Kolaborasi Sensasi: Rossa, Hael Husaini & The Ladies Bakal Gegar Konsert 'Here I Am' KL

KUALA LUMPUR : Selepas melakar kejayaan memukau dengan kehadiran lebih 12,000 peminat yang membanjiri konsert 'Here I Am' di Indonesia Arena Jakarta, penyanyi tersohor Indonesia Datuk Seri Rossa kini bersedia membawa keajaiban yang sama ke Axiata Arena, Bukit Jalil pada 14 Jun ini. Konsert mega ini bukan sekadar memahat keampuhan Rossa sebagai penghibur, malah simbolik penghormatan istimewa buat peminat setianya di Malaysia, negara kedua yang menjadi saksi perjalanan muziknya selama hampir tiga dekad. "Malaysia sentiasa mempunyai tempat yang istimewa dalam hidup dan kerjaya saya. Di negara ini, kerjaya nyanyian saya mekar dan berkembang sehingga nama Rossa dikenali pencinta muzik serantau. 'Here I Am' bukan sekadar sebuah konsert, sebaliknya ia juga hadiah dan perayaan cinta saya kepada peminat di negara ini yang selama ini begitu teguh menyokong perjalanan seni saya," kata Rossa. Pada konsert sold out berdurasi lebih dua jam yang berlangsung pada 23 Mei lalu...