Maher Zain Kembali Menggegarkan Malaysia Selepas Penantian Enam Tahun

Oleh: Norazni Ismail. DAMANSARA 31 OGOS 2025 - Selepas penantian selama enam tahun, penyanyi muzik kerohanian bertaraf dunia Maher Zain akhirnya kembali ke Malaysia melalui konsert "The Journey to the Far East: Maher Zain — The Live Experience" di Idea Live Arena, 3 Damansara pada malam semalam. Dianjurkan oleh Yayasan Tengku Abdullah (YTA) dengan kerjasama Hitman Solutions dan Happymoon, acara bersejarah ini berjaya menarik lebih 5,000 peminat dari pelbagai peringkat umur yang memenuhi arena sejak lewat petang, membuktikan daya tarikan artis Sweden-Lubnan ini yang merentasi generasi. Malam yang penuh bermakna itu dibuka dengan lagu ikonik "Assalamu Alayka" yang serta-merta mengubah suasana dewan menjadi lautan suara yang bergema serentak. Selama hampir dua jam, Maher Zain mempersembahkan rangkaian lagu kegemaran seperti "InshaAllah", "Alayka Salla Allah", "Baraka Allahu Lakuma", "Close To You" dan "For The Rest of My Li...