Posts

Showing posts from September, 2024

ISMAIL IZZANI TAMPIL BUNYI LEBIH SEGAR DAN LIRIK TERSIRAT DALAM LAGU ‘IMAN’

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR, 25 SEPTEMBER 2024 - Kekal konsisten bereksperimen terhadap muziknya, penyanyi Ismail Izzani tampil mempertaruh lagu baharunya berjudul IMAN yang dilancarkan secara rasmi pada 6 September ini. Ismail menyifatkan lagu ini cukup besar maknanya secara peribadi. Nuansa yang disuntik jelas lebih berbeza berbanding koleksi diskografinya sebelum ni. Menariknya, dia sudah dapat menjangka IMAN pasti akan mencetus terjemahan berbeza dalam kalangan pendengar. Namun secara peribadi, Ismail tertarik kepada konsep keseluruhan lagu itu yang bunyinya agak terkini. Dia juga menampilkan koreografi tarian khas dalam muzik videonya (MV). “Pembikinan lagu ini ambil masa yang panjang. Apabila saya dengar ‘demo’ pertamanya, saya tidak pasti sama ada saya mahu menyanyikannya. “Bila dengar lama-lama dan terokai melodinya, buatkan saya teruja. Saya rasa lagu ini sangat segar. Mengenai maksud dan mesej lagu ini, Ismail menjelaskan lagu tersebut mengisahkan tentang seorang wanit...

TIGA IS3, gandingkan Adriana Adnan, Uyaina Arshad & Syamim Freida

Image
Oleh: Norazni Ismail. DAMANSARA 25 SEPTEMBER 2024- Mengambil pendekatan berhibur tetapi dalam masa yang sama menyajikan banyak input menarik dalam kehidupan seharian merupakan antara intipati penting yang terkandung dalam program Tiga Is3- sebuah rancangan baharu yang menggabungkan tiga personaliti popular tanah air. Adriana Adnan, Uyaina Arshad dan Syamim Freida buat julung kalinya bergabung dalam Tiga Is3 berkongsi banyak kisah menarik terutama kisah rumah tangga dan kehidupan seharian dalam mendepani situasi semasa yang semakin mencabar. Kebanyakan topik yang dikupas tidak hanya tertumpu kepada isu semasa tetapi lebih kepada isu rumah tangga, perkahwinan muda dan beberapa topik penting memandangkan mereka bertiga berstatus seorang isteri. Mengambil idea dan pendekatan seperti rancangan 3R yang pernah popular sekitar tahun 2000, Adriana menyifatkan Tiga Is3 sebagai wadah utama untuk mereka berkongsi pengalaman dan cabaran dalam melayari kehidupan seharian. “Ketiga-tiga kami berstatu...

Rabbani, Mawi, Hafiz Hamidun, Khai Bahar dan Inteam bakal jayakan KONSERT 5 RUKUN 2.0.

Image
Oleh: Norazni Ismail. SHAH ALAM, 25 September 2024- Usaha untuk melestarikan hiburan dakwah agar ia terus menjadi medium penting untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu islam, meningkatkan keimanan serta keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini tidak akan pernah berhenti.  Sehubungan itu, KONSERT 5 RUKUN 2.0 (PERJUANGANMU) yang menghimpunkan lima artis terkemuka tanah air iaitu Rabbani, Mawi, Hafiz Hamidun, Khai Bahar serta Inteam bakal diadakan di RCD Big Studio, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor pada 2 November 2024, bermula jam 8 malam.  Antara artis-artis yang hadir di majlis sidang media semalam.  Foto: Azuddin Ahmad Zin. Dianjurkan serta diterbitkan Mac Training Centre Sdn Bhd, KONSERT 5 RUKUN 2.0 (PERJUANGANMU) yang mendapat sokongan Persatuan Cinta Gaza Malaysia ini adalah kesinambungan daripada Konsert 5 Rukun yang pernah diadakan pada tahun lalu.  Jika Konsert S Rukun berpaksikan konsep Lim...

