KONSERT RUMAH KITA SYURGA KITA DEKAT DI HATI ANDA

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan sejak 18 Mac lalu bagi membendung penularan wabak Covid-19 bukan saja menjejaskan hampir keseluruhan sektor pekerjaan, malah turut memberi kesan kepada industri hiburan tempatan. Umum mengetahui kesemua program hiburan TV termasuk konsert berbayar terpaksa ditunda ke tarikh yang belum ditetapkan. Apa yang pasti, sepanjang PKP dilaksanakan, pelbagai ragam dan aktiviti dibuat dapat dilihat berdasarkan apa yang tular di media sosial. Tidak ketinggalan, kebanyakan penyanyi dan selebriti mengambil pendekatan dengan membuat nyanyian secara langsung di Instagram, merakam lagu secara ‘cover version’ dan banyak lagi sebagai cara mendekati peminat. Pendek kata, orang ramai yang duduk di rumah masih memerlukan hiburan daripada artis kesayangan mereka. Atas inisiatif itu, syarikat rakaman 17Eleven Music tampil dengan idea segar dengan membawakan Konsert Rumah Kita Syurga Kita pada 8 April, jam 3 petang di salur...