadin. SIARAN MEDIA 08 OGOS 2025 - Setelah lebih tiga dekad menyepi daripada dunia rakaman, kumpulan nasyid tersohor tanah air The Zikr akhirnya kembali menggegar industri muzik dengan pelancaran single terbaharu berjudul "Kembali". Lagu yang sarat dengan mesej keinsafan, harapan dan kepulangan kepada fitrah ini menandakan permulaan era baharu bagi kumpulan yang sinonim dengan nilai spiritual sejak ditubuhkan pada 1989. Kepulangan mereka disambut meriah oleh peminat lama dan generasi baharu yang sudah lama menanti-nantikan karya terbaharu daripada legenda nasyid tempatan ini. Dalam lineup terkini, The Zikr tampil dengan gabungan ahli lama dan baharu yang membawa nafas segar kepada kumpulan ini. Barisan anggota yang terdiri daripada Nazrey, Amran, Syam, Shawal, Afizan, Achik dan Amy kini diperkuatkan dengan dua muka baharu iaitu Amin dan Hafiz. Gabungan pengalaman veteran dengan tenaga muda ini memperlihatkan semangat kesinambungan The Zikr dalam mengekalkan warisan n...

ASTRA Kini 'Bateri Pilihan Mekanik'- Bateriku Kukuh Kedudukan Pasaran Dengan Makmal Baharu

Image
YBhg. Datuk Hanafi Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha Industri MITI ketika memberikan ucapan perasmian. Oleh: Papadin. SHAH ALAM, 08 OGOS 2025 - Bateriku (M) Sdn. Bhd., penyedia perkhidmatan bantuan tepi jalan nombor satu di Malaysia, hari ini mencatatkan pencapaian bersejarah dengan melancarkan bateri automotif ASTRA yang menjadi jenama pertama di negara ini menerima pensijilan SIRIM untuk kesemua 28 SKU produknya. Majlis pelancaran yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hanafi Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha Industri MITI, turut menyaksikan pembukaan rasmi Makmal Kualiti Bateriku yang akan memastikan kawalan mutu dalaman yang ketat bagi setiap produk yang dikeluarkan. Kejayaan ASTRA bukanlah satu kebetulan memandangkan jenama ini telah mencatatkan jualan melebihi 1 juta unit dalam tempoh tiga tahun sejak diperkenalkan. Kekuatan ini disokong oleh ekosistem Bateriku yang komprehensif merangkumi 225 pitstop fizikal di seluruh negara dan lebih 1,500 juruteknik gig bergerak terlatih dari Aka...

"Rahsia di Sebalik Single Mengancam 'i dont wanna die tonight.flp' Akhirnya Terbongkar"

Image
Oleh: Norazni Ismail. Kumpulan alt-hardcore tempatan NO TIME FOR SILENCE sekali lagi membuktikan kehebatan mereka dengan melancarkan single terbaru berjudul "i dont wanna die tonight.flp" yang bakal menjadi lagu pembuka album debut mereka yang dinanti-nantikan, CRASH REPORT: braceforchange.flp has stopped working. Album penuh ini dijadualkan untuk dilancarkan pada Disember 2025, menandakan pencapaian besar dalam kerjaya muzik kumpulan yang telah lama dinanti peminat muzik berat tanah air. Single ini menggabungkan bunyi post-hardcore yang agresif dengan elemen elektronik glitch dan emosi mentah yang menggambarkan keletihan serta tekanan generasi digital masa kini. Walaupun sentiasa terhubung melalui teknologi, generasi ini semakin berasa terasing dari realiti sebenar. Dentuman gitar yang bertenaga bersama vokal garang menjadikan lagu ini sebagai manifestasi semangat melawan keputusasaan dan kecenderungan untuk memusnahkan diri sendiri, tema yang sangat relevan dengan cabaran ...

Dato' Khadijah Ibrahim Raih Sambutan Hangat di Malaysia Fest 2025 Singapore

Image
Oleh: Norazni Ismail KUALA LUMPUR 06 OGOS 2025 - Legenda muzik tanah air, Dato' Khadijah Ibrahim telah menjadi tumpuan utama di Singapore Expo, Level 5, Selangor Hall sempena Malaysia Fest 2025 yang berlangsung dari 31 Julai hingga 3 Ogos lepas. Kehadiran ikon yang dikenali dengan panggilan mesra "Ibu" ini bukan sahaja untuk mempromosikan produk keusahawanan beliau, Sos Cili Ibu, tetapi turut menjadi magnet kepada ribuan peminat yang inginkan bertemu secara langsung dengan artis kegemaran mereka. Sambutan yang diterima Dato' Khadijah sungguh memberangsangkan apabila pengunjung tempatan dan pelancong asing beratur panjang untuk merasai kelazatan sos cili resepi asli Malaysia hasil ciptaan beliau. Kehadiran barisan artis terkenal seperti Dato' Siti Nurhaliza, Ifa Raziah, Zaiton Sameon dan Jasmin Hamid turut memeriahkan lagi suasana acara tersebut. Para pengunjung bukan sekadar datang untuk membeli produk, malah berebut-rebut untuk bergambar dan berkongsi memori ind...

SAHOCA Sambut Legenda: Meraikan 100 Tahun Tun Dr Mahathir

Image
Oleh: Norazni Ismail. PUTRAJAYA, 04 OGOS 2025 - Dalam satu majlis istimewa yang penuh bermakna, seramai 100 orang ahli Sultan Abdul Hamid Old Collegian Association (SAHOCA KL) telah berkumpul di Putrajaya bagi meraikan ulang tahun ke-100 Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia dan negarawan terulung negara. Majlis kesyukuran ini diadakan khas untuk mengenang jasa dan sumbangan besar Tun Dr Mahathir dalam membangunkan Malaysia serta memberi inspirasi kepada generasi masa kini dan akan datang. Beliau yang juga merupakan Presiden seumur hidup SAHOCA KL adalah bekas pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah. Suasana majlis dipenuhi harmoni dan silaturahim apabila para alumni dari pelbagai generasi menyatakan rasa syukur atas usia panjang yang dikurniakan kepada Tun Dr Mahathir. Menurut Presiden SAHOCA KL, Dr Mohd Helmi Abu Yahya, majlis ini bukan sahaja bertujuan meraikan genap 100 tahun usia tokoh negarawan ini, malah turut menjadi medan penyatuan ukhwah sesama ...