Posts

Farhana Ali-artis baharu dari UK lancar single "Alhamdulillah, it's Ramadan"

Image
  Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR, 19  MAC 2024- Universal Music Malaysia dengan bangganya mengumumkan penerbitan sebuah lagu penuh jiwa yang bertajuk "Alhamdulillah, it's Ramadan" oleh bintang yang semakin meningkat dari UK, Farhana Ali, melalui label berinspirasikan muzik dakwah Universal Music Malaysia, Masyhur. Kerjasama eksklusif ini menandakan satu peristiwa penting Farhana Ali menceburkan diri ke dunia muzik global sambil memuji kemuliaan bulan Ramadan. "Alhamdulillah, it's Ramadan" mewakili esensi rasa syukur dan dedikasi, menangkap jangkaan dan berkat masa suci ini, dan apa yang bermakna untuk memberi kembali kepada komuniti. Diilhamkan daripada bakat vokal Farhana yang kaya dan dedikasinya yang tulus, lagu itu pasti dapat bergema dengan pendengar di seluruh dunia, menawarkan jemputan menawan untuk mengharungi perjalanan rohani Ramadan. Dengan lirik yang positif dan melodi yang menggembirakan, lagu ini berfungsi sebagai peringatan yang menyentuh...

Afif Tirmizie & Nikki Palikat bergabung hasilkan Lagu Tema "Dugaan Takdir Cinta" Untuk Drama “Takdir Itu Milik Aku”.

Image
Oleh: Norazni Ismail. Pasangan duet Malaysia yang sedang melancarkan lagu “Dugaan Takdir Cinta” iaitu penyanyi lelaki, Afif Tirmizie yang terdahulu merupakan anggota kumpulan popular seperti The Fabulous Cats dan Nukilan, terus menorehkan nama dalam industri muzik. Manakala penyanyi perempuan pula, Nikki Palikat, yang dikenali melalui penampilannya yang memukau dalam program termasuk All Stars Gegar Vaganza (ASGV) pada tahun lalu. “Apabila saya dapat tahu akan menyanyikan lagu “Dugaan Takdir Cinta” bersama Nikki Palikat,  saya sangat berasa teruja akan kolaborasi ini kerana kepakarannya dan kemahiran vokalnya  menjadikan proses rakaman ini berjalan dengan lancar” Menurut Afif Tirmizie merupakan producer vokal dan penyanyi lelaki terhadap Nikki Palikat apabila mendapat tahu tentang pasangan duetnya. Buat pertama kalinya Afif Tirmizie dan Nikki Palikat bergabung menghasilkan Lagu “Dugaan Takdir Cinta” sebagai lagu tema untuk drama “Takdir Itu Milik Aku” yang dijangka memberi im...

‘DURSILA’ DENDANGAN MEIKA ADINDA UNTUK OST DRAMA MALANG SI PUTERI.

Image
Oleh: Norazni Ismail. Meiska Adinda, penyanyi muda dan penulis lagu berasa dari Bali, Indonesia, telah berjaya memperolehi pengiktirafan di Malaysia melalui pencapaian Anugerah Platinum dengan single pertamanya yang bertajuk ‘Hilang Tanpa Bilang’ pada tahun lepas. Lagu ini mencapai prestasi cemerlang dalam penjualan melalui saluran digital strim di Malaysia pada tahun 2023,sekali gus menjadikannya pencapaian yang membanggakan untuk Meiska Adinda dan Sony Music Entertainment Indonesia. Pada tahun ini pula Meiska kembali menyediakan satu sajian karyanya kepada pendengar di Malaysia dengan keluaran lagu “Dursila” dan juga merupakan original soundtrack (OST) untuk drama tempatan yang bertajuk “Malang Si Puteri” yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Selain itu, lagu ini telah ditulis oleh Adrianna Cinta yang juga merupakan penyanyi dan penulis lirik di bawah naungan Sony Music Entertainment Malaysia, serta komposor berbakat dari Malaysia iaitu, Farouk Roman. Meiska sangat teruja apabila m...

Nikmati Rasa Tradisional di Bufet Selera Kampung Palace of the Golden Horses pada Ramadan Ini.

Image
  Oleh: Norazni Ismail. Palace of the Golden Horses dengan bangganya mempersembahkan Bufet Selera Kampung, sebuah pengalaman kuliner istimewa untuk menyambut bulan Ramadhan dengan citarasa tradisional dan keaslian masakan Malaysia. Menampilkan pelbagai hidangan yang dipilih khas, para tetamu dapat menikmati pelbagai rasa yang mewakili kepelbagaian budaya dan warisan Malaysia, menjanjikan pengalaman berbuka yang yang tidak boleh dilupakan. Bufet Selera Kampung akan diadakan di Royal Ballroom, Palace of the Golden Horses dari 15 Mac hingga 7 April 2024. Tersedia pada setiap Jumaat hingga Ahad, ia menawarkan pelbagai hidangan yang dirancang dengan teliti untuk mengeratkan semangat persaudaraan pada bulan suci ini. Dengan tiga menu dan pelbagai hidangan lazat yang dihidangkan secara bergilir, para tetamu boleh menikmati hidangan tradisional kegemaran ramai. Antara hidangan utama dalam menu ini termasuk 'Ayam Masak Rose A-la Kampung', 'Daging Salai Lemak Cili Api’, ‘Prawn Sa...

