Posts

FAMA SIAPSIAGA PASUKAN SOKONGAN TINDAK BALAS KECEMASAN FAMA (CDERT FAMA)

Image
 PORT DICKSON, 15 Februari 2022 - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan  (Federal Agricultural Marketing Authority atau FAMA) meneruskan kursus CDERT FAMA  yang bertujuan meningkatkan tahap kesedaran dan kesiapsiagaan terhadap bencana  khususnya dalam kalangan kakitangan FAMA. Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berkata selaras  dengan Kerangka Kerja Sendai untuk Pengurangan Risiko Bencana Tahun 2015-2030  (Sendai Framework for Disaster Risk Reduction) yang disepakati oleh 187 negara,  menekankan bahawa pengurangan risiko bencana merupakan tanggungjawab yang  perlu dikongsi bersama dengan semua pihak berkepentingan, membudayakan latihan  secara bersepadu, terencana dan berkesinambungan. Dr Ronald berkata usaha MAFI melalui FAMA dalam melaksanakan CDERT adalah  bertepatan dan seiring dengan semangat Keluarga Malaysia yang dapat dilihat bahawa  tugas serta tanggungjawab dalam menghadapi bencana tida...

‘A NIGHT TO REMEMBER’ DATO JAMAL ABDILLAH & ZAMANI

Image
Gandingan Dato' Jamal Abdillah dan Zamani- Foto Azuddin Ahmad Zin IMAGINEX sekali lagi tampil dengan satu persembahan istimewa ‘A NIGHT TO REMEMBER’ yang berkonsepkan persembahan dan makan malam, menampilkan penyanyi lagenda, Dato' Jamal Abdillah dan Zamani Ibrahim. Bakal diadakan pada 26 March 2022 di Manhattan Baltroom Berjaya Hotel, Kuala Lumpur.  Tidak disangkal lagi, persembahan istimewa mereka mampu menarik peminat peminat mereka bagi mengisi tempat di Manhattan Ballroom Berjaya. Keupayaan dan tarikan kedua dua penyanyi lagenda ini tidak perlu dipertikaikan, kerna mereka mempunyai kekuatan aura tersendiri.  Bakal memberikan persembahan istimewa dan mengegarkan. Pasti persembahan makan malam ini dinantikan oleh peminat mereka selain keserasian mereka bergabung.  Setakat ini, Dato' Jamal Abdillah dan Zamani sedang giat melakukan persediaan yang rapi dan berharap dapat memberikan yang terbaik buat peminat yang bakal hadir pada malam persembahan itu nanti dengan persemb...

KDEB SUMBANG SET PAKAIAN SEKOLAH KEPADA DUN SERI SETIA

Image
YB Halimey (ADUN Seri Setia) ketika menyantuni penerima bantuan set pakaian sekolah- Foto Azuddin Ahmad Zin  Selain dari menguruskan kutipan sampah di negeri Selangor, KDEB Waste Management turut mengambil bahagian dalam proragm CSR mereka. Sebelum ini KDEB juga terlibat dengan program bantuan Covid 19, zakat, lembu korban, bantuan kepada anak-anak yatim, ibu tunggal serta bantuan mangsa banjir yg berlaku baru-baru ini. Hari ini KDEB mengadakan program CSR dengan memberi sumbangan berupa set pakaian sekolah untuk DUN Seri Setia. Ini merupakan DUN ketiga sumbangan set pakaian sekolah. Di majlis tersebut Pengarah Urusan KDEB Waste Management Ybhg Tuan Hj Ramli Mohd Tahir turut hadir memberikan sumbangan. Seramai 64 penerima hadir di majlis yang diadakan di salah sebuah hotel di Kelana Jaya. Sebanyak RM10 ribu disumbangkan untuk setiap DUN di dalam negeri Selangor. Ybhg Tuan Hj Ramli Mohd Tahir (Pengarah Urusan KDEB Waste Management) ketika memberi ucapan- Foto Azuddin Ahmad Zin YB Tu...

PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR (PKPS) UMUM HARGA SILING RUNCIT AYAM RM8.00

Image
MB Selangor membuat lawatan sambil meninjau peniaga-peniaga di hadapan Wisma PKPS- Foto oleh Razali Razak Kerajaan Negeri Selangor menerusi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) hari ini mengumumkan penetapan harga siling runcit ayam standard RM8.00 sekilogram di semua premis jualan dibawah seliaan PKPS termasuk di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan. Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata inisiatif ini dilancarkan bagi memastikan rakyat Selangor terus mendapat akses secukupnya kepada ayam segar bekualiti pada harga berpatutan.  “Kerajaan negeri menyambut baik penurunan harga siling ayam standard sebanyak 20 sen kepada RM8.90 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).Bagaimana pun, mekanisma kawalan harga di premis seliaan PKPS dapat menurunkan lagi harga siling tanpa melibatkan implikasi kewangan yang tinggi.” Katanya ayam standard Ehsan PKPS akan dijual pada harga RM8.00 sekilogram di dua premis jualan utama iaitu di P...

Wings 36 Anniversary Celebration

Image
  Kumpulan Wings memberikan 'pose' semasa sesi fotografi bersama jurufoto selepas sidang media-Foto oleh Razali Razak 'Wings 36 Anniversary Celebration' dibawakan oleh Awie Entertainment dan HS Shazlicious sempena meraikan ulangtahun ke 36 Wings dipersada industri hiburan negara. Menjadikan Royale Chulan KL yang gah adalah bertepatan dengan status Wings selaku legenda rock negara membuktikan Wings kekal relevan sejak ditubuhkan hingga kini. Dalam masa 6 hari sahaja penjualan meja mereka medapati lebih dari 50 buah meja telah dijual membuatkan pihak penganjur lebih bersemangat untuk mengadakan persembahan. Dengan tema "Rock & Dine", berkonsepkan persembahan beserta makan malam bakal berlangsung pada 26 Februari 2022 di Taming Sari Ballroom, Royale Chulan Hotel, KL bersesuaian serta mengikut garis panduan yang disediakan oleh MKN dalam situasi semasa ketika ini yang masih dibelenggu wabak Covid 19. Menurut Dato' Awie lg persembahan mereka pada awal tahun...

'HABIS SINI'...KOLABORASI NAIM DANIEL FT JOE FLIZZOW

Image
  World  Peace  Entertainment  Sdn.  Bhd.  dengan kerjasama   Def Jam Recordings Malaysia mengumumkan, penyanyi, penulis lagu dan pelakon Naim Daniel telah bekerjasama dengan Joe Flizzow untuk mengeluarkan single baharu iaitu HABIS SINI , menandakan kerjasama rasmi pertama antara kedua - dua penghibur itu. “Saya berasa amat teruja apabila Joe Flizzow bersetuj u untuk menyertai saya untuk kolaborasi ini. Ia satu penghormatan untuk bekerjasama dengannya ,” kata  Naim Daniel. HABIS   SINI  mengisahkan   tentang   bagaimana   dalam   kehidupan   seharian   kita   akan   bertemu dengan   manusia   yang   leka   dengan   menyebarkan   aib orang   lain   sedangkan   dirinya   sendiri masih penuh dengan cela. Istimewa untuk peminat - peminat Naim Daniel dan Joe Flizzow, HABIS SINI boleh didapati dan dimuat turun di semua streaming platform seperti Spotify...

TIKET DOLLA MINI SHOWCASE HABIS DIJUAL LIMA MINIT SELEPAS PENGUMUMAN

Image
Siapa yang menyangka kumpulan nyanyian wanita DOLLA yang baru beberapa tahun menyertai industri muzik tanah air kini sudah menjadi sebuah kumpulanyang mempunyai pengaruh yang sangat besar.Dengan penampilan muzik dan gaya persembahan yang tersendiri kumpulan ini telah meraih pelbagai kejayaan, termasuk menjadi kumpulan nyanyian wanita pertama yang tampil di papan iklan digital di New York Times Square, Amerika Syarikat.Kini, mereka bakal tampil dengan pertunjukan khas mereka sendiri berupa sebuah acara yang dikenali sebagai DOLLA MINI SHOWCASE.Acara ini bakal berlangsung pada Sabtu 19 Februari 2022 jam 8 malam di NeroEvent Space, PJPAC, 1Utama.Malah, tiket-tiket yang dijual pada harga RM35 (tiket terhad) danRM55 (berserta sesi ramah mesra atau ‘meet and greet’) telah pun habis dijual lima minit selepas diumumkan pada jam 12 tengah hari 30 Januari 2022. “Kami berasa sangat gembira kerana akhirnya diberi peluang membuat pertunjukan kami sendiri untuk para iDolla kami. Lagipu...