Posts

Showing posts from April, 2024

Din dan Kid terus kehadapan dengan Konsert Search "Gemuruh" yang bakal diadakan pada Jun nanti.

Image
  Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR, 28 April 2024 – Gandingan pemain gitar adik-beradik, Noordin Mohd Taib (Din) dan Hamzah Mohd Taib (Kid), sememangnya sinonim dengan kumpulan rock legenda, Search. Persembahan mereka ternyata memberi warna dan aura tersendiri dalam setiap persembahan Search sejak dahulu sehingga kini.  Tidak menghairankan mereka mendapat penghargaan tertinggi peminat apabila Din digelar King of Rhythm, manakala Kid pula digelar King of Tremolo. Skil petikan gitar mereka yang memikat menerusi lagu-lagu popular Search, sekali gus menjadikan lagu-lagu tersebut kekal evergreen sehingga kini. Sebagai pembuka aktiviti seni tahun ini, Din dan Kid yang lebih mesra dengan panggilan ‘KidDin’ akan tampil menerusi konsert istimewa berjudul ‘Gemuruh’ di Zepp Kuala Lumpur pada Jun nanti. Konsert anjuran Big Stage Entertainment Channel dengan kerjasama MyMuzik Sendiri Entertainment ini akan berlangsung pada 29 Jun 2024, jam 8 malam. Konsert Search ‘Gemuruh’ akan menampil...

DOLLA BERSEDIA UNTUK MENERUSKAN PERJUANGAN SENI

Image
Syasya, atau nama sebenar Noor Syasya Afiqah Shahrizal, 23, ahli kumpulan M-pop DOLLA, telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada kumpulan tersebut atas sebab peribadi. DOLLA yang ditubuhkan pada tahun 2019 di bawah syarikat rakaman Universal Music Malaysia, mula mencuri perhatian peminat muzik tempatan dengan single pertama mereka ‘DOLLA Make You Wanna’ yang dilancarkan pada 20 March 2020. Sehingga kini, DOLLA telah mengeluarkan enam single solo, termasuk hits seperti Impikan, BAD, dan satu album penuh berjudul New Classic pada November 2023. Kumpulan yang turut dianggotai oleh Angel, Sabronzo dan Tabby ini pernah merangkul anugerah Top Meletop Kumpulan/Duo di Anugerah Meletop Era 2021, selain dinobatkan sebagai Kolaborasi/Artis Berkumpulan Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke- 35 (ABPBH35) tahun 2022 serta Lagu Trending Tergempak dan Video Muzik Tergempak di Gempak Most Wanted Awards 2023. Menurut Kim Lim, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, “Wal...

'JOURNEY' buah tangan DATO AWIE untuk perminat.

Image
  Oleh: RyesHazmanja PUTRAJAYA 08 APRIL 2024-    'Bike and Beans'   Putrajaya saksi perjalanan hidup Dato Awie dengan pengumuman konsert solo Dato Awie pada Ogos nanti.Pada 7 april 2024 tersingkap sudah teka teki tentang konsert solo terakhir yang bakal Dato Awie adakan bersama majlis raikan asnaf dan 30 anak-anak yatim di samping itu Dato Awie ada menyampaikan sumbangan kepada artis veteran kita Isma Alif, Arwah Yazid Search dan Sazali P.Ramlee. Balu Allahyarham Yazid dan isteri Sazali mewakili mengambil sumbangan. Berbalik kepada Konsert 'Journey' yang bakal berlangsung pada 3 Ogos nanti ini adalah naskah Awie yang terakhir sebagai artis solo. Dikhabarkan banyak lagu-lagu hits dari album solo Dato Awie akan didendangkan dalam konsert selama 2 jam itu. Dukacita dimaklumkan tiket sangat-sangat terhad. Hanya sebanyak 2900 tiket sahaja yang di jual untuk konsert akhir Dato Awie ini. Konsert solo 'Journey' ini di bawa khas oleh Truepixel sdn.bhd dengan kerjas...

"LAMBAIAN SYAWAL" buah tangan Life Petal buah peminat menjelang Syawal ini.

Image
Oleh: Norazni Ismail. Single ke Lapan yang bertajuk “Lambaian Syawal” berentak Balada. Sinopsis: Lirik lagu ini dikarang oleh Mohd Khair Mohd Yasin (penulis lagu “Cinta Melonkolia” pada awal 90an).  “Lambaian Syawal” mengisahkan suasana menyambut bulan Syawal secara umum, ada yang menyambut secara gembiraan & ada pula suasana yang sedih dan pilu. Kegembiraan kerana sudah menunaikan ibadah puasa selama sebulan. Maka hari Raya adalah kemenangan buat mereka. Kesedihan pula kerana ada yang ahli anggota atau saudara mara yang telah pergi dijemput Ilahi tidak dapat menyambut sama seperti hari raya yang sebelum ini. Band ‘Life Petal’ telah ditubuhkan pada tahun 2013 bermulanya dengan menggunakan nama ‘Fassa De’rossa’ dan tukar kepada ‘Life Petal’ pada tahun 2014. Maksud nama Life Petal ialah menunjukkan band ini hendak menyampaikan mesej tentang kehidupan iaitu dalam Bahasa inggerisnya ‘Life’ dan ‘Petal’ pula ialah kelopak bunga dalam Bahasa Inggeris menunjukkan kiasan tentang alam ...

