Posts

Minggu Filem Rusia IV

Image
Kuala Lumpur Oleh: Norazni Dihoskan Di Malaysia buat kali pertama Berikutan kejayaan tiga tahun menjadi hos festival filem yang diadakan di Singapura, Majlis Perniagaan Rusia-Singapura (RSBC) sedang melakukan lompatan merentasi sempadan untuk mempamerkan filem mereka.  Tahun ini, Malaysia dengan bangganya menganjurkan Minggu Filem Rusia IV untuk negara pertama keluar dari negara asal festival itu.  Mengenai Filem Terdapat 5 filem yang akan dipamerkan semasa festival tahun ini di TGV Suria KLCC, antara November 2022 hingga 3 November 2022. Tajuk yang sedang ditayangkan ialah 11 Silent Men, Everything All Right, Son of a Rich, The Big  Berurusan dan Dari Kedukaan kepada Kegembiraan.  Filem ini dibuka kepada orang ramai secara percuma, dan tiket boleh didapati melalui EventBrite.  Pihak Penganjur Bersama Program Kebangsaan Dalam Keluarga, RSBC telah menyertakan beberapa rakan dagang dalam usaha ini untuk menjayakan program tersebut.  Bagi menyokong penganjuran...

KPDNHEP SELANGOR DEKATI PENIAGA DAN PENGGUNA TINJAU PEMATUHAN DAN REAKSI PELAKSANAAN HARGA MAKSIMUM MUSIM PERAYAAN

Image
Mohd Zuhairi bin Mat Radey (Pengarah KPDNHEP Selangor) memberi penerangan kepada seorang pelanggan tentang salah satu barangan dibawah harga kawalan. Foto: Azuddin Ahmad Zin. Kelana Jaya. Oleh: Norazni. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor dengan kapasiti 260 Penguat Kuasa meliputi Pejabat Negeri Shah Alam, Cawangan Petaling Jaya, Gombak, Kajang, Sepang, Kuala Kubu Bharu dan Kuala Selangor serta 67 Pegawai Pemantau Harga (PPH) komited menyelia pematuhan peniaga di Selangor menjual barangan harga terkawal di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali (DV) 2022 yang mula berkuatkuasa pada 20 Oktober sehingga 26 Oktober 2022 ( 7 hari berkuatkuasa). Sehubungan itu, hari ini satu pemeriksaan dan tinjauan pematuhan SHMMP DV 2022 dilakukan bertempat di Pasaraya Lotus, Paradigm Mall, Petaling Jaya, Selangor. Tujuan pemeriksaan adalah untuk membuat tinjauan tahap kesediaan dan kerjasama pematuhan peniaga di bawah penguatkuasaan Skim ini....

19 November 2022 Tarikh PRU 15

Image
Ybhg Tan Sri Abdul Ghani Salleh ( Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya) ketika sidang media. Foto: Azuddin Ahmad Zin. Putrajaya Oleh: Nazrul. Sementara itu, tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 5 dan 15 November 2022. Tan Sri Abdul Ghani Salleh yang juga Pengerusi SPR turut menjelaskan bahawa, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N66 Bugaya, Sabah akan turut diadakan serentak  dengan PRU15 bagi mengisi kekosongan kerusi berkenaan. Kekosongan kerusi DUN Bugaya adalah berikutan kematian penyandangnya Manis Muka Mohd Darah pada 17 Nov 2020 dan PRK DUN itu tertangguh ekoran proklamasi darurat bagi mencegah penularan pandemik COVID-19. “Dewan Negeri Pahang, 15 kerusi Dewan Undangan Negeri Perlis, dan 59 kerusi Dewan Negeri Sehubungan itu, SPR telah mengadakan Mesyuarat Khas pada hari ini dan memutuskan satu PRU15 hendaklah diadakan bagi mengisi kekosongan 222 kerusi Dewan Rakyat, serta 42 kerusi Perak”, ujar beliau ketika sidang media se...

MAJLIS PELANCARAN JUALAN MURAH KELUARGA MALAYSIA SISWA (JMKMSiswa)

Image
YB Tan Sri Noh bin Haji Omar (Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi) melancarkan Jualan Murah Keluarga Malaysia. Foto: Azuddin Ahmad Zin .  Bangi Oleh: Norazni Sebanyak RM1.2 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan bagi pelaksanaan program Jualan Murah Keluarga Malaysia Siswa (JMKMSiswa) di 20 universiti awam seluruh negara melalui 13 koperasi dan tujuh (7) pusat keusahawanan universiti bermula 19 Oktober 2022 hingga 18 Disember 2022. Program ini menawarkan insentif diskaun harga barangan sehingga 20% kepada mahasiswa bagi pelbagai barangan keperluan harian pelajar seperti makanan kering, buku, alat tulis, tambah nilai prabayar komunikasi, barangan kegunaan harian dan sebagainya. Majlis pelancaran JMKMSiswa telah dirasmikan oleh YB Tan Sri Noh bin Haji Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi di Panggung Seni, Universiti Kebangsaan Malaysia hari ini. YB Tan Sri Noh bin Haji Omar (Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi) meninjau barangan keperluan harian yang ada di Pro...

