Kolaborasi PUBG MOBILE dan MASDO: Menyatukan Nostalgia dengan Pengalaman Permainan Baharu

Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR, 24 MAC 2025 - PUBG MOBILE , fenomena permainan mudah alih global, hari ini mengumumkan kerjasama istimewa dengan sensasi retro-pop Malaysia, MASDO, kugiran di bawah naungan Warner Music Malaysia. Perkongsian kreatif ini menggabungkan bunyi vintaj MASDO yang unik dengan pengalaman permainan versi terbaharu PUBG MOBILE 3.7, sambil meraikan ulang tahun ke-7 permainan tersebut dan pelancaran peta terbesarnya, Rondo. Majlis pelancaran kerjasama ini telah disempurnakan oleh Dinesh Ratnam, Pengarah Urusan Warner Music Malaysia dan Singapura, bersama Adil Hisham, Pengurus Produk (Malaysia) untuk PUBG MOBILE, dengan kehadiran kumpulan MASDO. Adil Hisham menyatakan bahawa kerjasama ini membawa nostalgia dan keseronokan kepada pemain. "Kami sangat teruja bekerjasama dengan MASDO dan Warner Music Malaysia untuk membawakan pengalaman imbauan masa lalu yang unik kepada komuniti pemain kami. Kerjasama ini dengan sempurna menangkap semangat dan nostalgia PU...