Posts

Persembahan amal "Rhythm of Legends" himpun artis terkenal, bantu golongan memerlukan.

Image
  Antara yang hadir di majlis sidang media ialah (dari kiri)  Rojer Kajol, Asmidar, Marinatasha  Mustapar (Pengarah Urusan CS Excellent) ,  Dr Khairudin Aziz  ( Presiden DFM)  ,   Datuk Hattan, Zamani, One Nation Emcee dan Syam Zain selaku Pengarah Muzik. Foto: Azuddin Ahmad Zin. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 2019 lalu memberi impak besar dari segi ekonomi dan kehidupan harian rakyat dalam negara. Ramai yang terjejas hingga ada antaranya yang menderita.  Tidak hanya itu, banjir besar melanda di beberapa negeri pada penghujung tahun Jalu dan awal tahun ini cukup meresahkan jiwa dan raga. Dapat dilihat, kesusahan di merata tempat, menagih simpati dan ihsan daripada mereka yang berkemampuan.  Bersimpati dengan nasib yang menimpa, syarikat pengurusan acara CS Excellent dengan kerjasama pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), Drug Free Malaysia tampil menganjurkan persembahan amal Rhythm of Legends yang bakal berlangsung ...

Syafeek Ikhwan mahu penganjuran 'PWM' diteruskan demi pelantar khas buat wanita melayu.

Image
Syafeek menganggap pertandingan ini sebagai satu pelantar untuk permulaan dan kalah itu bukan untuk pengakhiran kerjaya. Foto: Azuddin Ahmad Zin.  Shah Alam (06 Ogos 2022)- Syafeek Ikhwan mahu penganjuran Pencarian Wanita Melayu diteruskan bagi kaum wanita melayu dapat menjadikan ianya satu pelantar memulakan kerjaya sebagai wanita melayu yang cemerlang dalam pelbagai bidang terutama bidang peragaan, bidang model produk serta bidang pengacaraan. Bukan itu sahaja penganjuran pertandingan sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat mempelajari pelabagai maklumat untuk memulakan kerjaya mereka. Buat masa ini tidak banyak penganjuran sebegini yang hanya dikhaskan untuk wanita melayu sahaja. Syafeek Ikhwan ketika membuat persembahan di separuh akhir Pencarian Wanita Melayu 2022. Foto: Azuddin Ahmad Zin. Syafeek Ikhwan merupakan Juara Lagu Cinta Kita 3 anjuran stesen TV swasta sudah 3 tahun bersama penganjur Pencarian Wanita Melayu ini ditemui selepas mengadakan persembahan di majlis separ...

Iss Arffan kembali mempertaruhkan single kedua "CINTA LENYAP "

Image
  Setelah muncul dengan Tiada  Bernoktah, Iss Arffan kembali  mempertaruhkan single kedua " Cinta Lenyap" Hasil nukilan dari  saya berdasarkan pengalaman  sendiri.  Lagu bergenre ballad dengan  naratif lirik yang terinspirasi dari   kisah sebenar tentang percintaan   seorang lelaki kelainan upaya  pendengaran dan bisu sewaktu di  bangku sekolah, yang mana  pengakhir kisahnya telah  ditinggalkan kerana  kekurangannya. Saya benar-benar cuba menghayati sebaik mungkin melodi dan lirik “ Cinta Lenyap ” sewaktu  rakaman, sebak mengenangkan kisah dibalik lagu ini setelah membayangkan perasaan ditinggal  kekasih semata-mata kerana beliau merupakan insan Orang Kelainan Upaya (OKU). Sebuah lagu  cinta tentang harapan, keikhlasan hati yang akhirnya di persiakan " Ujar Iss Arffan menceritakan  pengalaman sewaktu merakamkan lagu ini. Pemenang tempat ketiga Lagu Cinta Kita 2021 musim kedua yang disia...

'MESKI' MENJADI INSPIRASI EZAD DAN NANA DIKALA MEREKA MELALUI MASALAH KESIHATAN

Image
Nana dan Ezad berharap lagu ini, semoga ia dapat menjadi pembakar semangat cinta dengan keredhaan, dan semoga ianya membuka ruang komunikasi yang baik dan mendalam tentang kematian. Foto: Azuddin Ahmad Zin. Kuala Lumpur, 03 Ogos 2022 -Kolaborasi antara penyanyi Ezad Lazim dari Malaysia dan juga Nana Karia dari Singapura. Walaupun dalam suasana pandemik yang menyekat pergerakan sempadan antara kededua negara, rakaman lagu ‘Meski’ hasil ciptaan Jaybon Osman dan lirik tulisan Nana Karia sendiri, berjaya dirakam dengan kerjasama Ada Exists Studio yang bertempat di Bandar Sri Damansara dan juga Studio 47 dari Woodlands, Singapura. Ketika sesi sidang media.  Foto: Azuddin Ahmad Zin. Nana Karia, Ezad Lazim ketika melancarkan 'single' MESKI. Foto: Azuddin Ahmad Zin. Malah, Ezad Lazim dan Nana Karia tidak pernah bersua muka sewaktu rakaman dari titik permulaan hinggalah di saat kawalan sempadan dilonggarkan dan mereka ditemukan dalam satu wawancara podcast buat lagu ‘Meski’. Namun keser...

