Posts

Showing posts from August, 2024

Fiesta Belia Merdeka 2024 turut diserikan dengan sambutan Hari Rock Negara.

Image
Oleh: Norazni Ismail. Kuala Lumpur 30 Ogos 2024 — Fiesta Belia Merdeka 2024 akan berlangsung dengan penuh gilang-gemilang pada 8 September 2024, bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Acara ini dianjurkan dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan NGO belia termasuk International Youth Centre (IYC), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), KL Care, dan Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP).  Program ini bertujuan untuk memperkukuh semangat kemerdekaan di kalangan belia, sambil memupuk kepimpinan dan kesedaran sosial dalam kalangan generasi muda. Acara ini juga merupakan platform bagi belia untuk mempamerkan bakat dan kemahiran mereka melalui pelbagai aktiviti dan program yang telah disusun sepanjang hari tersebut. Antara acara utama yang akan berlangsung termasuklah:  Fitness Dance Marathon: Tarian kecergasan yang menggabungkan elemen seni dan kesihatan. Karnival Kerjaya oleh PERKESO: Peluang bagi belia untuk menjelajah pelbagai peluang kerjaya dan latihan. Bike Show ...

USANITA FEST ANJUR KITA MERDEKA MADANI JIWA MERDEKA.

Image
(Dari kiri) Yang Berhormat Tuan Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya,  Yang Berbahagia Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil,  Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datuk Adzliana Prof Dato Sri Dr Hasan dan  Yang Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia ke-9 mencuba  demo seni kraf canting batik .  Foto: Azuddin Ahamd Zin. Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR, 29 Ogos 2024 - Usanita Sdn Bhd dengan penuh semangat menganjurkan Usanita Fest Kita Merdeka Madani, Jiwa Merdeka di Menara Kuala Lumpur hari ini, dari jam 3.00 petang hingga 6.00 petang. Acara ini menggabungkan elemen masa depan dan masa lampau, bertemakan neon dan nostalgia zaman kanak-kanak, untuk menyatukan semua dalam satu program yang penuh warna-warni dan berjiwa merdeka. Majlis ini telah dimeriahkan dengan kehadiran tetamu kehormat termasuk Yang Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia ke-9, Yang Berhormat Tuan ...

Kini Andi Bernadee bersama Universal Music Malaysia.

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 29 OGOS 2024- Sejak memasuki dunia muzik tempatan, bintang dari Sabah, Andi Bernadee, telah berjaya meninggalkan kesan dan mencipta impaknya yang tersendiri. Menjadi pelopor dalam genre muzik ‘Reggaeton’ tempatan, Andi telah menghasilkan beberapa hit dalam genre ini, sehingga namanya menjadi terkenal di Malaysia. Kini, bintang ini dengan bangganya mengumumkan bahawa dirinya baru sahaja menandatangani kontrak secara rasmi dengan label muzik terkenal dunia, Universal Music Malaysia, dalam usaha untuk meluaskan jangkauan muzik dan kerjayanya. Seperti semua penghibur yang bercita-cita tinggi, Andi mempunyai impian sendiri setelah menyertai label antarabangsa yang lebih besar. “Sebagai seorang artis, saya semestinya ingin berkembang dan sebagai penyanyi, saya merancang untuk menghasilkan album serta beberapa pertunjukan khas yang akan menyusul,” kata Andi tentang langkah seterusnya setelah menandatangani kontrak dengan Universal Music Malaysia. Apabila d...

