Posts

KISAH PERJALANAN SOLOZ KE PUNCAK KEMASYHURAN MOBILE LEGENDS BAKAL DIADAPTASI DALAM FILEM "GAME OF LIFE" ARAHAN SYAFIQ YUSOF

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR, 27 MAC 2024 - Kisah perjalanan hidup pemain e sukan terkemuka negara, Muhammad Faris Zakaria atau lebih dikenali sebagai Soloz, bakal menjadi inspirasi melalui sebuah filem terbaru, Game of Life. Filem tersebut akan membawa penonton menyelami pengalaman Soloz yang menempuh pelbagai cabaran sehingga berjaya menempa nama sebagai antara pemain profesional terkenal dan berjaya dalam arena permainan video mudah alih, Mobile Legends: Bang Bang (MLBB).  Game of Life turut memaparkan persaingan sengit antara TheBoss dengan sebuah pasukan dari Singapura, Vengeance, yang akan mengajar Soloz dan rakan-rakan sepasukannya tentang nilai-nilai persahabatan, semangat kesukanan dan persaingan sihat yang menjadi batu asas kepada kejayaan mereka.  Pelancaran filem terbabit disempurnakan oleh Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Dato’ Kamil Othman dalam satu majlis berbuka puasa dan sidang akhbar yang diadakan di Connexion Conference ...

ST Rosyam Mart Anjur Pesta Pembukaan 6 Hari 6 Malam Sempena Pembukaan Cawangan Keenam Di Semenyih.

Image
Oleh: Norazni Ismail. SEMENYIH 27 MAC 2024- Memasuki tahun keenam beroperasi, rangkaian pasar raya terkemuka ST Rosyam Mart terus mengukuhkan perniagaan mereka dengan membuka cawangan keenamnya di Semenyih, Selangor. Dengan keluasan lebih daripada 37,000kaki persegi, ia menjadi cawangan kedua terbesar yang dilengkapi tempat parkir untuk kemudahan para pelanggan. Sempena majlis perasmiannya semalam, telah menjadi simbolik untuk setiap kali pembukaan cawangan terbaharu, ST Rosyam Mart menawarkan diskaun hebat. Bermula 26 Mac, 9.30 malam telah berlangsungnya pesta pembukaan selama enam hari enam malam sehingga 31 Mac depan. Justeru, untuk menikmati ganjaran dan promosi ditawarkan, para pelanggan terlebih dahulu harus mendaftar bagi mendapatkan ST Card, kemudian barulah layak menebus diskaun yang ada. Lazimnya setiap kali cawangan baharu dibuka, harga serendah 8 sen ditawarkan kepada semua pelanggan sepanjang tempoh pesta pembukaan diadakan. Lebih menarik, jenama pasar raya tersebut senti...

Lama menyepi, Qalam Band muncul dengan "Raikan Raya".

Image
Oleh: Norazni Ismail. LEBIH lima tahun tidak muncul dengan sebarang naskhah baharu, akhirnya Qalam Band kini kembali dengan Raikan Raya sempena kedatangan Aidilfitri kali ini. Teruja dengan peluang yang diberikan kepada mereka, pastinya perasaan ketiga-tiga ahli kumpulan ini bercampur baur menantikan reaksi daripada peminat. Sebenarnya agak lama Qalam Band ‘menyepikan diri’ daripada industri muzik tanah air. Nama mereka pernah menjadi siulan dan sebutan anak muda ketika tahun 2017 apabila lagu Hakikat Seorang Pencinta menangkap halwa telinga sebahagian peminat setia mereka. “Memang kami menyepikan diri seketika waktu itu tapi tidak bermakna kami hilang. Masa itu masing-masing mempunyai komitmen dan tanggungjawab kepada pelajaran, kami kena perlahankan kerjaya seni seketika.  “Tapi sekarang apabila semuanya sudah boleh membahagikan masa barulah kami bersatu kembali dengan mencuba nasib dengan lagu raya. Harapnya peminat menerimanya dengan baik sekali gus menaikkan semula nama Qalam ...

