KERAIAN 5 DEKAD KEMBARA BLUES GANG DENGAN KONSERT SOLO EKSKLUSIF OGOS 2024 INI

Selepas 50 tahun, Blues Gang akhirnya muncul solo dalam persembahan berskala besar pada malam eksklusif konsert Blues Gang Apo Nak Dikato yang dijadual berlangsung pada 9 Ogos nanti. Utuh memperjuangkan genre blues dan rock sepanjang lima dekad penubuhan mereka, band legenda yang dikenali dengan karya kritis dan berjiwa rakyat itu memilih pentas berprestij Zepp Kuala Lumpur bagi melakar momen bersejarah pada malam anjuran AV Group itu. Penyanyinya, Ito Mohd, berkata konsert ini dianggap sebagai cerminan perjalanan lima dekad Blues Gang pada persembahan yang dinamakan bersempena judul malar segar mereka, Apo Nak Dikato yang dirilis 40 tahun lalu. “Secara solo, di pentas sebesar ini, konsert Blues Gang Apo Nak Dikato adalah yang pertama selepas 50 tahun. Kali terakhir muncul dalam konsert berskala besar ialah pada Konsert 2 Raksaksa Reunion pada 2011, tapi bersama Sweet Charity. “Ini bukan saja eksklusif Blues Gang, malah boleh dianggap rare selepas 14 album kami. Saya sendiri, secara so...