Posts

PESTA KOPI KINI KE PULAU PINANG DISEMBER INI

Image
Pulau Pinang. Oleh: Norazni. Selepas sambutan luar biasa peminat kopi kepada PESTA KOPI KL , PESTA KOPI MELAKA dan PESTA KOPI EXTENDED , sekali lagi PESTA KOPI kembali atas permintaan ramai. Kali ini PESTA KOPI akan dibawa ke syurga makanan Utara, Pulau Pinang. Diberi nama PESTA KOPI PENANG , acara yang kali pertama diadakan di Pulau Pinang ini akan berlangsung pada 10-11 Disember 2022  bertempat di Hin Bus Depot, Georgetown .  Ia dianjurkan bersama oleh Tempatan Fest  dan Rasta Brew Co.  dengan sokongan Hin Bus Depot  sebagai lokasi rasmi serta Sekolah Kopi  sebagai rakan strategik. Kali ini, acara ini juga turut mendapat sokongan dari Tourism Malaysia  sebagai sebahagian dari acara Cuti-Cuti Malaysia . Lebih 45 usahawan kopi tempatan dari seluruh negara serta antarabangsa akan mengambil bahagian untuk edisi kali ini yang akan memperkenalkan pelbagai produk kopi jenama tempatan serta luar negara.   Perhimpunan para usahawan kopi ini pastinya akan...

Operation Corpse, Tandus, Verminator dan Rythmask Gegar Melaka

Image
Melaka. Oleh: Nazrul. Persada muzik ekstrim metal tempatan khususnya di Melaka sekali lagi melakar sejarah tersendiri apabila genre itu akan berkumandang di Warunk Melaka. 3 buah kumpulan akan beraksi di pentas yang pernah di takluki oleh artis-artis mainstream negara. Gigs anjuran Somber Entertainment mempertaruhkan Operation Corpse, Rythmask, Tandus dan Verminator. Mereka bakal menggegar pentas Warunk Melaka pada 11 Disember ini, persembahan di jangka akan bermula pada jam 8.30 malam. Nama Operation Corpse mungkin agak asing bagi generasi ‘ekstrim’ sekarang, namun bagi mereka yang membesar sewaktu era awal scene underground sudah pasti jenama Operation Corpse di kenali. Meskipun kurang mendapat liputan di zine – zine underground ketika itu, perjuangan muzik mereka tidak pernah ternoktah. Pada awal tahun 1989, mereka lebih dahulu menggunakan nama Nuclear Death dan pernah hadir dengan demo berjudul “Nurosis”,sebelum menukar nama kepada Operation Corpse pada tahun 1991 dan mengeluarkan ...

Burgerkill, The Pinholes dan Gerhana Skacinta Antara Band Yang Akan Beraksi Di Nusafest

Image
Kuala Lumpur. Oleh: Nazrul. Pemuzik 3 Negara 1 Lokasi Penyatuan di lihat cukup bertepatan dengan apa yang bakal diterjemahkan menerusi festival muzik yang bakal menghimpunkan pemuzik dan peminat. Nusa Fest yang bakal berlangsung pada 4 dan 5 Februari 2023 membawakan sebuah festival yang menggabungkan nama besar dalam industri muzik tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura. Festival yang akan berlangsung di Bandar Malaysia itu bakal menyaksikan gabungan kumpulan terkenal seperti Gerhana Ska Cinta, Bunkface, Jemson (Malaysia), The Pinholes (Singapura) serta Burgerkill (Indonesia) di atas satu pentas, khusus meraikan pencinta muzik. Pengarah Urusan Shiraz Projects, Shirazdeen Karim berkata, festival yang tergendala hampir tiga tahun disebabkan pandemik Covid-19 itu akan kembali lebih meriah dengan barisan nama besar dalam industri muzik tiga negara. “Sudah lama rasanya, ‘angin nusantara’ tidak disatukan dalam nada dan irama yang sejalur. Titian persahabatan ini bakal dijalinkan...