Joe Flizzow Kembali Dengan Berlian Bersama Gard

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR, 26 MAC 2024 - Berpegang pada kejayaan seterusnya selepas pengeluaran dokumentari epik "This is Johan" yang pertama dalam sejarah, serta pengumuman konsert yang akan berlangsung di Singapura pada 5th July 2024, beliau terus membangunkan kejayaan demi kejayaan, tanpa meninggalkan sebarang batu yang tidak dijelajahi. Presiden hiphop tersohor Malaysia Joe Flizzow kembali meraih perhatian dengan sebuah lagu karya hebat berjudul ‘Berlian'. Dikenali dengan kerjasama yang berjaya tanpa tandingan, kali ini Joe mengundang bintang muda tempatan Gard, yang dihormati dalam arena bawah tanah dan dikenali dengan gaya pengait yang luar biasa dan gaya penyampaian vokal yang tidak lazim. Ia merupakan bukti kepada keyakinan Joe terhadap masa depan. Gard telah tampil di 16 Baris dan kini di sebuah lagu bersama-sama dengan Joe sendiri. 16 Baris terus membuktikan relevansinya dalam komuniti hip hop. Berlian, dicipta dan ditulis oleh Din Tiger dan rakan kerj...

Sertai peraduan “Hoora Hooray Raya” EB Frozen Food dan menangi hadiah bernilai sehingga RM25,000.

Image
Oleh: Norazni Ismail. Hampir dua minggu menjalani ibadah puasa, ternyata masyarakat islam di negara ini cukup bertuah untuk menikmati pelbagai juadah berbeza. Bukan sahaja semasa berbuka puasa tetapi juga ketika bersahur, namun menjadi persamaan setiap makanan yang dipilih harus memberikan kepuasan semasa menikmatinya. Melihat ini sebagai salah satu keutamaan, Syarikat pengeluar produk sejuk beku,  EB Frozen Food Sdn. Bhd. (EB) sentiasa menyediakan produk yang berkualiti buat pelanggannya. Tidak sekadar itu, dalam melengkapi kehidupan serba moden pelanggan terutamanya pada bulan Ramadan ini, fokus utama jenama ini juga cara penyediaan produk EB Frozen Food yang   lebih cepat dah mudah. Berkongsi mengenai kelebihan produk ini dengan lebih lanjut, menurut Eksekutif Pemasarannya, Nurul Fatihah Jamil pihaknya sentiasa peka akan keperluan pelanggan mereka. Melihat EB Frozen Food sebagai antara jenama pilihan ramai kini, jelasnya pihaknya sentiasa komited dalam menyediakan pr...

‘Mencari Ramlee’ Filem fiksyen berinspirasikan dari cerita kehidupan lagenda Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Image
 Datin Sofea Jane, Megat Sharizal dan  Tony Eusoff, Oleh: Norazni Ismail. Majlis yang berlangsung sederhana tetapi meriah itu turut disertai oleh penampilan khas para pelakon dari filem ‘Mencari Ramlee’ iaitu sutradara dan pelakon Megat Sharizal, teraju utama Tony Eusoff, Datin Sofea Jane dan juga Ilham dari band Pitahati yg juga merupakan anak kepada komposer terkenal Datuk M. Nasir. ‘Mencari Ramlee’ merupakan filem sulung arahan Megat Sharizal yang meneroka cabaran dan struggle yang dihadapi artis tempatan pada era 70an akibat perubahan zaman dan bagaimana untuk mempertahankan kerjaya seni mereka. Filem fiksyen berinspirasikan dari cerita kehidupan lagenda Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang menikmati kemasyhuran dan kekayaan selama bertahun-tahun sebagai pelakon, pengarah dan pemuzik popular. Namun menjelang akhir hayatnya, beliau tidak dapat mencari pekerjaan selepas berpindah dari Singapura ke Malaysia pada tahun 1964. Ini mengakibatkan merosotnya populariti sehinggalah...

“Undur Diri” Wawa Shazwa Top 20 Trending untuk muzik di YouTube selama lebih 3 minggu.

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 22 Mac 2024 - Peribahasa ada menyebut, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu kerana itu semua urusan Allah.  Siapa sangka walaupun pelancaran lagu “Undur Diri”, single solo sulung Wawa Shazwa sering tertunda disebabkan pelbagai perkara yang tidak diduga termasuk pemergian ayahanda tercinta, akhirnya rezeki berpihak kepada Wawa Shazwa.  Lagu “Undur Diri” ciptaan komposer, Ayu Rizki Yani dan penulis lirik, Hakim Hakimi & Te Ha yang baru dikeluarkan pada 16hb. Februari ’24 sudah pun mencapai lebih daripada 500,000 tontonan di YouTube! Sejak mula Trending untuk muzik di YouTube pada 20hb. Februari yang lalu, lagu tersebut  terus berada dalam kedudukan Top 20 Trending untuk muzik selama lebih 3 minggu!  Wawa Shazwa atau nama penuhnya, Nor Shazwa Atiqah Shamshul, 24, melahirkan rasa syukur kerana rezeki tetap berpihak kepadanya walaupun agak lama tertangguh proses rakamannya.  "Lagu Undur Diri lambat siap p...