Posts

Showing posts from May, 2025

Bella Astillah & Ade Govinda Bergabung Dalam Single "Lebih Indah Berpisah"

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 02 MEI 2025 - Penyanyi terkenal Bella Astillah telah kembali ke industri muzik dengan single terbaru bertajuk "Lebih Indah Berpisah", hasil kolaborasi istimewa bersama komposer dan pemuzik terkenal Indonesia, Ade Govinda. Lagu yang dilancarkan pada 2 Mei 2025 ini membawa mesej tentang kekuatan hati untuk melepaskan cinta yang tidak lagi menghargai, demi membuka lembaran hidup yang lebih indah. Karya ini dicipta dan dihasilkan sepenuhnya oleh Ade Govinda. Menurut Bella, lagu ini merupakan karya yang sangat istimewa buat dirinya. "Bermula daripada cadangan tajuk yang asalnya sedikit berbeza, akhirnya saya dan Ade Govinda sepakat untuk memilih perkataan indah sebagai teras utama judul ini, mencerminkan sisi positif daripada sebuah perpisahan," katanya. Bella turut menyifatkan pengalaman bekerjasama dengan Ade dan pasukannya sebagai kenangan berharga yang tidak dapat dilupakan. Beliau memuji profesionalisme mereka yang menghormati...

Kematian Nas Ahmad: Makan Bersama Keluarga Jadi Kenangan Terakhir

Image
Oleh: Norazni Ismail. KOTA DAMANSARA 02 MEI 2025 - Muhammad Nasrul, 38, anak sulung kepada penyanyi terkenal Allahyarham Nas Ahmad mendedahkan bahawa permintaan terakhir ayahnya adalah untuk makan bersama keluarga di luar rumah minggu lalu, walaupun dalam keadaan kesihatan yang semakin merosot. Menurut Nasrul atau lebih dikenali sebagai Alun, permintaan itu dipenuhi oleh keluarganya tanpa menyedari ia merupakan pertemuan terakhir mereka di luar. "Kami tunaikan juga permintaannya. Tak sangka, itulah kali terakhir kami makan bersama di luar," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara hari ini. Allahyarham Nas Ahmad atau nama sebenarnya Md Nasir Ahmad yang telah menghidap masalah jantung sejak 2022, baru sahaja dibenarkan keluar dari Hospital Sungai Buloh seminggu lalu setelah menjalani rawatan selama tiga minggu bermula pada hari raya pertama. Keadaan kesihatan Allahyarham semakin merosot apabila sebelah matanya tidak dapat melihat seperti b...

KUGIRAN MASDO RAIKAN 10 TAHUN DALAM INDUSTRI MUZIK DENGAN PENGUMUMAN KONSERT BESAR

Image
  Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 02 MEI 2025-  KUALA LUMPUR, 1 MEI 2025 - Kugiran retro moden kesayangan ramai, MASDO, telah mengadakan majlis istimewa bagi meraikan ulang tahun ke-10 perjalanan seni mereka dalam industri muzik tanah air. Bertajuk "Perjumpaan Ahli Mesyuarat Tingkap", majlis yang berlangsung pada 30 April 2025 di Saloma, Kuala Lumpur ini telah menghimpunkan lebih 200 peminat setia dan wakil media dalam suasana yang meriah. Sebelum acara berlangsung, peminat MASDO telah dibuat tertanya-tanya apabila ahli kumpulan Ali Sariah, Asmawi, dan Putu Ceri memuat naik hantaran berbentuk kriptik di Instagram mereka, memberikan bayangan akan berlakunya pengumuman besar. Teka-teki ini akhirnya terjawab pada malam perjumpaan rahsia tersebut. Sebagai penghargaan kepada para peminat, MASDO telah mempersembahkan mini showcase eksklusif secara langsung yang mengimbau kenangan lagu-lagu popular mereka. Antara lagu yang dipersembahkan termasuk "Dinda", "Lautan...

ROCKETFUEL ENTERTAINMENT CIPTA FENOMENA DENGAN TIGA LAGU RAYA HEBAT TAHUN 2025

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 02 MEI 2025- Rocketfuel Entertainment telah mencapai kejayaan luar biasa sempena Ramadan dan Aidilfitri 2025 dengan pelancaran tiga lagu Raya yang mencipta fenomena tersendiri. Lagu-lagu tersebut, iaitu "Meriah Lain Macam" yang dinyanyikan oleh Hael Husaini dan Nadeera, "Nyam Nyam Ketupat" oleh Zizan Razak, Wani Kayrie, Dinda Dania dan MissAlvy, serta "Dam Dim Dum Raya" oleh Nadeera, telah berjaya mengumpulkan lebih 1.7 bilion strim dan tontonan secara kolektif di YouTube dan platform digital lain. Lagu "Meriah Lain Macam" telah menduduki tangga pertama di pelbagai carta, termasuk Carta RIM (Lagu Melayu) yang kini dikenali sebagai Official Malaysia Chart, Billboard Malaysia, YouTube Music Malaysia dan YouTube Music Brunei. Lagu ciptaan Hael Husaini dan Iqie Hugh ini telah mencatat lebih 16 juta tontonan di YouTube dan tersenarai sebagai "trending" nombor satu di YouTube selama 33 hari berturut-turut....