Posts

Showing posts from February, 2024

MAJLIS PERTUNJUKAN FESYEN ‘1001 TALES OF ARIANI’

Image
  Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR, 29 FEBRUARI 2024 – ARIANI, jenama fesyen terkemuka Malaysia, dengan bangganya mempersembahkan koleksi terbarunya, '1001 Tales of Ariani', dalam sebuah majlis pertunjukan fesyen yang meriah bertempat di Kuala Lumpur Convention Cntre. Acara ini tidak hanya tertumpu kepada pelancaran koleksi Lebaran 2024 tetapi juga mempamerkan inovasi dan kreativiti yang tiada tandingan dalam industri fesyen hijab dan busana Muslimah di Malaysia.  Istimewanya, majlis pada petang itu turut diserikan dengan kehadiran DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin yang berkenan berangkat mencemar duli ke majlis pertunjukan fesyen tersebut.  Datin Seri Farah Haryani Muhammad Philip, Ketua Pegawai Eksekutif ARIANI Textiles and Manufacturing (M) Sdn. Bhd., dalam ucapan pembukaannya, menyatakan kegembiraan dan rasa syukur atas sokongan berterusan yang diterima dari pelanggan setia ARIANI. Beliau juga menekankan komitmen ARIANI dal...

Ungu Tetap Unggul dengan Mayapada Ungu 30 Hits Timeless

Image
  Foto: Fendi Ghafar. Oleh: RyesHazmanja Telah beberapa hari konsert Mayapada Ungu melabuhkan tirai. Namun pada peminatnya masih belum mampu 'move on' dengan hebatnya impak konsert tersebut. Susunan lagu sebanyak 30 buah lagu meninggalkan kesan yang mendalam kepada peminat setia Ungu. Celoteh Pasha yang menggelikan hati para peminat membuat peminatnya tersenyum meleret panjang hingga berakhirnya konsert. Pada 25 Februari 2024 di Megastar Arena Kuala Lumpur, band Ungu sekali lagi menggegarkan peminat tanahair kali ini dengan bertemakan warna Ungu. Rata-rata yang datang memakai pakaian berwarna Ungu mengikut tema warna yang di aturcarakan. Memulakan malam dengan lagu “Hampa” cukup membuat peminat Ungu menjerit seperti diserang hysteria diikuti dengan lagu “Percaya Padaku” semakin gegak gempita Megastar Arena KL di buatnya. Kehadiran VVIP seperti KDYMM Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah dan anakanda-anakanda beliau mengamatkan lagi ruang Megastar Arena itu....

“KONGSI KERIANGAN, RASAI KEUNIKAN!”, FIESTA RAYA @ THE CURVE, MUTIARA DAMANSARA

Image
  Oleh: Norazni Ismail. Petaling Jaya, 28Februari 2024 - Orang ramai berpeluang ke lokasi alternatif bagi mendapatkan barangan keperluan Ramadan dan Aidilfitri menerusi Fiesta Raya @ the Curve yang akan berlangsung bermula 12hb Mac hingga 9hb April 2024 bermula jam 10 am-12 tghmalam di sepanjang bulan Ramadan 1445H ini yang bertempat di the Curve, Mutiara Damansara, Selangor. Fiesta Raya @ the Curve merupakan cetusan dan ilham bersama antara ANS Diversified Sdn Bhd,  Team360, dan NiyatEnson Empire Sdn. Bhd. Jurucakap ANS Diversified Sdn. Bhd., Encik Ahmad Faizal Zulkipli berkata, festival yang julung kali diadakan itu menghimpunkan lebih 50 gerai barangan kelengkapan hari raya dan juadah makanan selain dimeriahkan dengan acara sampingan seperti the Curve Berselawat, Iftar Amal bersama rumahrumah kebajikan dan anak-anak yatim terpilih, serta peluang untuk menyertai cabutan bertuah apabila pengunjung berbelanja minima RM150 dari gerai-gerai jualan Fiesta Raya. Selain itu, pengu...

Nostalgia Sungkei Di Desa : Air Tangan Ibu

Image
  Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 27 Februari 2024 - Restoran dan syarikat katering tempatan, Santapan Ummis Hijau Kasturi berbesar hati untuk membawakan gabungan sajian desa dua negara istimewa untuk Ramadan 2024 akan datang.  Meneruskan konsep bufet yang sudah menjadi identiti mereka, seleksi untuk Ramadan akan bermula pada 13 Mac 2023 hingga 8 April 2023. Bertemakan Sungkei Di Desa, Air Tangan Ibu lebih daripada 45 jenis makanan gabungan hidangan Malaysia dan Brunei bakal tersedia sepanjang Ramadan.  Menurut pemilik yang juga cef di restoran ini, Cef Haji Fauzi dan Cef Hajah Norziah, tema tersebut sengaja dipilih memandangkan sajian desa di Santapan Ummis Hijau Kasturi mendapat sambutan yang cukup menggalakkan di kalangan pelanggan. Selain itu, berbekalkan pengalaman mereka terdahulu berkhidmat sebagai cef peribadi Istana Nurul Iman, pelbagai jenis sajian asal Bandar Seri Begawan akan turut disajikan. Jelas pasangan suami isteri ini lagi, mereka tidak menolak ada d...

ROXY IXZY JUARA BINTANG RTM 2024

Image
  Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR, 27 Februari 2024 — Penentuan siapakah bakal dijulang juara Bintang RTM 2024 (BRTM 2024) Peringkat Akhir bakal terjawab hari ini. Juara Bintang  RTM 2024 dimenangi oleh Roxy Ixzy yang memperolehi 87.3% markah membawa pulang RM78,000.00, tropi serta sebuah kereta Proton Iriz mengalahkan lima peserta lain. Tempat kedua jatuh kepada Dhania  81.3% markah membawa pulang RM35,000.00 serta tropi dan tempat ketiga dimiliki oleh Hady Huv 76.6% markah membawa pulang RM20,000.00 seert tropi. Tiga peserta lain menerima saguhati berjumlah RM5,000.00. Pertandingan yang diadakan di Auditorium Sri Angkasa penuh prestij ini akan menjulang seorang juara yang akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM78,000 simbolik kepada ulang tahun RTM yang ke-78 pada tahun ini selain sebuah Proton Iriz. Naib juara dan tempat ketiga masing-masing akan membawa pulang wang tunai RM35,000 dan RM20,000. Tempat keempat hingga keenam akan menerima RM5,000 manak...