"JELAJAH SURIA KUASA 2" DIBAWAKAN OLEH SURIA FM DAN YAYA EMPIRE

Image
  Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid- DJ Lin (kiri) dan  Puan Nadia Binti Mat Isa, Pengarah Urusan Yaya Empire (kanan). Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 29 OGOS 2024- Suria FM dengan bangganya mengumumkan Jelajah Suria kini kembali dengan konsep baharu yang lebih bertenaga, Jelajah Suria Kuasa 2, hasil gabungan kerjasama bersama Yaya Empire. Jelajah kali ini menjanjikan pengalaman yang lebih mengujakan dan bakal menjelajah ke empat lokasi utama di seluruh negara seperti di Penang, Johor, Nilai, dan Kelantan. Puan Nadia Binti Mat Isa, Pengarah Urusan Yaya Empire. Acara ini akan berlangsung selama dua hari di setiap lokasi, bermula dari jam 10 pagi sehingga 10 malam Lokasi dan Tarikh Jelajah Suria Kuasa 2: ● Mydin Bukit Mertajam, Penang: 7 & 8 September 2024 (Sabtu & Ahad) ● Plaza Angsana, Johor Bahru: 21 &  22 September 2024 (Sabtu & Ahad) ● AEON Mall Nilai, Negeri Sembilan: 28 & 29 September 2024 (Sabtu & Ahad)  ● AEON Kota Bharu,...

Kenali Hakim Hay menerusi Hello Cinta, mahu ke pentas AJL

Image
Oleh: Norazni Ismail. Industri muzik tanah air terus diwarnai oleh bintang baharu Hakim Hay. Dengan suara yang memukau dan kehadiran yang karismatik, Hakim Hay pantas menjadi perhatian dalam kalangan peminat muzik tempatan.  Bintang berusia 19 tahun ini membuat kemunculan sulungnya dengan mempertaruhkan single sulung berjudul Hello Cinta. Lagu ini adalah hasil ciptaan sepenuhnya oleh Hanis Rafi, Omar K dan Iqie Hugh. Hakim Hay tampil dengan gaya muzik yang segar, memadukan elemen pop, balada, dan sentuhan indie yang memikat. Dengan vokal yang penuh emosi dan keupayaan menyampaikan lirik yang dekat dengan kehidupan seharian, Hakim Hay mampu menarik perhatian ramai dengan lagu yang memukau jiwa. Hakim berkata, genre itu dianggap sesuai dengan pasaran muzik semasa selain ia cukup dekat golongan remaja. “Genre muzik ini terbukti menerima sambutan yang hangat daripada golongan muda kerana ia mampu menyampaikan mesej yang dapat dirasai oleh golongan ini. Selain itu, populariti genre ini ...

ALVN Perkenalkan Diri Dengan ‘between the lines’ Bermula Dengan ‘rescue me'.

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR, 27 OGOS 2024 - Penyanyi dan pelakon tersohor kelahiran Malaysia, ALVN, bakal merealisasikan salah satu impiannya yang terbesar apabila beliau melancarkan album studio penuh bertajuk ‘between the lines’. Pengenalan ini dimulakan dengan sebuah lagu berjudul ‘rescue me’ yang digubah Hyuk Shin dan Seann Bowe bersama lirik nukilan Bowe dan ALVN sendiri. Lagu ini, yang disusun oleh CUURLEY dan juga diterbitkan oleh Hyuk Shin, menceritakan tentang sesuatu yang sangat peribadi dan dekat dengan hati ALVN. “Lagu ini berkisar tentang kesedaran bahawa cinta bukan untuk anda, terutamanya ketika melihat orang lain seperti rakan-rakan rapat anda jatuh cinta, berkahwin, dan mempunyai anak. Ini kerana setiap kali anda cuba untuk menjalinkan hubungan, ia seakan-akan tidak bertahan lama. Secara peribadi, tiada satu pun hubungan istimewa saya yang lalu, yang bertahan lebih dari setahun. Ia biasanya bertahan sama ada tiga, empat atau enam bulan sahaja. Jadi, selepas bebe...

ELLA, KUGIRAN MASDO, DAN EXISTS TAMPIL DI KONSERT 'A NIGHT TO REMEMBER' KEMBALI DENGAN TEMA ROCK NOSTALGIA.

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR, 26 OGOS 2024 – Konsert “A Night to Remember” bakal kembali untuk edisi kedua pada 14 Disember 2024 di Stadium Tertutup Arena Larkin, Johor. Konsert ini akan membawa peminat mengimbau kembali ke era kegemilangan rock tanah air. Menampilkan ratu rock legenda Malaysia Ella, Kugiran Masdo, dan Exists, konsert ini menjanjikan malam yang penuh nostalgia dengan persembahan yang mengagumkan.   Kugiran Masdo.  Foto: Azuddin Ahmad Zin. Exist.  Foto: Azuddin Ahmad Zin. Ella.  Foto: Azuddin Ahmad Zin. Pada konsert "A Night to Remember", peminat berpeluang menyanyi dan menari bersama lagu-lagu rock kegemaran mereka, dan mengimbau kembali kenangan indah zaman dahulu. Lebih istimewa, peminat boleh berpakaian seperti artis kegemaran mereka dan menyertai pertandingan di media sosial untuk berpeluang memenangi hadiah menarik. David Emir Bareng, Ketua Eksekutif Co:Action Events Sdn Bhd, selaku penganjur konsert ini berkongsi, “A Night to Rememb...

