Posts

KERAIAN 5 DEKAD KEMBARA BLUES GANG DENGAN KONSERT SOLO EKSKLUSIF OGOS 2024 INI

Image
Selepas 50 tahun, Blues Gang akhirnya muncul solo dalam persembahan berskala besar pada malam eksklusif konsert Blues Gang Apo Nak Dikato yang dijadual berlangsung pada 9 Ogos nanti. Utuh memperjuangkan genre blues dan rock sepanjang lima dekad penubuhan mereka, band legenda yang dikenali dengan karya kritis dan berjiwa rakyat itu memilih pentas berprestij Zepp Kuala Lumpur bagi melakar momen bersejarah pada malam anjuran AV Group itu. Penyanyinya, Ito Mohd, berkata konsert ini dianggap sebagai cerminan perjalanan lima dekad Blues Gang pada persembahan yang dinamakan bersempena judul malar segar mereka, Apo Nak Dikato yang dirilis 40 tahun lalu. “Secara solo, di pentas sebesar ini, konsert Blues Gang Apo Nak Dikato adalah yang pertama selepas 50 tahun. Kali terakhir muncul dalam konsert berskala besar ialah pada Konsert 2 Raksaksa Reunion pada 2011, tapi bersama Sweet Charity. “Ini bukan saja eksklusif Blues Gang, malah boleh dianggap rare selepas 14 album kami. Saya sendiri, secara so...

‘PERIH JERIH’ MASDO

Image
KUALA LUMPUR, 13 Mei 2024 – Sebut sahaja nama Masdo, pasti muzik era 60-an yang bakal terbit di benak fikiran, kugiran yang memperjuangkan muzik bernuansa ‘retro vibe’ ini dianggotai oleh 3 jejaka berbakat, Ali Sariah (vokalis), Putu Ceri (bass) dan Asmawi (gitaris) kembali dengan single terbaharu berjudul ‘Perih Jerih’ setelah lebih setahun tidak muncul dengan mana-mana single, hasil ciptaan sepenuhnya oleh mereka bertiga, dan diterbitkan oleh syarikat rakaman terkemuka tanah air, Warner Music Malaysia. Kali terakhir Masdo tampil dengan single terbaharu adalah sekitar bulan Julai tahun lalu, “Lagu ‘Pujaanku’ yang turut menampilkan penyanyi Aisyah Aziz tempoh lalu mendapat respon yang sangat luar biasa dan luar jangkaan dari kebanyakan penggemar muzik di luar sana, kemudian kami sibuk pula dengan pelbagai persembahan pentas bukan sahaja di Malaysia, malah menerima jemputan mengadakan persembahan di luar negara seperti Jepun dan juga United Kingdom”, ujar Ali Sariah. “Selain single terb...

Runut Bunyi Filem ‘Syahadan 2’ Angkat Lagu Etnik Rock ‘Pejuang Abata’ Sebagai Single Dan Muzik Video

Image
  Oleh: Zizi Hashim “Idea tercetusnya penghasilan runut bunyi lagu “Pejuang Abata” ini adalah untuk menghebahkan tentang kesinambungan dari filem Syahadan 1 yang dihasilkan pada tahun 2022. Kali ini filem Syahadan 2 akan melibatkan kolaborasi persilatan dari 2 negara iaitu Malaysia dan Indonesia dimana ianya melibatkan selebriti persilatan Indonesia yang pernah terlibat dengan koreografi lagak ngeri untuk Marvel Shang-Chi.” bicara Datuk Fairus Hussain pada petang 11 Mei 2024 bertempat di Pawagam Mini P. Ramlee, FINAS sempena Majlis Pelancaran Single dan Muzik Video rasmi nyanyian Amy Zakri. Filem dan lagu produksi Trilion Marketing Sdn Bhd ini dijangka akan memulakan penggambaran pada tahun 2025 diikuti dengan tayangan pada tahun berikutnya. Lagu berentak Etnik Rock berjudul “Pejuang Abata” ini diangkat sebagai runut bunyi bagi filem Syahadan 2 arahan sutradara bersama iaitu Datuk Fairus Hussain dan Halim Hassan. Lagu yang pada awalnya berkonsepkan Nasyid adalah ciptaan sepen...

