Posts

KERJASAMA SMART BIO DAN KOPERASI KARYAWAN

Image
En Muhammad Shukri Amin ( CEO SMART BIO GROUP SDN BHD) menyerahkan cenderhati kepada Dato' Freddie Fernandez (Presiden KARYAWAN) sambil disaksikan oleh (kiri) En Ghazali Mohd Top ( Ketua Pegawai Perhubungan SMART BIO GOLDEN REMEDY NETWORK) dan (kanan) Puan Nor Hairiah Md Top (Pengarah Strategi & Pemaasaran). Foto: Azuddin Ahmad Zin. BismillahirRahmanirRahim  Assallamualaikum wr wb Selaku CEO Rangkaian SBGR , saya bersyukur kepada  Allah kerana dapat bersama tuan-tuan dan puan-puan untuk mengenali produk kesihatan SBGR dalam pelbagai bentuk untuk dinikmati seiring dapat menjaga kesihatan yang baik. Kami SBGR kini berganding bahu dengan Sureco Sure Return (M) Berhad ingin meluaskan lagi pemasaran produk herba kami yang berasaskan Madu, Mengkudu, Cendawan Merah (Lingzhi) dan  Spirulina kepada pengguna-pengguna di seluruh negara. Sistem Rangkaian SBGR telah kami bangunkan  agar kita sama-sama dapat berkongsi rezeki serta ke.baikkan melalui perniagaan ini. lanya ...

'KOTA SENI' DI PETALING JAYA

Image
  Kumpulan Tari Aria Teja bergambar bersama YBrs. Tuan Mohamad Azhan Md Amir (Datuk Bandar MBPJ),  Encik Aznan bin Hj. Hassan,Timbalan Setiausaha (Pengurusan), TPr Hjh Sharipah Marhaini Syed Ali (Timbalan Datuk Bandar MBPJ) dan  Hadir sama Encik Ir Ismail bin Shafie, Timbalan Setiausaha (Pembangunan)   selepas merangkul kejuaraan "Tingkah Tari  PJ 2022". Foto: Azuddin Ahmad Zin. MBPJ buat kali kesembilan mengumpulkan penggiat seni berbakat di Petaling Jaya bagi mempamerkan bakat mereka. Oleh itu, MBPJ menubuhkan 'Kota Seni' dengan tujuan utama untuk menghidupkan suasana bandar Seksyen 52, Petaling Jaya yang dianggap agak suram pada waktu malam. Beliau berharap dengan wujudnya 'Kota Seni' ini, bandar Seksyen 52, Petaling Jaya sentiasa ‘hidup’ pada waktu malam terutama pada malam Ahad.  Projek ini telah di rangka sejak 2015, namun ianya tidak dapat dilaksanakan berikutan pandemik Covid 19 yang melanda dunia termasuk Malaysia pada punghujung 2019. Menurut...

MBPJ TERUS HARGAI PERANAN WANITA DI PETALING JAYA

Image
Majlis Bandaraya Petaling Jaya melalui Kelab Wanita IRIS MBPJ telah menganjurkan Sambutan Hari Wanita Petaling Jaya di Dewan Banquet, Dewan Sivik MBPJ. Penganjuran ini bertujuan untuk menghargai dan mengiktiraf sumbangan dan jasa wanita dalam pembangunan negara khususnya di Petaling Jaya. Bertemakan ‘Saksama Bersama’ tema sambutan Hari Wanita 2022, dipilih untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman seluruh lapisan masyarakat, terhadap kepentingan mencapai kesaksamaan bersama bagi memastikan potensi wanita dapat diupaya dan dioptimumkan demi menyediakan masa depan negara yang mampan agar ia selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG5) demi kebaikan komuniti Petaling Jaya. Antaranya: \i. Menamatkan segala bentuk diskriminasi terhadap wanita. ii. Mengiktiraf dan menghargai kerja rumah tanpa gaji melalui peruntukan perkhidmatan awam, infrastruktur dan polisi. iii. Memastikan wanita diberi peluang yang sama untuk kepimpinan di semua peringkat. iv. Memastikan wanita mempunyai hak yan...

