LEGENDA KUNTILANAK BANGKIT SEMULA DALAM FILEM 'ANAK KUNTI' DENGAN INTERPRETASI MODEN
Oleh: Zizi Hashim. KUALA LUMPUR 09 FEBRUARI 2025- Dalam satu pengumuman yang pasti menggemparkan peminat filem seram serantau, ST Media berganding bahu dengan gergasi perfileman Indonesia, Drias Film Production, dan platform digital KipasKipas untuk menghadirkan "Anak Kunti" - sebuah karya seram yang dinanti-nantikan arahan sutradara tersohor Bambang Drias, hasil tulisan penulis skrip berbakat Baskoro Adi. KEBANGKITAN SEMULA LEGENDA Mengambil latar belakang era 90-an yang nostalgik, "Anak Kunti" membawakan nafas baharu kepada legenda Kuntilanak yang telah lama menghantui imaginasi masyarakat Nusantara. Kisah ini mengikuti perjalanan Sarah (lakonan memukau Gisellma Firmansyah), seorang pelajar pesantren yatim piatu yang nekad meneroka rahsia keluarganya di Desa Wonoenggal. Kepulangannya membangkitkan entiti supernatural yang dipercayai roh ibunya - seorang wanita yang menghembuskan nafas terakhir ketika melahirkan anak kembar semasa kekacauan desa yang tragis. JAN...