PROGRAM LITERASI KEWANGAN UNTUK PELAJAR OKU BEROLEH SAMBUTAN DI PULAU PINANG

Oleh: Norazni Ismail. KEPALA BATAS, 21 M AC 2025 - Program Literasi Kewangan untuk Pelajar OKU anjuran Team ELITE dari Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan (UKMGSB), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah berlangsung dengan jayanya di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini. Program yang disertai seramai 60 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas (SMKPK) Bumbong Lima ini mendapat sokongan penuh daripada Bank Simpanan Nasional (BSN), RHBUKM Endowment Fund, Alkhair Malaysia, ALF Agency Sdn Bhd dan Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad. Majlis perasmian program disempurnakan oleh Dr. Mohd Anuar Bin Abdullah, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Instruksional, Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia. Turut hadir ialah Dr. Nur Laili Ab Ghani, wakil Dekan UKMGSB, Puan Rosiah Mohamed Ariff, Pengetua SMKPK Bumbong Lima, Puan Anes Juwita Yahya, Pengurus Jabatan Deposit, Pembayaran dan Rangkuman Kewangan BSN, serta Tuan Amizan bin Hj...