Posts

FEEL DA STARZ (FDS) LANCAR PROGRAM PENCARIAN BAKAT.

Image
  Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR, 24 Februari 2024 – Program pencarian bakat FEEL DA STARZ (FDS) merupakan program realiti nyanyian yang mempertandingkan bakat-bakat nyanyian untuk komuniti Felda. Program ini bertujuan untuk  memberi peluang kepada komuniti Felda yang berbakat mengembangkan bakat  mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Setiap peserta yang menyertai  pertandingan ini akan melalui proses penyingkiran di beberapa siri jelajah Felda  sebelum mereka mara ke peringkat akhir yang akan di adakan pada Hari Peneroka Felda 2024 (HPF24) 12 - 14 Julai di MAEPS, Serdang.  Tujuan utama program ini adalah  untuk menyediakan platform dan mengilap bakat yang sedia ada disamping dapat meningkatkan taraf sosio-ekonomi  keluarga mereka di Felda. Program ini akan berlangsung selama 5 bulan bermula dari bulan Mac ini. (kiri) Dato' Mohd Banuri Aris- Timbalan Pengarah Besar (pembangunan komuniti) FELDA bersama En Fadzliniza Zakaria (Penerbit Eks...

“Ceq Lapaq Nasik Lah!”...Tema Buffet Ramadan 2024 di Restoran Rebung Chef Ismail.

Image
  Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 23 FEBRUARI 2024- Pakej Bufet Ramadhan Restoran Rebung, KL 2024 akan berlangsung sepanjang tempoh bulan Ramadan, bermula dari 12 Mac hingga 8 April 2024. Berikut merupakan sedikit maklumat mengenai tempahan berbuka puasa di Restoran Rebung: Alamat :5-2, Aras 5, Parkir Bertingkat Bukit Aman, No. 1, Jalan Tanglin, Taman Botani Perdana, 50480, Kuala Lumpur. Tema untuk tahun 2024 ini adalah “Ceq Lapaq Nasik lah!” , Untuk tema ini, pihak restoran akan menampilkan 5 jenis hidangan nasi yang popular di Malaysia dan jarang ditemui antaranya Nasi Lemuni, Nasi Daging, Nasi Ikan, Nasi Ulam dan Nasi Kerabu. Setiap jenis hidangan nasi ini, didatangkan dengan set yang merangkumi lauk utama dan lauk sampingan yang dimakan bersama nasi-nasi tersebut.  Disamping itu, hidangan-hidangan lauk pauk lain juga ada disediakan beserta aneka kuih muih dan manisan sebagai pemanis mulut.  Sambil pelanggan menjamu selera, pelanggan akan dihiburkan dengan persemba...

Juara Anugerah Lagu Indie 2023, Adakah Jadi Milik Pengkarya Indie Pop, Rock Atau Hip Hop?

Image
  A Oleh: Norazni Ismail. Puchong 22 Februari 2024-  Anugerah Lagu Indie 2023 (#ALI2023) telah mengumumkan senarai penuh Finalis-finalis Top 5 bagi kategori Pop, Rock dan Hip Hop secara eksklusif di Majlis Pengumuman Finalis yang berlangsung di ESI Hub, Spacerubix pada petang semalam.  Memasuki tahun keempat penganjuran, #ALI2023 kembali lebih mantap dan konsisten memperkasa perjuangan komuniti seni muzik indie bakat anak Malaysia. Beberapa kelainan telah disuntik dalam musim ini dengan memperkenalkan kategori- kategori lagu terbaik di bawah genre Pop, Rock, dan Hip Hop.  Selain penambahan kategori, Anugerah Lagu Indie 2023 menambah baik format pemarkahan melibatkan 30 peratus undian awam daripada atas talian manakala 70 peratus pemarkahan juri profesional. Dan paling menarik, hadiah wang tunai terkumpul berjumlah RM 36,000 menanti juara Anugerah Lagu Indie 2023. Ahmed Faris Amir, Penerbit Eksekutif Anugerah Lagu Indie berkata, “Tahun ini, kami telah menerima 62...

D’Otai Boyz Kembali Dengan Penjenamaan Semula yang Lebih Segar

Image
  Oleh: Zizi Hashim. KUALA LUMPUR 19 FEBRUARI 2024- Terpilih sebagai salah satu band di antara 32 band yang lain, bagi menjayakan Festival Muzik anjuran Atas Angin iaitu Rising Fest All Star Vol. 7 yang berlangsung selama 2 hari berturut-turut merupakan aktiviti seni paling terkini dari D’Otai Boyz. Band yang tertubuh pada awalnya pada tahun 2007 dgn nama The Otai Boyz telah menjenama-semula nama kepada ejaan yang lebih segar tetapi sinonim sebutan yang sama.  Berada di atas satu pentas bersama band-band yang lain seperti Radikal, Sitadewi, Junosuara, Insiden Ruang Legar, Beyond The Misguided dan banyak lagi, memberi satu pengalaman yang tak terlupakan buat band tanah kelahiran Kota Singa ini. Bertempat di BE KL Cheras, D’Otai Boyz telah mempersembahkan 5 buah lagu iaitu 2 lagu cover dari band senegara mereka, Sweet Charity “Kamelia” dan “Teratai” , 2 lagu lama iaitu “Cek Mek Molek” dan “Suzana” dengan tempo upbeat bernuansa Rock, serta lagu mereka sendiri berjudul “Permat...

