Kolaborasi Bersejarah: Misha Omar & Melly Goeslaw Lahirkan Karya Yang Menyentuh Jiwa

Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR, 31 Julai 2025 - Penghibur berkaliber Misha Omar sekali lagi membuktikan kredibilitinya dalam industri muzik dengan melahirkan sebuah karya istimewa yang menggandingkan sinergi muzik Nusantara. Pemegang predikat tiga kali Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu ini tampil dengan single terbaharu bertajuk "Break" yang merupakan hasil kolaborasi sulung bersama komposer berprolifik tinggi Indonesia, Melly Goeslaw. Diterbitkan oleh syarikat rakaman termahsyur Sony Music Entertainment, "Break" telah dipasarkan secara rasmi di semua platform tradisional dan digital bermula 20 Jun 2025, sekaligus menjadi runut bunyi drama "Mandul Bukan Pilihan" di saluran Astro Ria dan sooka. Penghasilan "Break" bermula dengan inisiatif berani Misha yang mendekati Melly Goeslaw melalui Direct Message di media sosial untuk menyatakan hasratnya memiliki sebuah lagu hasil sentuhan komposer terkenal itu. Melly kemudiannya menciptakan "B...