Artis 90an bakal gegarkan Festival Muzik Vit's-Konsert Telan Kaset 90an Oktober ini.

Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR, 16 Ogos 2024 - Buat pertama kalinya, jenama mi segera popular tanah air, Vit’s dengan kerjasama Persatuan Karyawan Malaysia membawakan Festival Muzik Vits - ‘KONSERT TELAN KASET 90’AN’ bersempena dengan Festival Mi Malaysia yang pertama pada 12 dan 13 Oktober 2024 ini bertempat di lokasi terbuka Padang Timur, Petaling Jaya bermula jam 10 pagi sehingga 11:30 malam dengan membawakan artis-artis tersohor negara era 90’an seperti Rahmad Mega, Kool, Ady Wow, Aris Ariwatan, Dinamik Kasawari, Roy, Amir Ukay’s, Shidi Data, Isa Gravity, Wann, Febians, Hasnol, Shades, A To Z, Tom, Fuad, Zamani, bersama DJ Fasha Anderson dengan Don’t Panic Buskers, dan ramai lagi. “Ini merupakan kali pertama jenama mi segera Vit’s mengadakan festival muzik sebegini dengan menggabungkan elemen muzik dan makanan bersempena Vit’s Music Festival buat pengunjung agar dapat menikmati makanan berasaskan mi dengan sajian muzik 90’an,” menurut Pn. Baizura Tazri, selaku penganjur bagi p...