Perlancaran jersi choii x baju melayu bulan bintang dan seri jelajah festival raya choii x bulan bintang 2024

Image
  Oleh: Norazni Ismail. Kuala Lumpur 16 March 2024- Dua penjenamaan paling  Viral di malaysia iaitu Jersi Choii Dan pakaian baju melayu Bulan Bintang  kini bergabung untuk kali pertama dalam sejarah  sempena Hari Raya 2024. Gabungan dua  jenama besar ini, Mengeluarkan baju Jersi dan baju melayu gabungan Choii X Bulan Bintang untuk edisi raya 2024. Dengan menawarkan  Jualan 4 item combo dengan harga RM289 . Sempena kerjasama antara Choii dan bulan Bintang. Gabungan ini akan megadakan Seri Jelajah Festival Raya 2024 di tiga lokasi di Malaysia pada 21hb March hingga 24hb March 2024 di Perkarangan Parking A Stadium Bukit Jalil Kuala Lumpur,  28hb March hingga 31hb March 2024 di Raia Hotel & Convention Center Alor Setar Kedah. Para pengunjung boleh mendapatkan barangan baju ini hanya di lokasi jelajah Raya ini sahaja.  Dan seri jelajah ini dianjur kan oleh Specta Event.  Menurut Pengarah Urusan Choii iaitu Encik Fariz Asri, Beliau amat teruja...

“Saya tidak menjanjikan bulan dan bintang tetapi yakin dengan pasukan yang ada, dapur yang bersih dan telah diiktiraf oleh agensi berwajib-DMS

Image
  Oleh: Norazni Ismail. NILAI- Nikmati juadah berbuka puasa yang menyajikan masakan selera kampung di Dewan Mahligai Seri Nilai (DMS) yang terletak di Jalan Delima 1, Kawasan Perindustrian Nilai 3 dengan bertemakan ‘Nostalgia Selera Kampung’. Apa yang menariknya, DMS menghidangkan  bufet Ramadan  dengan pelbagai juadah makanan yang diinspirasikan dari masakan ibu disamping dekorasi dewan yang dihiasi dengan pelbagai props berlatarkan suasana kampung. Disamping menikmati hidangan selera kampung serta suasananya seperti tahun 80 an, semestinya pengunjung akan mengimbau nostalgia zaman silam mereka.  DMS telah menyajikan sebanyak 80 juadah dan hidangan yang lazat serta menyelerakan yang terdiri daripada masakan kampung masyarakat Melayu, Cina dan juga India. Antara menu yang disediakan adalah set Nasi Kawen, Nasi Putih Daun Pandan, Rendang Ayam Pucuk Ubi, Ayam Masak Merah Seri Rose, Ikan Patin Masak Tempoyak, Daging Gulai Kawah Klate, Ikan Tongkol Masak Kari Mam...

Pelancaran Lagu Single Rasmi bagi MUNAJAT BUAT GAZA oleh Leia AzZahra dan Pelancaran album BEKALAN JIWA Kumpulan Qosidah Munsyidaat El Qassh.

Image
  Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 14 MAC 2024- Kumpulan Qosidah Munsyidaat El Qassh baru saja merilis album BEKALAN JIWA pada 7 Mac 2024. Projek ini merupakan rakaman album qosidah secara live yang hanya diringi oleh alat muzik perkusi yang dimainkan sendiri oleh anggota Munsyidaat El Qassh. Lagu-lagu yang dirakamkan adalah lagu-lagu mawlid, selawat dan zikir klasik zaman-berzaman. Album ini telah diterbitkan secara bersama oleh Loonaq Records dan sub-label di bawahnya iaitu NAKHODA ALAM RESOURCES yang dimiliki oleh artis penyanyi, komposer dan penulis lirik yang dikenali iaitu Royce Sa’ayan.  Penerbit bagi album in adalah Royce sendiri dan bekerjasama dengan penerbit muzik dan rakaman iaitu Mohd Noor Mohd Zain@MadNor Hendrix. Dirakam di studio Loonaq Records di Desa Kundang, Rawang, Selangor.  Munsyidaat El Qassh (bermaksud Penyanyi Cerita Sirah)pada awalnya diwujudkan untuk mengisi kegiatan majlis dan upacara keagamaan, kebudayaan, juga melakukan kerja kerja amal ke...