"Aburii"-restoran Wagyu Yakiniku yang menyelerakan di tengah-tengah TTDI

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALAL LUMPUR 04 APRIL 2024- Aburii ialah restoran Wagyu Yakiniku yang menyeronokkan di tengah-tengah TTDI, Kuala Lumpur, yang diasaskan oleh Encik Lin Chi dan rakan kongsinya.   Temui Lin Chi, pemilik dan dalang operasi di sebalik Aburii. Dengan pengalaman berdekad-dekad menikmati masakan Jepun dan mengasah seleranya untuk membezakan rasa yang terbaik, pasukan memilih pengalaman menjamu selera yang tiada tandingan di Aburii. (Dari kiri) Chef En Zaneq dan En Lin Chi. Wagyu A5 Aburii diimport dari Prefektur Miyazaki, terkenal kerana menghasilkan beberapa daging lembu yang paling indah di dunia. Proses pemilihan teliti pasukan memastikan setiap potongan Wagyu yang disajikan di Aburii merangkumi kemuncak kualiti dan rasa. Setiap hidangan mencerminkan keghairahan pemilik untuk kecemerlangan masakan dan komitmennya untuk menawarkan tetamu perjalanan gastronomi yang tidak dapat dilupakan.  Aburii pakar dalam Wagyu yakiniku dan juga menawarkan makanan laut ...

MONOSTERIO Lancar OST Telemovie "JADI RAYA TAK JADI".

Image
Oleh: Norazni Ismail. Mac 2024, Kuala Lumpur. Monosterio telah melancarkan sebuah Ost Telefilem berjudul “Jadi Raya Tak Jadi”. Lagu ini merupakan ost utama sebuah telefilem berjudul “Jadi Raya Tak Jadi” Arahan sutradara Jebat , Multimedia Film Productions Sdn Bhd akan mula ditayangkan di Astro First bermula 4 Febuari 2024. Lirik oleh Fj Muzik dan susunan lagu adalah oleh Fj Muzik , ALAN , ANEP DAN IZAN (Monosterio) manakala struktur muzik dan penyusunan lagu oleh Monosterio sepenuhnya. Lagu ini telah dirakamkan di studio rakaman Asia Empire Records,dimiliki sepenuhnya oleh Monosterio Proses adunan dan mastering oleh Anep Monosterio. Anep Monosterio ( pemain deram ) turut berlakon didalam telefilem ini, ia adalah lakonan pertama beliau secara eksklusif.Turut memegang watak utama adalah saudara Fikry Ibrahim , Adan Eji , Farouk Hussain , Azhar Sulaiman , Dewa Sapri & Din Latah. Sebuah telefilem komidi raya mengisahkan tentang Farid, seorang remaja warganagara Amerika dan be...

Ernie Zakri Meriahkan Aidilfitri Dengan "HAHAHAHAHari Raya".

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR, 01 APRIL 2024 - Seperti ramai penyanyi lain di Malaysia, bintang bersuara hebat Ernie Zakri tidak mahu ketinggalan dalam memeriahkan suasana Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi. Oleh itu, Ernie tampil dengan sebuah lagu raya baharu berjudul ‘HAHAHAHAHari Raya’. Lagu ini merupakan ciptaan serta tulisan Ernie Zakri sendiri bersama beberapa orang komposer dan penulis lirik lain iaitu Mage, Glowrush, dan Ajay Amai. Disusun dan diterbitkan oleh Adib Hussin serta Glowrush, lagu ini mempunyai gaya yang tersendiri. “Seperti lagu-lagu seniwati Saloma, ia ada nuansa era tahun 1950-an. Unsur ini ditampilkan supaya ada sedikit kelainan dari segi bunyi jika dibandingkan dengan lagu-lagu Raya saya sebelum ini,” ujar Ernie membuka bicara. Ernie juga memberitahu bahawa proses rakaman lagu ini sangat mudah. “Pada awalnya sudah ada versi yang pendek sekitar dua minit. Kemudian kami mengambil keputusan untuk memanjangkan sedikit lagu ini. Di situ saya tamb...

Kempen Mari Beli Lokal – Ramadan Raya 2024 Kembali Lagi.

Image
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan RM2.5 juta hasil jualan usahawan tempatan melalui Kempen Mari Beli Lokal — Ramadan & Raya Tahun 2024. KUSKOP memperkenalkan kempen Mari Beli Lokal – Ramadan & Raya untuk kali kedua susulan kejayaan kempen tersebut pada tahun 2023 yang meraih nilai jualan sehingga RM2.5 juta. Seperti tahun 2023, kempen Mari Beli Lokal – Ramadan & Raya turut dikuasakan oleh platform digital tanpa caj iaitu MyMall. Hampir 500 usahawan dijangka akan menyertai Kempen Mari Beli Lokal – Ramadan & Raya pada kali ini yang menawarkan pelbagai produk seperti pes masakan segera, produk runcit, pakaian raya dan kuih raya. Kempen ini juga disertai jenama-jenama terkenal seperti Lima Waktu, Bulan Bintang, Shasya Habib, Primavalet, Bunga, Nur Aisyah, Ola Oli, V3, SKNN, Qi Rahman dan Agarbomb. YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, sebagaimana pelaksanaan pada tahun 2023, Kempen Mari Beli Lokal Ramadan...