PENYAMPAIAN CENDERAHATI UNTUK ARTIS-ARTIS DI MAJLIS IFTAR BERSAMA NOVA MUSIC MALAYSIA

Oleh: Norazni Ismail. PETALING JAYA, 14 MAC 2025 - Para artis tanah air telah menerima cenderahati istimewa sebagai tanda penghargaan atas sumbangan mereka dalam industri muzik tempatan semasa Majlis Iftar Bersama yang berlangsung di GlamSuite, GlamHall Damansara petang tadi. Majlis yang dianjurkan oleh Nova Music, 17Eleven dan Future Music ini turut meraikan bakat-bakat hebat negara dalam pelbagai bidang seni. Penyanyi muda berbakat, Tantari, telah menerima cenderahati khas daripada penganjur atas kejayaan beliau menerbitkan album sulungnya yang mendapat sambutan hangat dalam kalangan pendengar muzik tempatan. Ketika ditemui media, Tantari melahirkan rasa terharu dan berterima kasih atas pengiktirafan yang diberikan. "Saya tidak menyangka akan menerima penghargaan sebegini. Ini merupakan satu motivasi buat saya untuk terus berkarya dan menghasilkan muzik yang berkualiti," ujar Tantari yang kini sedang giat mempromosikan single terbarunya. Majlis iftar yang bermula pada p...