Kolaborasi Universal Music Malaysia dan Surya Malaysia Lantik Ernie Zakri Sebagai Duta Zeleb+ NMN

Image
  Oleh: Zizi Hashim Universal Music memanfaatkan pengaruh selebritinya, berusaha untuk menyebarkan lebih banyak kegembiraan melalui ‘kesejahteraan berpaksikan muzik’ kepada orang ramai manakala Surya terus komited untuk membangunkan lebih banyak produk kesihatan buat rakyat Malaysia. Dengan misi untuk meningkatkan landskap kesihatan negara dan menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup lebih sihat, kolaborasi terbaru bersama Universal Music Malaysia dalam memperkenalkan era baru sinergin antara kesejahteraan dan muzik. Usahasama ini memperkenalkan produk pertama mereka, Zeleb+ NMN setelah menyedari potensi NMN untuk meningkatkan tenaga, kecergasan dan penuaan yang sihat. Ini adalah sejajar dengan hala tuju strategik kedua-dua pihak untuk mempromosikan kesejahteraan dan kebahagiaan disamping meluaskan manfaat NMN kepada masyarakat sekaligus menjadikannya lebih daripada pemerhatian anekdot secara asas untuk kehidupan rakyat Malaysia. Dilantik sebagai Duta Zeleb+ NMN, E...

Ni Hsin Launches High Powered EV Motorcycles, Featuring MotoGP Legend Jorge Lorenzo.

Image
KUALA LUMPUR, 8 MAY 2024  –  Ni Hsin EV Tech Sdn Bhd (“NH EV TECH”), a wholly-owned subsidiary of Main Market-listed Ni Hsin Group Berhad (“Ni Hsin” or the “Group”; Bursa: NIHSIN, 7215), today launches its high powered EV motorcycles, TC Max and CPx PRO at The Starhill, Bukit Bintang Kuala Lumpur. TC Max and CPx PRO are high powered EV motorcycles manufactured by Nanjing Vmoto Manufacturing Co, Ltd (“VMOTO”) and assembled by NH EV TECH in Malaysia under license. VMOTO is a world leading, fully integrated, new energy e-mobility solution provider, as a brand owner, designer, manufacturer and distributor of high quality electric two-wheel vehicles with European designs and uncompromising quality and related EV business solutions harnessing technology that is sustainable, innovative and exhilarating.  TC Max is a snappy and fun e-motor, a modern café racer capable of entertaining on urban routes thanks to its outstanding handling and acceleration. CPx PRO comes with an 8...

1 Pentas Dikongsi 2 Legenda Rock Gergasi Dalam “Konsert Revolusi”

Image
  Oleh: Zizi Hashim KUALA LUMPUR 07 MEI 2024- “Liku-liku perjalanan rintangan ku lalui, Merentas dengan ketabahan cekal dihati, Aku kini kembali menemuimu lagi, kerana Kau Mekar Di Hatiku Umpama Sekuntum Bunga Di Padang Pasir…” Begitulah petikan dari lirik lagu popular dari 2 legenda rock gergasi ini, memberi sekilas samar-samar teka-teki yang akhirnya terjawab di sidang media khas bertempat di 1 Shamelin Mall pada petang 4 Mei 2024 baru-baru ini. Sofea Legacy dan SYJ Pewaris bakal berkongsi pentas. Berita gempar ini dikongsi oleh Mentari Merah Entertainment selaku penganjur konsert yang berusaha gigih untuk menggabungkan buat pertama kalinya setelah sekian lama dengan line-up baru yang diperkenalkan. Dijangka bakal meletup dengan kehadiran rockers sejati, konsert tanpa henti selama 3 jam yang paling ditunggu-tunggu ini seharusnya ada dalam senarai konsert wajib hadir tahun 2024 ini. Diberi gelar konsert “Revolusi – Sofea Legacy & SYJ Pewaris” direncanakan berlangsung p...

THIS IS THE A.C.A.B. - INDIE NOSTALGIC SHOWCASE 2024

Image
Selepas 18 tahun! Ya … 18 tahun berehat atau berada dalam hiatus, kumpulan THE  A.C.A.B kembali bertemu peminat dengan sebuah persembahan khas yang dinamakan  THIS IS THE A.C.A.B. - INDIE NOSTALGIC SHOWCASE 2024. Merawat kerinduan  pengikut muzik mereka dan kembali bertemu dengan sahabat-sahabat industri,  showcase ini akan diadakan di di Auditorium Muzik Bentley, Mutiara Damansara pada  pukul 8.30 malam di tarikh 1 Jun 2024.   Untuk The A.C.A.B ini merupakan momen yang dinanti-nantikan kerana sudah lama mereka berkeinginan untuk bertemu sahabat dan pengikut muzik mereka.   “Kami berharap para peminat muzik dan band kami akan berkumpul pada malam  tersebut untuk bersama-sama bernostalgia dengan lagu-lagu kami. Inilah masanya  untuk berkumpul semula kerana showcase ini akan diadakan hanya satu malam sahaja  di Auditorium Muzik Bentley, Mutiara Damansara. Dapatkan tiket segera kerana tiket  early bird sudah habis dijual,” uj...