CROMOK PATERI 2024 DENGAN KONSERT THE REAL CROMOK, TAMPILKAN HILLARY ANG DAN MAN KEEDAL DI SATU PENTAS

Image
Oleh: Norazni Ismail. PETALING JAYA, 23 September 2024 – Cromok membawa kejutan di tahun ke-36 penubuhannya dengan sebuah persembahan ikonik yang menampilkan pemuzik, Hillary Ang dan Man Keedal dalam sebuah konsert yang dinamakan The Real Cromok. Dianjurkan oleh Pointlink Ventures, konsert ini djjadual berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 7 Disember nanti. Ini adalah penampilan pertama band thrash heavy metal ini bersama dua gitaris terkenal itu. Karl, antara anggota terawal Cromok, berkata ia adalah sebuah malam bersejarah, bukan saja buat Cromok, malah para peminat yang mengikuti perjalanan band ini yang mencipta fenomena seawal album sulung, Image of Purity yang dirilis pada 1991 dengan karya seklasik Journey dan Metallurgical. Persembahan itu juga, menurutnya, sememangnya telah lama dinantikan, terutamanya kemunculan semula Hillary yang menggantikannya pada 1999 dan sempat merakam empat album studio bersama Cromok, seawal album Mean, Meaner, Meanest. “Ibarat sirih pulang ke gagan...

Datuk Hattan dan Datuk Jamal Abdillah bakal meriahkan Night Of Love & Compassion Usaha TMESA Kumpul Dana Bantu Pelajar Susah.

Image
Oleh: Norazni Ismail. SHAH ALAM 23 SEPTEMBER 2024- Demi mengumpul dana untuk membantu pelajar-pelajar kurang bernasib baik, Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Tengku Mahmud, Besut Terengganu (TMESA) berbesar hati untuk menganjurkan acara  makan malam amal yang diberi nama ‘Night Of Love & Compassion’.   Acara ini bakal menggabungkan dua penyanyi lagenda tanah air iaitu Datuk Hattan dan Datuk Jamal Abdillah yang sudah tentunya menjanjikan persembahan penuh jiwa menerusi rangkaian lagu-lagu mereka yang malar segar sehingga hari ini. Night Of Love & Compassion bakal berlangsung pada 14 Disember 2024 ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur. Menurut Presiden TMESA, Dato’ Muhammad Nasir Hamzah, persatuan ini amat mengambil berat tentang kebajikan pelajar-pelajar susah terutamanya di sekitar Besut. “Setiap tahun, kita adakan pelbagai aktiviti demi kesinambungan persatuan kerana asasnya adalah untuk membantu anak-anak di sekolah sekitar Besut khususn...

UBATI KERINDUAN PEMINAT, MAWI UMUM KONSERT TSUMAWI 20 TAHUN- MAWI WORLD LIVE IN KUALA LUMPUR

Image
Oleh: Norazni Ismail. BANDAR BARU BANGI 23 September 2024- Hampir dua dekad terlibat dalam bidang seni nama Mawi sebenarnya tidak perlu diperkenalkan lagi.  Populariti yang diraih oleh anak seni yang satu ini tidak perlu dipertikaikan lagi setelah beliau sudah berjaya menempa pelbagai kejayaan dalam bidang kreatif.  Merentasi selang masa yang cukup panjang, Mawi akhirnya mengumumkan bakal mengadakan sebuah konsert solo- sesuatu yang sudah menjadi impiannya sejak dinobatkan sebagai Juara Akademi Fantasia ketiga pada 2005.  Menggunakan jenama Konsert Tsumawi 20 tahun- Mawi World Live In Kuala Lumpur pada 25 Januari 2025 bertempat di Mega Star Arena Kuala Lumpur, banyak pengisian menarik, kompak dan penuh kejutan bakal dirancang oleh penyanyi ini bagi merayakan persembahan itu nanti.  "Ini merupakan hadiah untuk peminat dan sebagai tanda saya masih berada dalam industri nyanyian. Saya gembira akhirnya berjaya merealisasikan konsert solo sendiri setelah sekian lama tida...

