KONSERT ULANG TAHUN KE-35 KUMPULAN MELISSA BAKAL GEGAR JOHOR BHARU

Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 20 MEI 2025 - Kumpulan rock legendaris tanah air, Melissa, bakal mengadakan konsert bersempena ulang tahun ke-35 penubuhan kumpulan tersebut bertajuk "GEGAR BUMI SELATAN 35 TAHUN ANNIVERSARY MELISSA" di The Colosseum Rooftop City Plaza Johor Bharu. Konsert yang dijadualkan bermula pada jam 9.00 malam ini akan menampilkan keempat-empat anggota asal kumpulan iaitu Mohamed Ali (Aliff), Fariz Ahmad (Fareez Undertaker), Mohamed Nor Razak (Ajak Melissa) dan Samsul Kamal Bin Mohd.Zain (Ancoy) yang masih kekal relevan dalam industri muzik tanah air sejak penubuhan kumpulan pada tahun 1990. Konsert yang dianjurkan oleh Aliffbumirock Production dan Island Hous ini turut menampilkan Melissa Band yang ditubuhkan oleh Ajak Melissa pada tahun 2023, dengan penampilan Black Melissa Band sebagai pemain dram dan Kyoji Sky sebagai gitaris/pemain keyboard undangan untuk meneruskan legasi kumpulan tersebut. Selain itu, kumpulan Spellbound dari selatan tanah ai...