GGR Motor Cipta Sejarah Dengan Pelancaran Motosikal EV Lion G1 Pada Harga Subsidi RM1,599

Oleh: Norazni Ismail. KUALAL LUMPUR 28 JUN 2025 - GGR Motor (M) Sdn Bhd hari ini melakar babak bersejarah dalam industri automotif tanah air dengan melancarkan motosikal elektrik pertama keluarannya, Lion G1, pada harga subsidi yang sangat mampu milik iaitu RM1,599 menerusi program MARiiCas. Majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan di Saloma KLCC ini turut dihadiri Pengerusi GGR Motor, Tengku Syarif Temenggong Perlis, Datuk Seri Diraja Syed Amir Abidin Jamalullail dan Ketua Pengarah MARA, Dato' Zulfikri Osman. Model Lion G1 yang bermotor berkuasa 3,000 watt ini mampu menempuh jarak sehingga 120 kilometer bagi setiap cas penuh dengan pengecasan pantas 50 peratus dalam masa 1 jam 30 minit, serta dilengkapi jaminan waranti menyeluruh sehingga 50,000 kilometer. Walaupun harga asas RM3,999, pengguna hanya perlu membayar RM1,599 selepas subsidi, dan sehingga kini sebanyak 3,000 unit telah terjual sejak pra-pelan...