Dari Longhouse ke IBIS: Tourism Malaysia Angkat Martabat Gawai Dayak Sambil Promosi VM2026

YBhG DATUK MANOHARAN PERIASAMY (Ketua Pengarah Tourism Malaysia) ketika melawat 'booth' Sarawak di Hotel Ibis, KL. Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR, 11 JUN 2025 – Ibu kota negara diserikan dengan kemeriahan Festival Gawai Dayak hasil kerjasama strategik antara Tourism Malaysia dan Ibis KLCC yang menganjurkan festival makanan dan budaya Sarawak yang meriah. Acara istimewa ini dilancarkan sebagai sebahagian daripada kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026) dengan matlamat memperkenalkan keunikan dan kekayaan budaya perayaan Gawai kepada pengunjung tempatan mahupun pelancong antarabangsa yang berkunjung ke Malaysia. Festival dua minggu yang berlangsung dari 8 hingga 22 Jun 2025 ini mempamerkan pelbagai hidangan istimewa dari Borneo yang menggugah selera termasuk laksa Sarawak yang terkenal, Manok Pansoh iaitu ayam yang dimasak dalam buluh dengan cita rasa unik, Nuba Laya yang merupakan nasi liar dibungkus daun isif, Umai sebagai hidangan tradisional serta kek lapis Sarawak yang me...