Posts

Showing posts from July, 2024

Farhana Ali Lahirkan 'I Need You'

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR, 29 JULAI 2024 - Merdu alunan suara memuji yang Maha Esa lewat bait lagu “I Need You ” yang dibalut nuansa Pop dan Balada menjadikan Farhana Ali satu-satunya penyanyi wanita solo mengetengahkan genre kerohanian yang ‘cantik’ di pendengaran. Lebih ‘cantik’ apabila Farhana Ali meneruskan persona dengan menyajikan mesej positif lalu menyuntik suasana segar namun penuh keinsafan dalam karyanya kali ini. Kerana itu setelah lagu “Alhamdulillah, It’s Ramadan” berjaya menawan hati pendengar, penyanyi cantik berambut ikal ini tampil dengan buah tangan kedua yang diberi judul “ I Need You ”. Wanita kelahiran United Kingdom ini berbesar hati kerana menandatangi kontrak bersama label Masyhur; sebuah label yang berilhamkan iman di bawah pengurusan Universal Music Malaysia kerana bersesuaian dengan konsep yang ingin disampaikan kepada pendengar seluruh dunia. Menurut Farhana, sebaik diberi peluang bersama Masyhur, dia mahu memastikan yang dia kekal menyamp...

Eddie Hamid, Aris Kapilla, Man Khan dan Kamarool bercerita pasal "Poligami"

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 18 Julai 2024 - SELALUNYA kaum Hawa amat sensitif apabila mendengar perkataan poligami, namun bagi golongan Adam ia umpama satu kemenangan. Orang lelaki suka sebab dapat beristeri lebih daripada seorang kerana dalam Islam pun tidak melarang untuk seorang lelaki memiliki lebih daripada seorang suri hidup.  Untuk berpoligami boleh asalkan mematuhi syarat-syaratnya dan jangan mengabaikan isteri dan anak yang selama ini bersusah payah bersama.  Bagi komposer dan penyanyi Eddie Hamid yang bertindak sebagai penyanyi dan penerbit lagu "Poligami", beliau memilih judul itu kerana ada mesej yang mahu diketengahkan dalam lagu yang berentak ‘pop dance’ itu. Lirik lagu tersebut pula dihasilkan oleh Man Khan, Mama Anna, Te Ha dan Jaju. "Ada mesej yang ingin disampaiikan dan jangan pula hanya kerana judulnya, "Poligami" sudah dipangkah lebih awal. Apapun, saya mohon maaf kepada sesiapa yang berasa kurang selesa dengan lagu ini nanti. ...

'COOLBLOG x WAWA' bergabung untuk mencipta pengalaman yang IKONIK.

Image
  Oleh: Norazni Ismail. Kuala Lumpur, 28 Julai 2024 – Hari ini menandakan pelancaran yang sangat dinantikan antara Coolblog, jenama minuman smoothie yang telah berada di pasaran selama 19 tahun, dan jenama kecantikan serta penjagaan diri tempatan terkemuka, WAWA, yang diasaskan oleh selebriti terkenal Malaysia, Wawa Zainal. Kolaborasi hebat ini memperkenalkan enam produk baru berasaskan Buah Epal yang bukan sahaja sinonim dengan kesegaran tetapi juga kecantikan. Kolaborasi ini juga bertujuan mengangkat jenama tempatan ke tahap yang lebih tinggi. Fokus utama adalah untuk mempromosikan dan memperkasakan jenama tempatan dalam industri. Konsep booth pelancaran kali ini benar-benar memikat dengan gabungan warna pink Coolblog yang ceria dan merah glamor dari WAWA. Menggabungkan 2 elemen berbeza seperti kecantikan dengan pencuci mulut, Coolblog x WAWA disatukan untuk mencipta pengalaman yang IKONIK . Anda pasti teruja dengan keunikan dan keseronokan booth ini! Melalui kempen ini, mesej ya...

Konsert "Divas & Diamonds" Bakal Meriahkan Johor Bahru

Image
Oleh: Norazni Ismail. JOHOR BAHRU 26 JULAI 2024- Konsert "Divas & Diamonds" yang menampilkan artis Malaysia dan Indonesia menjadi antara program promosi "Road to Visit Johor 2026" dan dijangka meningkatkan kedatangan pelancong dalam dan luar negara ke negeri ini.   Konsert anjuran Mega Eve Sdn Bhd yang membariskan penyanyi dari Indonesia iaitu Datuk Seri Rossa dan artis tempatan seperti Datuk Jamal Abdillah, Dayang Nurfaizah dan Joe Flizzow itu bakal berlangsung pada 7 Sept, 8.30 malam di Stadium Arena Larkin dengan jangkaan kehadiran 6,000 penonton.   Pengarah Tourism Johor Shahril Nizam berkata pihaknya yakin kehadiran artis ternama dalam dan luar negara akan membawa lebih ramai pelancong dari Indonesia, Singapura, Brunei dan banyak lagi sekali gus meningkatkan sektor pelancongan Johor.   "Kita akan menuju ke 'Tahun Melawat Johor 2026' jadi tahun ini kita telah mulakan gerakan (promosi) itu dan inisiatif konsert ini antara platform untuk mem...

