Persembahan amal "Rhythm of Legends" himpun artis terkenal, bantu golongan memerlukan.

Antara yang hadir di majlis sidang media ialah (dari kiri) Rojer Kajol, Asmidar, Marinatasha Mustapar (Pengarah Urusan CS Excellent) , Dr Khairudin Aziz ( Presiden DFM) , Datuk Hattan, Zamani, One Nation Emcee dan Syam Zain selaku Pengarah Muzik. Foto: Azuddin Ahmad Zin. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 2019 lalu memberi impak besar dari segi ekonomi dan kehidupan harian rakyat dalam negara. Ramai yang terjejas hingga ada antaranya yang menderita. Tidak hanya itu, banjir besar melanda di beberapa negeri pada penghujung tahun Jalu dan awal tahun ini cukup meresahkan jiwa dan raga. Dapat dilihat, kesusahan di merata tempat, menagih simpati dan ihsan daripada mereka yang berkemampuan. Bersimpati dengan nasib yang menimpa, syarikat pengurusan acara CS Excellent dengan kerjasama pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), Drug Free Malaysia tampil menganjurkan persembahan amal Rhythm of Legends yang bakal berlangsung ...