Lebih 50,000 Pengunjung Saksi Majlis Tandatangan Watikah Pengistiharan Malaysia

Oleh: Nazrul-Melaka Lebih 50,000 pengunjung yang memenuhi Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir, Melaka menjadi saksi upacara simbolik menandatangani watikah yang ditandatangani wakil kerajaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak sempena sambutan Hari Malaysia 2022. Kerajaan Persekutuan yang diwakili oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Timbalan Ketua Menteri Sabah II, Datuk Seri Dr Jeffrey G. Kitingan. Majlis bersejarah itu turut disaksikan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam. Upacara itu adalah acara tradisi setiap kali sambutan Hari Malaysia sebagai simbolik dan memperingati sejarah pembentukan Malaysia hasil gabungan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak pada 16 September 1963. Buku watikah yang diperkenalkan sejak 2010 dan mengandungi kompilasi watikah yang ditandatangani wakil kerajaan Persekutuan, Sabah serta Sarawak pada edisi sambutan Hari Malaysia terdahulu dan ...