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 23 September 2024- Syarikat KAL Venture Group Sdn Bhd telah menganjurkan Majlis Anugerah Kejayaan yang bertujuan untuk mengiktiraf pencapaian cemerlang 160 usahawan terpilih di Malaysia. Program ini diketuai oleh Dato Paduka Master Nazrin Bin Ismail (Penasihat KAL Venture) seorang mentor jutawan yang berpengalaman selama 25 tahun dalam bidang keusahawanan. Objektif utama program ini adalah untuk melahirkan 160 jutawan dalam tempoh satu tahun, bermula dari 20 September 2024 hingga 31 Ogos 2025. Program ini menggunakan pendekatan "mentor jutawan from zero to hero" untuk membantu para peserta mencapai kejayaan kewangan yang signifikan. Kriteria pemilihan peserta adalah berdasarkan pencapaian pendapatan melebihi RM30,000 dalam tempoh tiga bulan pertama program. Pada majlis tersebut, pencapaian tertinggi yang diiktiraf adalah pendapatan sehingga RM80,000 dalam tempoh tiga bulan. Program ini terdiri daripada tiga kursus utama: 1. Train the Traine...

Buah tangan terbaru daripada komposer lagu viral, “Cinta Setandan Pisang” (Bey Sobar Bey)

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 10 September 2024 — Lagu “Cinta Setandan Pisang” (Bey Sobar Bey) ciptaan komposer ternama, Eddie Hamid mencipta fenomena apabila menjadi lagu paling popular di TikTok dan mencatat hampir 20 juta tontonan di YouTube setakat ini! Kini, komposer yang menjadi buruan ramai penyanyi itu memilih Adik Waniey untuk menyanyikan lagu terbaharu ciptaan beliau berjudul "Curey Depe Mato” yang liriknya ditulis oleh Mama Anna, Te Ha dan Jaju. Menampilkan kelainan daripada genre muzik yang biasa dibawa sebelum ini, Adik Waniey atau nama sebenarnya Azmahirwani Nordin, 33, mengetengahkan genre ‘Pop Dangdut Moden’, satu konsep baharu yang dijangka mampu diterima ramai pendengar khususnya penduduk di Pantai Timur. Menurut Eddie, lagu ciptaan terbaharunya itu sesuai dengan nada suara Adik Waniey yang menjadi sebab mengapa dia dipilih untuk menyanyikannya. "Awalnya Adik Waniey terkejut juga sebab melodi dan rentak lagu yang diberi berbeza dengan lagu-lagu yang di...

"ERNA HELINA" buah tangan terbaru dari D'OTAI BOYZ.

Image
Oleh: Norazni Ismail. D'OTAI BOYZ" ditubuhkan pada tahun 2007 dengan nama asal The Otai Boyz dengan line up lama tetapi dapat bertahan dalam jangka masa yang singkat s etahun sahaja pada ketika itu. Pada tahun 2021, band ini dapat diteruskan kembali sebagai rakaman mainstream band.  Lalu nama band bertukar dari The Otaiboyz ke D'Otai Boyz. Dengan nama  D'Otai Boyz ini melambangkan lagu-lagu malar segar (Otai/ Old Timer) yang berentak pelbagai genre  Power Metal, Rock Kapak, Heavy Metal, Pop, Bossanova dan Balada.  Perkataan "Boyz" disebabkan kebetulan juga nama penyanyi utama D'Otai Boyz ialah Boy Botak. D'Otai Boyz telah menerbitkan dua single iaitu Permata KU (2021) dan Erna Helina (2024).     Single kedua D’OtaiBoyz yang bertajuk “Erna Helina” dengan berentak lebih santai ke arah Bossanova & Santana (Mexico Style). Sinopsis untuk lagu ini mengisahkan perhatikan lirik dari mula hingga habis terjadinya ERNA HELINA pada setiap huruf awal rangkap ...

SINGLE TERBARU “DETAK CINTA” TARUHAN ADAM MATIIN

Image
  Oleh: Norazni Ismail. 10hb September 2024- Cyberjaya- Single terbaru Adam Matiin berjudul Detak Cinta adalah ciptaan sepenuhnya Nordin. Susunan muzik oleh Alan Monosterio dan sesi rakaman dijalankan di Studio Asia Empire Records Malaysia. Adunan Anep Monosterio. Adam Matiin  bersama Anep Monosterio. Sebelum ini Adam Matiin pernah hasilkan sebuah single berjudul HEY LADY pada tahun 2021. Setelah 3 tahun kini Adam kembali dengan single terbaru DETAK CINTA dengan konsep yang berbeza dan lebih matang.  Adam adalah pelajar lepasan degree (Bachelor Of Music) Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Kini bekerja di Singapura sebagai tenaga pengajar vokal di sebuah institut muzik.  Adam mempunyai pengalaman luas didalam persembahan pentas dan turut menjuarai beberapa pertandingan nyanyian sehingga ke peringkat asia. Adam ketika sesi temubual bersama media. Berinspirasikan artis seperti Celine Dion dan Anuar Zain, muzik Adam jelas kecenderungan ke genre pop ba...

