PESTA KOPI KINI KE PULAU PINANG DISEMBER INI

Pulau Pinang. Oleh: Norazni. Selepas sambutan luar biasa peminat kopi kepada PESTA KOPI KL , PESTA KOPI MELAKA dan PESTA KOPI EXTENDED , sekali lagi PESTA KOPI kembali atas permintaan ramai. Kali ini PESTA KOPI akan dibawa ke syurga makanan Utara, Pulau Pinang. Diberi nama PESTA KOPI PENANG , acara yang kali pertama diadakan di Pulau Pinang ini akan berlangsung pada 10-11 Disember 2022 bertempat di Hin Bus Depot, Georgetown . Ia dianjurkan bersama oleh Tempatan Fest dan Rasta Brew Co. dengan sokongan Hin Bus Depot sebagai lokasi rasmi serta Sekolah Kopi sebagai rakan strategik. Kali ini, acara ini juga turut mendapat sokongan dari Tourism Malaysia sebagai sebahagian dari acara Cuti-Cuti Malaysia . Lebih 45 usahawan kopi tempatan dari seluruh negara serta antarabangsa akan mengambil bahagian untuk edisi kali ini yang akan memperkenalkan pelbagai produk kopi jenama tempatan serta luar negara. Perhimpunan para usahawan kopi ini pastinya akan...