Posts

Tiara Andini Angkat Budaya Jawa di Single Terbaharu “Ngeluwihi”

Image
  Oleh: Norazni Ismail JAKARTA, INDONESIA, 10 JANUARI 2024 – Menakjubkan! Mungkin itu kata yang tepat untukmewakili lagu terbaharu Tiara Andini yang baru saja dikeluarkan berjudul “Ngeluwihi”. Darisemua aspek, single ini boleh dikatakan menjadi salah satu yang terbaik, setidaknya menjadiawal yang mengesankan bagi Tiara Andini untuk memulakan tahun baru 2024. Dalam lagu ini, Tiara Andini kembali bekerjasama dengan penerbit muzik dari Korea Selatan,Hyuk Shin, yang sebelumnya pernah berkolaborasi dengannya dalam lagu “Flip It Up”.Hasilnya, lagu “Ngeluwihi” juga memberikan sentuhan KPop dalam susunan muziknya. Oke, mengapa dikatakan menakjubkan? Pertama, sesuai dengan judulnya, perkataan“Ngeluwihi” diambil dari Bahasa Jawa yang bererti “melebihi”. Perkataan ini dipilih kerana Tiara Andini ingin membawa asal usulnya sebagai perempuan berdarah Jawa ke dalam karyanya serta ingin menunjukkan versi lebih baik dari dirinya melalui single ini. Walaupun sebahagian besar liriknya dinyanyikan d...

“Death Whisperer” - bisikan maut yang menghantui

Image
  Oleh: Zizi Hashim Berpeluang menonton filem seram Thai baru-baru ini yang mengisahkan tentang pertemuan mengerikan oleh sebuah keluarga di perkampungan terpencil Kanchanaburi, dengan roh syaitan yang merasuk anak perempuan mereka dan menyebabkan kematian misteri, memaksa enam beradik mengambil langkah esktrim untuk menghentikan kehadiran roh jahat yang menghantui kampung mereka. Kisah seram ini diadaptasi dari legenda internet yang menggerunkan kepada kengerian penuh berdarah di skrin besar. “Death Whisperer” dibintangi oleh Nadech Kugimiya (Yak), Mim Rattanawadee Wongthong (Yam), Denise Jelilcha Kapaun (Yad), Junior Kajbhunditt Jaidee (Yos), Friend Peerakrit Phacharaboonyakiat (Yod) dan Nina Nutthatcha Padovan (Yee) bersama-sama dengan Fresh Arisara Wongchalee (Yen) dan Ply Pramer Noiam. Filem arahan Kui Taweewat Wantha dan Penerbit Eksekutif Pap Narit Yuwaboon, merupakan pasukan terkenal disebalik filem seram ini yang laku keras di Thailand, mencatat Box Office dalam masa 3...

Cinta Agung Zara Zya dan Dato’ Sri Alha Alfa memukau dengan haruman wangian Taj Mahal

Image
  Oleh: Ryes Hazmanja Siapa tidak mengenali Dato’ Sri Alha Alfa dan Zara Zya seorang pengusaha kosmetik terkemuka di negara kita dan pelakon yang mempunyai nama di industri perfileman tanahair. Selain dari menjadi MUA (Make-Up Artist), Dato’ Sri Alha Alfa juga mempunya sisi bakat yang tidak kita ketahui iaitu menyanyi. Pada 28 Disember bertempat di 'The Roomah' Publika, maka terlahirlah 'single duet' pertama Dato' Sri Alha Alfa dan Zara Zya bertajuk “Cinta Agung” yang kini boleh di tonton di platform 'youtube' MV 'Cinta Agung' yang penuh romantika seolah melahirkan masing-masing punya perasaan adakah sesuatu antara mereka? Kita doakan yang terbaik buat mereka berdua. Siri kosmetik 'AA' juga mengembangkan jalur sayapnya menjadi penaja bagi anugerah 'Juara Lagu TV3 ke-38' dan juga menjadi penaja untuk konsert 'Mahalini' yang akan berlangsung pada Februari 2024. Dato’ Sri Alha Alfa juga akan buat banyak pengumuman istimewa bua...