MERCURE LIVING PUTRAJAYA MEMPERTARUHKAN KONSEP “BAZAAR MADANI” UNTUK BERBUKA PADA TAHUN INI.

Image
  Oleh: Norazni Ismail. PUTRAJAYA 15 FEBRUARI 2024- Mercure Living Putrajaya dengan bangganya mempersembahkan Bufet Ramadhan "Bazaar Madani" dengan menu kegemaran tempatan yang meluas di Volcano Shabu Shabu & Grill Restaurant. Diilhamkan oleh Pemenang Anugerah Chaîne des Rôtisseurs Chef Zaidi, dibantu oleh Chef Zafar, Pemenang Pingat Emas Masakan Asli Melayu yang pakar dalam makanan laut, berusaha untuk memastikan Warisan Masakan Malaysia mengikut citarasa anda. Temui citarasa Malaysia yang meriah dengan tumpuan kepada kesihatan! Pakar Chef kami telah menyusun menu dengan teliti yang menampilkan hidangan utama khas yang dimasak menggunakan lima teknik tradisional: PANGGANG, KUKUS, BAKAR, REBUS dan RENEH. Perjalanan kuliner ini menjanjikan hidangan lazat dan berkhasiat. Selain itu, untuk penggemar durian? Jangan ketinggalan gerai DURIAN "Raja Buah" kami, yang menanti! Nikmati aroma daging itik panggang, dengan sempurna dilengkapi dengan kesegaran segar sayur-sayu...

“Syayang, Ku Terus Mencintaimu” - Wanns Ahmad

Image
    Oleh:  Fenriz Shamudin KUALA LUMPUR 15 FABRUARI 2024- Pada tahun 2015, nama Wanns Ahmad pernah viral dengan lagu ciptaannya yang memiliki nada balada romantis yang diberi judul “Terus Mencintaimu” . Berbekalkan suara lemak merdu, beliau mengumpul sejumlah besar peminat tersendiri yang mengkagumi bakat anak muda berusia 32 tahun ini. Sering dilihat aktif pada setiap akaun media sosial beliau, Wanns pro-aktif melontar teaser demi teaser berkenaan aktiviti terkini beliau sebagai inisiatif untuk lebih rapat dengan peminat. Satu langkah bijak dalam mempromosikan lagu-lagu beliau. Meski lebih dikenali menerusi bidang lakonan terutama lakonan beliau dalam drama Jangan Menangis Cinta, Wanns tetap tidak jemu-jemu berkarya dan menulis lagu. Bidang lakonan dan pengacaraan yang diceburinya adalah lebih kepada mengisi masa lapang dan mencuba kepelbagaian. Dapat berlakon di sisi pelakon-pelakon hebat seperti Remy Ishak, Amyra Rosli, Kiah Propa dan ramai lagi, dikutip sebagai pe...

A.C.A.B & CROMOK MENYATUKAN MUZIK OI! & METAL DALAM ‘CLASH OF THE TITANS’

Image
  Oleh: Norazni Ismail PETALING JAYA 15 FEBRUARI 2024- 2024 bakal menyaksikan dua legenda muzik underground bertembung di Kuala Lumpur! Clash of the Titans akan mengambil tempat di Zepp Kuala Lumpur mempertaruhkan Godfathers of Oi! , A.C.A.B dengan gamechanger Thrash Metal , Cromok menyatukan dua aliran muzik berbeza dalam satu show  yang pasti diingati semua penggemar irama underground tempatan. Clash of the Titans anjuran A.C.A.B Productions ini bakal berlangsung 9 Mac 2024 , Sabtu di Zepp Kuala Lumpur mulai jam 8 malam . Konsert yang meraikan kedua-dua ikon muzik underground tempatan ini akan menjadi sejarah penting scene muzik tempatan kerana A.C.A.B dan Cromok masing-masing memainkan seleksi lagu-lagu terbaik daripada diskografi mereka sepanjang bergerak aktif.   Max Mohammad , vokalis/gitaris A.C.A.B dan juga pencetus idea Clash of the Titans (bersama Karl Cromok ) berkata, “Masa showcase Bangun, aku nampak bukan setakat skinheads dan punks hadir, tap...