HI-TEA APRESIASI YPM: PERKUKUH JALINAN DENGAN PENYUMBANG PROGRAM CSR PENDIDIKAN YPM

Image
Ybhg Dato’ Mohd Razman Yaacob ( Pengerusi YPM) bergambar bersama-sama rakan penyumbang. Foto: Azuddin Ahmad Zin. Kuala Lumpur Oleh: Norazni Yayasan Pelajaran MARA (YPM) menerus! inisiatif program tanggungjawab korporat sosial (CSR) pendidikan telah memanfaatkan seramai 32,998 pelajar luar bandar sepanjang pelaksanaannya sejak awal tahun di seluruh negara.  Pengerusi YPM, Dato’ Mohd Razman Yaacob berkata, YPM sentiasa ke hadapan demi membantu meningkatkan tahap pendidikan pelajar-pelajar miskin, asnaf, fakir dan mereka daripada golongan B40 supaya tidak terpinggir dalam arus pendidikan.  Pelbagai program CSR yang dilaksanakan YPM termasuklah Program Tuisyen Pintar YPM @KPLB, Program Kecemerlangan & Pembangunan Insan, Program Celik AlQuran, Program Semarak limu, Skim Anak Angkat, Skim Bantuan Persekolahan, Skim Bantuan Khas Pendidikan, Skim Dana Ehsan Pendidikan, Skim Pendidikan Tertiari, Program SPM Fast Track, Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya, Program Back To School, ...

PENGANJURAN SUKAN TAHFIZ SELANGOR 2022

Image
Shah Alam Oleh: Norazni Kerajaan Negen melalui Jawatankuasa Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan menganjurkan program Sukan Tahfiz Selangor-Gema Insan 2022 pada 14 dan 15 Oktober 2022 bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.  Penganjuran program yang julung kali diadakan ini adalah kerjasama dengan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) dan Majlis Belia Tahfiz Malaysia yang melibatkan lebin 3000 orang pelajar tahfiz daripada 403 sekolah yang berdaftar di bawah PITAS di seluruh Negeri Selangor.  Program yang berlangsung selama dua hari ini menyediakan pelbagai acara menarik melibatkan penyertaan pelajar-pelajar tahfiz iaitu Pertandingan Sukan Tahfiz (bola sepak, bola jaring, sepak raga bulatan dan memanah) Pertandingan Pentas (qasidah dan nasyid), Gema Insan Fun Run, Forum Perdana, Qiamulail dan Solat Hajat Perdana, Selangor Bermunajat dan Konsert Nasyid Gema Insan yang menampilkan kumpulan nasyid tersohor tanah air iaitu Hijjaz, ...

Hijjaz Komited Berikan Persembahan Terbaik di Konsert Nasyid Lagenda

Image
Kumpulan Hijjaz ketika membuat persembahan di Karnival Gema Insan 2022. Foto: Azuddin Ahmad Zin. Shah Alam Oleh: Nazrul Aura kehebatan yang dimiliki setiap kumpulan nasyid membuatkan genre ini kekal utuh dan menjadi pujaan ramai, meskipun pelbagai genre muzik mewarnai industri muzik tempatan, nasyid dilihat masih mendapat permintaan tinggi dan kekal relevan walaupun ada ketikanya mengalami zaman suram. Hijjaz yang kini diterajui oleh Munif, Isman Nadim, Mohd Faizal dan Muhammad Ariffin komited untuk memberikan persembahan terbaik sewaktu konsert Nasyid Lagenda yang akan berlangsung pada 29 Oktober nanti. “Konsert ini adalah sebagai tribute bagi mengenang jasa penyanyi nasyid yang berkecimpung sejak tahun 1970-an seperti Al Jawaher, Al Mizan dan seangkatan dengannya, “   jelas Faizal ketika ditemui di majlis Gema Insan 2022. Untuk penyanyi nasyid era 1980-an pula seperti Nadamurni dan The Zikr manakala fasa ketiga, 1990-an hingga kegemilangan nasyid kontemporari seperti Raihan, Hijj...