CROMOK HANGATKAN FESTIVAL MUZIK, SOULFEST 2024 DENGAN PERSEMBAHAN SECARA UNPLUGGED, BUAT JULUNG KALINYA

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR, 24 Ogos 2024 – Festival muzik yang digelar SoulFest mengesahkan penyertaan band legenda Cromok menerusi konsert yang bakal berlangsung secara fizikal dan Live Streaming dalam usaha mengantarabangsakan bakat dan karya tempatan. Dianjurkan Stagemaker Sdn Bhd, festival yang memberikan “Inspirasi artistik. Kreativiti tanpa batas” itu tampil dengan tema rock alternatif dan metal bagi acara sulungnya. Ia dijadual berlangsung di pentas Metal Dreamscape, Studio Mantin, Negeri Sembilan pada 8 September ini, Dirangka sebagai sebuah acara tahunan, Penerbit dan Pengarah Teknikal, Nazrul Embia Nazarudin, berkata SoulFest dibangunkan untuk menjadi sebuah jenama yang membina perspektif baharu dalam usaha pengembangan seni dan budaya tanahair. Dibahagikan kepada lima segmen, menurutnya, ia merangkumi Arts Meet Tech, Rising Stars, Icon Lounge dan Arts Bazaar, selain Music Haven yang akan menampilkani konsert di pentas canggih yang dibina menerusi pengaplikasian gabu...

MALAM IKONIK BCL DI KONSERT FARMASI SOUNDZATION.

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR, 24 OGOS 2024 – Bunga Citra Lestari, atau lebih dikenali sebagai BCL sedia untuk kembali menebarkan haruman menerusi Konsert FARMASI Soundzation, November ini yang bakal melakar sejarah dalam industri muzik dan kecantikan, rantau ini sebagai sebuah malam paling ikonik. Kehadiran penyanyi dan pelakon Indonesia itu yang hit, antaranya dengan lagu Cinta Sejati akan dihangatkan dengan penampilan Ghea Indrawari yang meledak, tahun lalu, dengan single Jiwa Yang Bersedih, dan artis terkenal tanahair, Elly Mazlein. Pengarah Projek dan Konsert, Ellie G, berkata Konsert FARMASI Soundzation bakal menghadiahkan sebuah pengalaman luar biasa kepada audiens apabila gandingan seni muzik dan kecantikan mencernakan pengisian bermakna, antaranya dalam pemerkasaan wanita. Dianjurkan oleh INT X Group, ia dijadual berlangsung di Megastar Arena, di sini, pada 30 November nanti. Konsert diperindahkan oleh FARMASI, iaitu peneraju jenama kosmetik antarabangsa yang berpangkalan...

Borneo International Halal Exhibition 2024 sasar 100,00 pengunjung.

Image
Oleh: Norazni Ismail. KOTA KINABALU, SABAH - Seramai 100,000 pengunjung disasarkan bakal memeriahkan Borneo International Halal Exhibition 2024 yang dijadualkan berlangsung bermula 21 sehingga 25 Disember ini. Program anjuran Bohex Management Sdn Bhd itu akan diadakan bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC). Pengerusinya, Datuk Abdul Hakim Gulam Hassan berkata program terbabit bertujuan untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan berkaitan halal di kalangan masyarakat. Menurutnya, antara industri yang terlibat bukan sahaja produk makanan atau minuman tetapi turut merangkumi pendidikan, francais, perbankan Islam, pelancongan Muslim, teknologi makanan dan pembungkusan, bahan ramuan halal, media dan rekreasi, fesyen, perubatan, kosmetik dan sebagainya. Menurutnya, antara tarikan sepanjang lima hari penganjuran program terbabit adalah seminar berkaitan halal dalam dan luar negara, jualan produk halal, sesi townhall, pertandingan mewarna dan aktiviti lain selain persembahan...

