Rumah Produksi Merah Umum Pelbagai Rancangan Besar Tahun 2025

Dua tonggak utama Rumah Produksi Merah iaitu Dato' Awie dan Dato' Eddy. Oleh: Norazni Ismail. PETALING JAYA, 27 MAC 2025 - Rumah Produksi Merah telah menganjurkan Majlis Iftar dan Sidang Media di Baba Nyonya House, Hub SS2, Petaling Jaya, yang diketuai oleh Dato' Awie dan Dato' Eddy Amir Salim. Majlis ini bertujuan merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program-program syarikat, termasuk media yang banyak membantu dalam penulisan dan promosi. Dalam sidang media tersebut, beberapa rancangan utama Rumah Produksi Merah telah diumumkan. Antaranya termasuklah siri mini konsert di penjara seluruh Malaysia, bermula di Penjara Kajang. Dato' Awie menekankan bahawa muzik mempunyai kuasa untuk memberi inspirasi dan harapan dalam persekitaran yang mencabar, sambil mengajak penaja dan pihak berkepentingan untuk menyokong usaha ini. Sehubungan dengan ulang tahun ke-40 kumpulan Wings, sebuah acara besar bertajuk Wings Fest dijadualkan pada Okto...