Tiara Andini Angkat Budaya Jawa di Single Terbaharu “Ngeluwihi”

Oleh: Norazni Ismail JAKARTA, INDONESIA, 10 JANUARI 2024 – Menakjubkan! Mungkin itu kata yang tepat untukmewakili lagu terbaharu Tiara Andini yang baru saja dikeluarkan berjudul “Ngeluwihi”. Darisemua aspek, single ini boleh dikatakan menjadi salah satu yang terbaik, setidaknya menjadiawal yang mengesankan bagi Tiara Andini untuk memulakan tahun baru 2024. Dalam lagu ini, Tiara Andini kembali bekerjasama dengan penerbit muzik dari Korea Selatan,Hyuk Shin, yang sebelumnya pernah berkolaborasi dengannya dalam lagu “Flip It Up”.Hasilnya, lagu “Ngeluwihi” juga memberikan sentuhan KPop dalam susunan muziknya. Oke, mengapa dikatakan menakjubkan? Pertama, sesuai dengan judulnya, perkataan“Ngeluwihi” diambil dari Bahasa Jawa yang bererti “melebihi”. Perkataan ini dipilih kerana Tiara Andini ingin membawa asal usulnya sebagai perempuan berdarah Jawa ke dalam karyanya serta ingin menunjukkan versi lebih baik dari dirinya melalui single ini. Walaupun sebahagian besar liriknya dinyanyikan d...