OPERASI BERSEPADU KPDNHEP SELANGOR BERSAMA SPRM SELAMATKAN LEBIH 30,000 LITER DIESEL SUBSIDI DISYAKI DISELEWENG

Image
  SHAH ALAM, 3 OGOS 2022 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor komited membanteras aktiviti penyelewengan dan ketirisan barang kawalan dan subsidi dengan kerjasama strategik agensi penguatkuasaan lain bagi memastikan keberadaan bekalan barangan tersebut di pasaran dapat dinikmati oleh pengguna di Selangor. KPDNHEP Selangor telah menghasilkan tiga (3) kes di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (AKB 1961) pada 28 dan 29 Julai 2022 yang lepas. Ketiga-tiga kes tersebut disyaki ada perlakuan tidak beretika melibatkan barang kawalan subsidi bahan api diesel di Kuala Selangor. Tindakan ini adalah kerjasama strategik Bahagian Penguat Kuasa, Putrajaya, KPDNHEP Selangor bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Selangor (SPRM) yang menjalankan pemantauan, risikan dan serbuan. Pada 28 Julai 2022, dua (2) kes dihasilkan mensasarkan dua (2) premis berbeza iaitu sebuah syarikat lombong pasir terletak di kawasan perlombongan, Kuala Selangor manak...

Sepi Sekuntum Mawar Merah Amir Masdi, power! Diiktiraf, Ratu Rock, Ella

Image
Lagu “Sepi Sekuntum Mawar Merah” yang pernah dipopularkan oleh Ratu Rock Negara, Ella antara deretan lagu yang kekal menjadi siulan anak muda hingga kini. Malah, lagu ciptaan Fauzi Marzuki dan lirik oleh Lukhman S yang dimuatkan dalam album solo ketiga Ella berjudul ‘Identiti’ pada 1990 itu turut menjadi antara ‘playlist’ wajib dalam kalangan penyanyi lain termasuk bintang yang semakin meningkat naik, Amir Masdi. Bagi Amir, 26, atau nama sebenarnya, Amir Syazwan Masdi lagu “Sepi Sekuntum Mawar Merah” itu juga adalah lagu kegemarannya hingga membuatkan dirinya mengambil keputusan merakamkan lagu tersebut dalam versi baharu dengan susunan muzik yang lebih segar oleh dirinya, Rudy Nastia dan Farez Asmadi. Menariknya, sudah beberapa kali Amir yang juga juara program ‘Akademi Fantasia 2016’ menyanyikan lagu itu di pentas pertandingan seperti ‘Akademi Fantasia Megastar’ (Astro Ria) dan ‘Immortal Songs’ di TV3 pada 2020. “Daripada lagu-lagu kak Ella sedia ada, ini adalah lagu kegemaran saya. ...

'MALACCA MUSIC HALL' LOKASI LENGKAP PENGANJURAN KONSERT DAN ACARA.

Image
Datuk Ramli Sarip menandatangi poster sebagai gimik pelancaran Malacca Music Hall. Foto: Azuddin Ahmad Zin. Melaka 02 Ogos 2022- Industri Seni dan Hiburan di Melaka Bandaraya Bersejarah akan bertambah meriah dengan pembukaan rasmi Malacca Music Hall (MMH) pada hari ini.  Pembukaan rasmi tirai Malacca Music Hall diserikan dengan penganjuran konsert artis ternama Datuk Ramli Sarip yang bertemakan “Concert Ramli Sarip - Up Close & Personal”. Konsert yang berlangsung selama 2 malam, pada 29 Julai dan 30 Julai 2022 ini adalah khusus dianjurkan untuk para peminat beliau berhibur secara eksklusif di samping berpeluang untuk berinteraksi secara dekat dan santai dengan artis ternama Malaysia ini.  Malacca Music Hall adalah merupakan sebuah lokasi yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan acara, khusus bagi penganjuran konsert atau persembahan acara hiburan yang bersifat eksklusif. Ruang utama Malacca Music Hall adalah dilengkapi dengan peralatan audio visual termoden berserta deng...