NIDJI BAKAL TEMUI PEMINAT DI MIRI

Image
  Oleh: Norazni Ismail. Kuala Lumpur, 09 Januari 2024 - Konsert yang dibawakan oleh  Northbound Events dengan kerjasama Space Two Sdn Bhd sebagai agensi artis dengan bangganya mengumumkan konsert sensasi ‘Nidji : Pelangi Di Miri’ yang akan memikat hati penonton pada 3 Februari 2024 nanti. Konsert yang menampilkan penyanyi terbaru, Ubay, ke dalam keluarga Nidji bakal menerajui kebolehan vokal luar biasa dengan aura energik Nidji dijangka membawa pengalaman baru kepada peminat-peminat setia di Miri. Konsert yang bakal berlangsung di Eastwood Valley Golf & Country Club ini dijangka dihadiri oleh 2500 peminat dari yang bukan sahaja dari sekitar Miri dan Brunei malah mendapat perhatian dari Nidjiholics dari Johor Bahru, Ipoh dan Pulau Pinang.  Sesi sidang media virtual bersama NIDJI. Konsert ini turut dimeriahkan dengan penampilan  2 kugiran tersohor tempatan, D_Va dan MonoSterio yang bertindak sebagai artis pembuka konsert ini. D_Va yang kini dianggotai oleh Kesha, ...

Shaa kembali, pertaruh Kau Bukan Milikku

Image
  Oleh: Norazni Ismail. Mana mungkin boleh melupakan penyanyi bersuara lantang ini yang telah menambat hati peminat muzik tanahair menerusi single sulungnya berjudul “Pertama Kali” pada 2017. Fenomena dicipta Shaa, 28, atau nama sebenarnya Juzratul Nisha Johari membuatkan setiap lagu yang dilancarkan berjaya meraih perhatian dan tontonan yang tinggi di saluran YouTube. Video muzik dan video lirik lagu “Pertama Kali” dan “Biar Ku Pergi” nyanyian Shaa masing-masing berjaya capai gabungan tontonan sebanyak 37 juta dan 6.2 juta di YouTube! Malah lagu “Pertama Kali” kini melonjak popular di TikTok!     Selepas lagu “Biar Ku Pergi” (2018) dan “Tersentak di Dada” (2022), Shaa kembali dengan single terbaharu berjudul “Kau Bukan Milikku” hasil ciptaan sepenuhnya oleh Mekiya yang diterbitkan oleh syarikat rakaman Nova Music (M) Sdn. Bhd. Shaa berkata, dia sekali lagi mempertaruhkan genre ‘Balada Pop Melayu’ yang dianggap kena dengan vokal dimiliki selain memenuhi perminta...

‘VOICE OF THE HEART’ Satukan Jiwa, Bantu Rakyat Palestin

Image
Oleh: Norazni Ismail. Kuala Lumpur 09 Januari 2024- Krisis peperangan yang berlaku sejak 7 Oktober 2023 lalu di Palestin telah memberi kesan bukan sahaja rakyat dalam negara malah di seluruh dunia. Apa yang berlaku di Palestin hari ini akan memberi kesan yang besar kepada kita. Implikasi kepada peperangan ini amat signifikan dan akan berlarutan untuk tempoh yang panjang.  Tidak hanya itu, ramai umat islam yang telah terkorban. Krisis kemanusiaan yang dicetuskan oleh peperangan yang kejam dan mengorbankan nyawa mereka yang tidak bersalah, dan menjadikan wanita serta kanak-kanak sebagai tebusan.  Bersimpati dengan nasib yang menimpa saudara kita di Palestin, syarikat pengurusan acara CS Excellent tampil menganjurkan persembahan ‘Voice Of The Heart Concert’ yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, jam 8.30 malam, pada 7 Mac 2024 depan. Menariknya, ‘Voice Of The Heart Concert’ menampilkan barisan penyanyi terkenal tanah air seperti Rahmad Mega, Jay Jay, Nadeera dan Ernie Zakr...

KARYAWAN ANJUR GOLF AMAL SELEBRITI.

Image
 KUALA LUMPUR 07 JANUARI 2024 - Selepas sekian lama terhenti akibat pandemik, Kejohanan Golf Amal Selebriti edisi keempat akan diadakan pada petang Ahad 21 Januari di Kelab Golf Kota seriemas di Nilai diikuti dengan Majlis Makan Malam dan Penyampaian Hadiah Gala di lokasi yang sama. la menjanjikan acara yang menyeronokkan bersama para selebriti, pbenaja korporat dan penderma bermain golf bersama-sama untuk tujuan yang baik iaitu membantu warga seni yang memerlukan.  Banyak hadiah menarik menanti para peserta dari barangan elektronik hinggalah baucar golf dan peralatan manakala bagi mereka yang tidak begitu bertuah dalam permainan, banyak hadiah cabutan bertuah disediakan. Tajaan bermula dari serendah RM1000 untuk penaja lubang hingga RM 50,000 untuk tajaan utama. Bagi mereka yang ingin menyertai sebagai pemain, bayarannya ialah hanya RM 350 seorang.  Antara selebriti tanahair yang dijangka akan mengambil bahagian ialah Datuk Hattan, Datuk Yasmin Yusoff, Datuk Malek Redzua...