Gerhana Skacinta Tidak Sabar Beraksi Di Konsert Indie Alliance

Image
Gerhana Skacinta.  Foto: Subky Kuala Lumpur. Oleh: Nazrul. Popular menerusi lagu Senyuman Ragamu dan Terpesona, Gerhana Skacinta pernah menyepi seketika namun tiada noktah diketemukan, lebih menarik band ini terus kekal bersama Edy J selaku ketua dan pemain gitar, Widy (vokalis pertama), Pedd (vokalis kedua), Bakri (dram), Rejab (trombon), Fairuz (keyboard), Jalut (bass) dan Farin (saksofon). Terus aktif menyertai pelbagai festival muzik dan pastinya kedatangan tahun baharu 2023 bakal diserikan dengan konsert menggabungkan empat kumpulan indie popular, The Times, Joanna & Co, Subculture dan tidak ketinggalan Gerhana Skacinta. Pengalamannya pasti berbeza berbanding main gig yang masanya terlalu singkat. Peminat akan dapat kepuasan kerana persembahan setiap band sekitar satu jam dan sudah pasti kami akan membawakan lagu-lagu terbaik yang di ambil daripada album-album kami” ujar Edy J sewaktu di temui di sidang media Nusa Fest yang di adakan di Kuala Lumpur pada 6 Disember. Edy J ...

Jubli Perak Padi Reborn Yang Cukup Bermakna

Image
Kredit Foto: Bg Chik Kuala  Lumpur. Oleh: Nazrul. Kali terakhir mereka mengadakan persembahan adalah pada tahun 2018, dimana ketika itu KL Live menjadi saksi kehebatan band yang mampu menghimpunkan ‘Sobat’ Padi. Padi Reborn terus gemilang mengembalikan nostalgia dengan mengadakan persembahan cukup bertenaga dengan menyampaikan 23 lagu popular mereka di hadapan lebih 2,500 peminat bersempena “Padi Reborn 25 Years yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 3 Disember lalu.  Tepat jam 8.40 malam, penonton dipertontonkan dengan persembahan visual khas yang menunjukkan perkembangan kerjaya Padi Reborn sejak mereka mula bertapak sebagai Padi pada 1995. Tanpa banyak bicara, Padi Reborn yang dianggotai oleh Piyu (gitar), Fadly (vokal utama), Ari (gitar), Rindra (bass) dan Yoyo (dram) memulakan persembahan dengan seleksi lagu- lagu seperti Bayangkanlah, Sang Penghibur dan Ternyata Cinta. Kredit Foto: Bg Chik “Salam buat semua, selamat datang buat anda semua, terima kasih kerana masih l...

Dinamika Eksklusif Search

Image
Foto: Cipot Redz Kuala Lumpur. Oleh: Nazrul. Cukup Eksklusif apatah lagi ianya beraksi di pentas yang cukup berprestij, Istana Budaya menjadi saksi kehebatan Search yang di barisi oleh Datuk Amy, Nasir, Hillary, Man Keedal serta di bantu oleh Ujang yang menggalas tugas sebagai pemain dram. Kumpulan yang sudah menakluk persada rock sejak empat dekad lalu itu membuktikan legasi mereka utuh selaku legenda rock tanah air. Buktinya hampir semua tempat duduk di Istana Budaya penuh dengan peminat setia yang tidak pernah jemu memberikan sokongan kepada jenama ‘Search’. Aura ditampilkan pantas menyuntik adrenalin kepada khalayak yang hadir menerusi segmen “Rock On 40” yang berlangsung pada 4 Disember lalu, dengan bermodalkan vokal dan mainan muzik padu sepanjang lebih dua jam beraksi. Foto: Cipot Redz Membuka tirai persembahan dengan 3 seleksi lagu iaitu Gelora Cinta, Balada Pemuzik Jalanan dan Pelesit Kota yang sudah cukup menominasi fantasi khalayak. Tanpa banyak bicara lontaran lagu demi lag...

Tirai PJ Folklore 2022 Ditutup Wings

Image
YB Tuan Hee Loy Sian (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Dan Orang Asli Negeri Selangor) merasmikan Petaling Jaya International Folklore Festival malam tadi. Foto: Azuddin Ahmad Zin.   Petaling Jaya. Oleh: Nazrul. Sekembali mengerjakan umrah, Wings muncul dalam “Konsert Wings Ceritera Rakyat”  yang di adakan di Dataran Petaling Jaya, pada 3 Disember lalu.  Konsert tersebut di adakan secara percuma bersempena Festival Folklore Antarabangsa 2022 (PJ Folklore 2022) yang telah berlangsung selama enam hari sejak 28 November lalu. Jika diikutkan, Konsert Naga Kramat di Zepp Kuala Lumpur pada 22 Oktober lalu adalah penutup tirai persembahan kumpulan dianggotai oleh Datuk Awie selaku vokalis, Edrie (gitar), Black (dram), Syam (gitar) dan Edrie Hashim (gitar) itu. Namun, mereka tidak mahu menghampakan permintaan penganjur iaitu Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) biarpun baru sahaja tiba dari Tanah Suci Makkah. “ Kami merasa cukup teruja kerana pih...