SELANGOR MEGA JOB FAIR 2022 TAWAR LEBIH 20 RIBU PELUANG PEKERJAAN MELIBATKAN LEBIH 100 SYARIKAT DAN AGENSI KERAJAAN
YB. TUAN MOHD KHAIRUDDIN BIN OTHMAN Pengerusi Jawatankuasa Tetap Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Negeri Selangor menyantuni pemohon pekerjaan di Selangor Mega Job Fair 2022. Foto: Azuddin Ahmad Zin. Kerajaan Negeri memandang berat tentang kadar pengangguran yang direkodkan untuk Selangor pada suku pertama tahun 2022 adalah sebanyak 3.2% iaitu bersamaan dengan 118,100 orang jumlah penganggur berbanding suku tahun keempat 2021 (2.9% - 105,300 orang). Di atas komitmen berterusan bagi mengurangkan kadar pengangguran di Selangor, Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan meneruskan program Selangor Mega Job Fair 2022 yang bermula hari ini selama dua hari bertempat di MBSA Convention Centre, Shah Alam. Program ini diadakan secara fizikal dalam skala yang besar selepas dua tahun diadakan secara hydbrid dengan konsep jelajah ke daerah-daerah yang terpilih disebabkan oleh standard operating procedure (SOP) Majlis Keselama...