“Satu Malam Penuh Nostalgia dari The A.C.A.B"

Oleh: Norazni Ismail. Selepas 18 tahun! Ya …18 tahun berehat atau berada dalam hiatus, kumpulan THE A.C.A.B kembali bertemu peminat dengan sebuah persembahan khas yang dinamakan THIS IS THE A.C.A.B. - INDIE NOSTALGIC SHOWCASE 2024. Merawat kerinduan pengikut muzik mereka dan kembali bertemu dengan sahabat-sahabat industri, showcase ini akan diadakan di di Auditorium Muzik Bentley, ‘Satu malam penuh nostalgia daripada The A.C.A.B selepas ini. Itu ikrar kumpulan yang condong ke arah nuansa ‘britpop’ atau lebih mudah digelar sebagai ‘indie’ setelah bertahun-tahun ‘setia’ di bawah panji-panji skinhead/ Oi/ street rock. Mungkin kedengaran agak klise, namun ianya sarat dengan mesej yang mendalam. “Ini adalah malam yang penuh nostalgia dan hanya akan berlaku pada malam itu sahaja. Kami tidak akan mengadakan siri jelajah dimana-mana lokasi lain. Justeru itu kami harap peminat untuk hadir dan bersama-sama mencipta memori dan nostalgia”, ujar Megat ketika di temui di Bsync Stud...