BATTLE OF TIME EXISTS X MASDO Bakal Cetus Gelombang Kugiran Dua Era

Image
Oleh: Norazni Ismail. Tidak ada yang lebih membangkitkan nostalgia selain kembali ke masa lalu menerusi banyaknya lagu-lagu malar segar yang pernah dihasilkan oleh pengkarya hebat belantika muzik tempatan. Maka apabila DENNSA dan SENSORHYTHM dengan sokongan KEMENTERIAN KOMUNIKASI bersama KUMPULAN MY CREATIVE VENTURES menganjurkan BATTLE OF TIME EXISTS X MASDO yang dijadual berlangsung di DEWAN MERDEKA, WTCKL pada 10 November 2024 pukul 8 MALAM, ini adalah sebuah pengalaman ‘pulang ke masa silam’ yang tidak harus dilepaskan. Pemilihan nama Battle of Time sendiri sudah memberi indikasi transisi masa yang pernah dilalui kugiran legenda seperti Exists turut mempengaruhi perjalanan pemuzik-pemuzik generasi kini seperti Masdo. Apabila kedua-dua nama besar yang telah mencetak kejayaan dan dipuja sehingga ke Indonesia ini bergabung di atas sebuah panggung, maka pengalaman yang akan dinikmati penonton adalah sesuatu yang tidak hanya bersifat hiburan ‘kosong’sebaliknya akan dipenuhi dengan penge...

Pemain gitar legenda-JOBRANKO DAN YONNYBOII cipta momen indah pada ‘SENTUHAN NADI’

Image
Oleh: Norazni Ismail. Kuala Lumpur, 04 September 2024 - Kesinambungan daripada kerjasama menerusi lagu Nadi, pemain gitar legenda, Jobranko dan komposer serta penyanyi serba boleh, Yonnyboii, adakan sesi pertemuan eksklusif bersama peminat di acara Sentuhan Nadi, hari ini. Berlangsung di lokasi ikonik, Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, seramai 20 peminat bertuah berpeluang luangkan masa bersama mereka dari jam 3 petang hingga 6 petang. Semestinya momen intim itu akan membekas dalam hati sebagai kenangan penuh makna. Sentuhan Nadi tidak lain bertujuan menghargai peminat serta penyokong karier muzik Jobranko dan Yonnyboii selama ini. 20 peminat bertuah itu menjadi tetamu eksklusif terpilih daripada peraduan ‘cover’ lagu Nadi yang diadakan 6 Ogos hingga 28 Ogos lalu. Peraduan berkenaan dilakukan menerusi media sosial di mana peserta perlu memuat naik cover terbaik Nadi dengan versi sendiri. Mereka juga perlu meletakkan #SentuhanNadi dan #NadiSongCover dalam hantaran video masing-masing. Acara...

Netherlands Maritime University College adakan persidangan antarabangsa.

Image
Oleh: Norazni Ismail. PUTRAJAYA  03 Septembar 2024- Netherlands Maritime University College (NMUC), dengan kerjasama Port Training Institute ( PTl) of the Arab Academy for Science, Technology & Maritime Transport (AASTMT) STC International, serta dianjurkan bersama oleh MY Iskandar Sdn Bhd (MISB) dan Chartered Institute of Logistics and Transport (CILT), dengan sukacitanya mengumumkan International Conference on Maritime Logistics and Ports (ICMLP) 2024, yang dijadualkan berlangsung dari 3 hingga 5 September 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. ICMLP 2024 akan menghimpunkan pakar-pakar yang terkemuka di dalam bidang masing-masing, industri profesional dan ‘inovator’ dari seluruh dunia untuk membincangkan kemajuan terkini, amalan terbaik dan cabaran dalam logistik maritim, pengurusan pelabuhan, pengurusan rantaian bekalan dan pengangkutan. Persidangan ini turut menyediakan platform penting seperti perbincangan yang akan memberi peluang kepada peserta untuk saling be...