KISAH PERJALANAN SOLOZ KE PUNCAK KEMASYHURAN MOBILE LEGENDS BAKAL DIADAPTASI DALAM FILEM "GAME OF LIFE" ARAHAN SYAFIQ YUSOF

Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR, 27 MAC 2024 - Kisah perjalanan hidup pemain e sukan terkemuka negara, Muhammad Faris Zakaria atau lebih dikenali sebagai Soloz, bakal menjadi inspirasi melalui sebuah filem terbaru, Game of Life. Filem tersebut akan membawa penonton menyelami pengalaman Soloz yang menempuh pelbagai cabaran sehingga berjaya menempa nama sebagai antara pemain profesional terkenal dan berjaya dalam arena permainan video mudah alih, Mobile Legends: Bang Bang (MLBB). Game of Life turut memaparkan persaingan sengit antara TheBoss dengan sebuah pasukan dari Singapura, Vengeance, yang akan mengajar Soloz dan rakan-rakan sepasukannya tentang nilai-nilai persahabatan, semangat kesukanan dan persaingan sihat yang menjadi batu asas kepada kejayaan mereka. Pelancaran filem terbabit disempurnakan oleh Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Dato’ Kamil Othman dalam satu majlis berbuka puasa dan sidang akhbar yang diadakan di Connexion Conference ...