Dari bidang tarian ke bidang nyanyian, ONE JUICY muncul dengan ‘KIBAR’

Image
Oleh: Norazni Ismail. PETALING JAYA, 23 Ogos 2024 – One Juicy, seorang bintang yang sedang meningkat naik dalam industri muzik tanah air, telah melancarkan single terbaharunya yang berjudul ‘Kibar’ dalam sebuah majlis eksklusif yang diadakan semalam di Code 19 @ JioSpace, Petaling Jaya, Selangor. Diacarakan oleh Elfe Martin, hos SUKE TV, majlis pelancaran tersebut disambut meriah dengan kehadiran media perdana dan elektronik, serta rakan-rakan blogger. One Juicy telah mendendangkan 3 buah lagu termasuk lagu ‘Kibar. Lebih istimewa lagi, mentor kepada One Juicy, penyanyi lagenda, Datuk Zainal Abidin telah membuat kejutan dengan menghadiri majlis bersejarah ini. ‘Kibar’ yang merupakan sebuah lagu dengan tema kebangkitan dan kecekalan, telah mendapat perhatian ramai sebelum ini, dan kini telah dilancarkan secara rasmi bersama video muziknya yang telah membuat penggambaran di sekitar kawasan ikonik di Kuala Lumpur. Lagu ini adalah hasil usaha kolaboratif, yang dicipta dan ditulis oleh John ...

UNCURE menzahirkan solidariti terhadap saudara di Palestin di showcase 'Palestin Hak Yang Dinafikan'.

Image
  Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 22 Ogos 2024 – Atas kesedaran untuk turut sama menzahirkan solidariti terhadap saudara di Palestin, maka terlahirlah karya yang bertajuk 'Palestin : Hak Yang Dinafikan' oleh band Uncure   yang dianggotai oleh Taiyuddin Bakar (vokalis), Anaz (gitar), Macik (drum) dan Hakim (bass). Sebagai kesinambungannya , mereka bakal membuat persembahan Showcase Uncure: Palestin Hak Yang Dinafikan pada 14 September 2024 di Warisan Hall Studio, Teluk Panglima Garang, Selangor. Bukan sekadar menyatakan solidariti, Uncure juga berharap agar melalui showcase itu, ukhwah diantara mereka yang bersama-sama dengan Palestin juga dapat terjalin. Showcase dianjurkan oleh Onz Management dengan kerjasama Persatuan Inspirasi Muallaf itu juga berhasrat menyumbangkan keuntungan jualan tiket kepada Kedutaan Palestin di Malaysia. Untuk rekod, band Uncure telah ditubuhkan pada tahun 1996 dan popular dalam scene underground tempatan. Sepanjang 28 tahun ditubuhkan band ini...

PENYERTAAN FFM33 MULA DIBUKA HINGGA 6 SEPTEMBER 2024

Image
  Oleh: Norazni Ismail. HULU KELANG, 21 Ogos 2024 - Timbalan Menteri Komunikasi, YB Teo Nie Ching mengumumkan pembukaan penyertaan untuk Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) bermula hari ini hingga 6 September 2024 di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Hulu Kelang hari ini. Malam Anugerah FFM33 akan berlangsung pada 7 Disember 2024 di Auditorium Seri Angkasa, Kota Media dengan tema "Emas" yang melambangkan evolusi dan kejayaan sinema Malaysia. Tema ini juga mencerminkan hala tuju baharu FINAS dalam menghasilkan kandungan yang berkualiti untuk dieksport, menjadikan industri filem sebagai nadi ekonomi kreatif dan budaya negara. FFM33 akan mempertandingkan 30 kategori anugerah dan turut mengembalikan semula kategori Anugerah Filem Dokumentari Terbaik. FFM merupakan festival filem bertaraf nasional yang dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi menerusi FINAS untuk mengiktiraf kecemerlangan kualiti filem dan bakat kreatif pada tahun semasa. Radio Televisyen Malay...