Tiket 5 Jun telah habis dijual, Cuma tinggal untuk 4 Jun SAHAJA...Konsert "Dato' Hattan 35 Years Journey"

Image
  Dato' Hatan ketika menjawab soalan media. Foto: Azuddin Ahmad Zin. Jika disenaraikan siapa antara penyanyi lelaki terbaik tanah air, nama Datuk Hattan wajib ada dalam senarai.Kelebihan dari segi vokal, gubahan lagu, ‘attitude’ dan pengalaman dimiliki meletakkan penyanyi dengan nama sebenar Mohd Shukri Shahabudin ini dalam kelas tersendiri. Atas faktor ini, Hattan bakal tampil dengan konsert berskala besar iaitu Hattan - 35 Years Journey pada 4 dan 5 Jun 2022 di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre bermula jam 8 malam.Konsert anjuran Mewah Event Management (MEM) ini juga adalah konsert solo Hattan terbesar dalam kerjaya nyanyiannya sejak 1987. Hattan bakal mempersembahkan 22 lagu termasuk lagu hits seperti Memburu Rindu, Dari Kekasih Kepada Kekasih, Rendang Tak Berbuah, Mahligai Syahdu, Meniti Perjalanan, Berikan Nurbisa, Hitam Bukan Impian, Biso Bonar, Sambar Apa Saja, Dia, Gadis Jolobu dan lain-lain. “Ini bukan sekadar konsert saja, tetapi mengandungi penceritaan. Dari s...

Rayi Putra Ingin Menari Sepanjang 2022 (Dan Selamanya)

Image
 Tahun ini Rayi Putra ingin mengembangkan satu lagi bakatnya. Selain melagukan rap, dan menyanyi dia juga ingin menari. Setelah puas bergelar rapper dan penyanyi, dia kini ingin mula menari. Tidak mahu melakukannya dengan separuh hati, dia mula belajar seni tari dari penari profesional Ufa Sofura. Ternyata usahanya tidak sia-sia. Biarpun dia tidak asing dengan dunia pentas dan persembahan, menari mengikut koreografi merupakan sesuatu yang sangat berbeza. Dengan niat untuk menjadi lebih bagus, dia telah berlatih setiap bulan sepanjang tahun sehingga kini. Ini akhirnya menjadi dasar untuk satu bab baharu dalam dunia Rayi Putra.  "Selama ini saya tidak rasa yang saya mempunyai lagu solo yang sesuai untuk ditarikan, sehinggalah kelahiran lagu ini," katanya tentang single terbaharunya “MATAMATA”. Demo ini telah menarik perhatiannya dan selanjutnya menjadi satu pengembaraan yang mengujakan. Lirik lagunya ditulis oleh dirinya sendiri bersama STYPHT, dan diterbitkan oleh Oo...

promo...dia...aida bahaman

 

KISAH HIDUP KOMPOSER MENJADIKAN 'DIA' PILHAN AIDA.

Image
  Aida berharap lagu 'DIA' menjadi OST utk Drama atau Filem. Foto: Azuddin Ahmad Zin. AABP Music banyak membuat kolaborasi beberapa label lain yang menggunakan khidmat Aci Aci Buka Pintu sebagai PR untuk menerbitkan lagu untuk artis dibawah naungan AABC Music. Untuk lagu DIA nyanyian Aida Bahaman AABP music berkolaborasi dengan Green House Music untuk penciptaan dan penerbitan manakala Mengundang Pelangi merupakan kolaborasi bersama Kame Music Production yang berpengkalan di Gerik,Perak.  Majlis ini juga meraikan mereka yang dibelakang tabir untuk lagu DIA iaitu Komposer, Designer, production team untuk muzik video DIA yang bertungkus lumus bagi menjayakan lagu DIA ini. Untuk pengetahuan lagu DIA ini telah mula dibincangkan pada Julai 2020 bersama composer dan rakamannya diadakan pada March 2021. Disebabkan kekangan masa dan keadaan tidak menentu akibat pendemik penerbitan lagu DIA terpaksa ditangguhkan pelancarannya. Namun AABP Music telah melancarkan Video Lirik Mengundang P...