KONSERT YAPH DAN TEMAN-TEMAN: PERPADUAN IRAMA HIPHOP TRADISIONAL

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 24 JULAI 2024 - Silent Set Entertainment dengan penuh rasa bangga mempersembahkan "Konsert YAPH dan Teman-Teman," sebuah konsert yang pasti akan meninggalkan kenangan yang mendalam. Diterajui oleh YAPH, salah satu artis terkemuka di bawah naungan Silent Set Entertainment, konsert ini akan menyaksikan lebih dari 20 artis yang pernah berkolaborasi bersama YAPH, yang akan diumumkan pada bila-bila masa.  YAPH adalah seorang penyanyi, penulis lagu, dan penerbit yang memilih untuk tidak menunjukkan wajahnya. Dia mempunyai identiti unik di mana dia lebih suka dikenali kerana bakatnya dan bukan penampilannya. Dikenali sebagai "SENSEI" oleh peminat setianya, YAPH menghasilkan semua lagunya sendiri, mempersembahkan pelbagai genre termasuk hiphop, tradisional moden, spiritual, balada, dan pop. Dia juga bersedia menerima cabaran untuk menghasilkan lagu dalam genre yang tidak biasa baginya dan berkolaborasi dalam projek dengan artis lain. Selai...

Kami hanya ada seorang anggota wanita, jadi 'Cherry On Top' ibarat ceri tu wanita yang kami hormati.

Image
KUALA LUMPUR, 23 Julai 2024 –  Sudah sekian lama industri muzik arus perdana tanah air tidak diperdengarkan dengan band multi bakat semuda Cherry On Top yang membuka banyak mata sejak single mereka, Ketagih dilancarkan. Setahun penggabungan, memperkemaskan penampilan, enam anak muda ini yang berkongsi minat mendalam terhadap seni nyata tidak menduga kejutan yang menanti apabila pesona sehebat Datuk Syafinaz Selamat sedia berkolaborasi. Dimuatkan di dalam EP sulung mereka, Ketagih, bersempena single ciptaan Kusham dan lirik oleh Syafinaz Selamat itu, ia seolah booster buat band yang turut disertai gitaris, Osama, 23; pemain dram, Ayen Tommy, 25; penyanyi utama, Holy, 23 selain pasangan adik beradik, Didi, 22, dan Bobo, 18, masing-masing bermain gitar dan bass. Diterbitkan oleh Kusham, EP keluaran syarikat rakaman One Scream Studio itu memuatkan lima lagu, iaitu Mengintai Rahsia, Menunggu dan Resolusi, selain Ketagih (Extended Version). Cherry On Top merupakan artis pertama One ...

GABUNGAN ARTIS INDIE TANAH AIR GEGARKAN PEMINAT DI “GIG MAT MOTOR”

Image
  Subang Jaya – Buat julung kalinya himpunan lebih 10 artis-artis indie tanah air akan berhimpun bagi menghiburkan peminat-peminat tempatan di dalam sebuah acara “Gig Mat Motor” yang mana ia akan berlangsung selama 2 hari bertempat di MVP by Mivas @ One City bermula hari Sabtu, 20 Julai 2024 sehingga Ahad, 21 Julai 2024. Acara ini bukan hanya semata-mata hiburan gig tetapi ia adalah satu acara yang bermula seawal 11:00 pagi dengan aktiviti “battle of the band” yang mana lebih 10 kumpulan akan bertarung dengan membawa satu buah lagu pilihan penganjur dan satu lagu pilihan Kumpulan masing-masing dengan tawaran hadiah lumayan untuk dimenangi. Acara “Gig Mat Motor” ini juga selaras dengan tema “Mat Motor” bakal menghimpunkan lebih 200 motor-motor di dalam pameran motor “Night Showoff Motor Show” yang mana pertama kali diadakan pada waktu malam. Disamping itu, kelainan lain pada acara ini adalah ini perhimpunan peniaga-peniaga pencuci mulut yang juga akan bermula seawal 11 pagi ...