Posts

Wanns Ahmad Dedikasikan "Bulanku" Sebagai Penghargaan Kepada Wanita."Saya dedikasikan buat semua wanita hebat di luar sana yang sentiasa memberi tanpa syarat.

Image
  "Saya dedikasikan buat semua wanita hebat di luar sana yang sentiasa memberi tanpa syarat". Wanns Ahmad. Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR, 08 MEI 2025 - Lagu "Bulanku" yang telah mencapai kejayaan lebih 1.2 juta tontonan melalui video lirik di YouTube kini meraikan pelancaran video muzik rasminya hari ini di saluran YouTube NSR Malay. Video muzik ini menggandingkan penyanyi berbakat Wanns Ahmad bersama pelakon popular tanah air, Amyra Rosli. Jalinan bakat ini membawa penonton menyusuri kisah pengorbanan seorang wanita yang rela berkorban segalanya demi insan dan keluarga tersayang. Sebagai pengarah video muzik ini, Wanns Ahmad menjanjikan karya yang menyentuh hati penonton dengan tema kasih sayang, pengorbanan dan cinta mendalam dari perspektif seorang wanita, sama ada sebagai ibu atau isteri. Wanns Ahmad bersama Raja Nazreen (A&R dan Pengurus Pemasaran  New Southern Records ) dimajlis pelancaran muzik video "BulanKu'. Pemilihan Amyra Rosli sebagai...

RPM Group Lancar Tiga Entiti Hiburan, Anjur Konsert Jelajah Rockology 2025 Bersama Dato' Awie dan Search Kid Din

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR, 06 Mei 2025 - Industri hiburan Malaysia mencatat sejarah baru dengan pelancaran rasmi RPM Group of Companies yang menaungi tiga entiti utama dalam industri kreatif tempatan: Rumah Produksi Merah Sdn. Bhd. (produksi kandungan kreatif), RPM Events Sdn. Bhd. (pengurusan acara), dan RPM Labels Sdn. Bhd. (label rakaman). Dato' Eddy Amir Salim, Pengarah RPM Group of Companies, menyatakan bahawa penubuhan kumpulan ini merupakan langkah strategik untuk memperkukuh industri hiburan Malaysia dengan pendekatan yang lebih profesional dan tersusun. Dato' Eddy Amir Salim, Pengarah RPM Group of Companies. Sempena pelancaran tersebut, RPM Events Sdn. Bhd. turut memperkenalkan Rockology Concert Tour 2025, sebuah jelajah konsert berskala nasional yang akan menampilkan dua nama besar dalam industri muzik rock tanah air, iaitu Dato' Awie dan Search Kid Din. "Saya terima pelawaan untuk terlibat dalam Rockology Concert Tour 2025 kerana saya percaya pada...

KamiSempoi International Agency Perluas Empayar di Asia Tenggara, Lancar Label Muzik dan Anugerah 2024

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR, 05 MEI 202 5 - KamiSempoi International Agency (KSIA) yang masih mengekalkan kedudukan sebagai Agensi Platinum No. 1 di Malaysia serta antara Top 7 Agensi TikTok di Asia Tenggara, kini meluaskan empayar mereka di rantau ini dengan penganjuran KamiSempoi Golden Award 2024 dan pelancaran label muzik baharu. Acara KamiSempoi Golden Award 2024 akan berlangsung di Galaxy Banquet Hall, Sentul Kuala Lumpur pada 12 Mei ini bermula jam 8.00 malam dengan acara karpet merah. Berbanding tahun lalu, jumlah kategori yang dipertandingkan pada tahun ini telah meningkat dengan ketara, iaitu sebanyak 12 kategori untuk rakan niaga berbanding 7 kategori tahun lalu, manakala 15 kategori untuk live host daripada pelbagai latar belakang dikekalkan. Pengasas KSIA, To Chin Swee atau lebih dikenali sebagai Pakcik Chin Swee berkata, tiga anugerah baharu turut diperkenalkan iaitu Top Host KamiSempoi - Singapura 2024, Top Host KamiSempoi - Indonesia 2024 serta Top Host KamiSe...

Bella Astillah & Ade Govinda Bergabung Dalam Single "Lebih Indah Berpisah"

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 02 MEI 2025 - Penyanyi terkenal Bella Astillah telah kembali ke industri muzik dengan single terbaru bertajuk "Lebih Indah Berpisah", hasil kolaborasi istimewa bersama komposer dan pemuzik terkenal Indonesia, Ade Govinda. Lagu yang dilancarkan pada 2 Mei 2025 ini membawa mesej tentang kekuatan hati untuk melepaskan cinta yang tidak lagi menghargai, demi membuka lembaran hidup yang lebih indah. Karya ini dicipta dan dihasilkan sepenuhnya oleh Ade Govinda. Menurut Bella, lagu ini merupakan karya yang sangat istimewa buat dirinya. "Bermula daripada cadangan tajuk yang asalnya sedikit berbeza, akhirnya saya dan Ade Govinda sepakat untuk memilih perkataan indah sebagai teras utama judul ini, mencerminkan sisi positif daripada sebuah perpisahan," katanya. Bella turut menyifatkan pengalaman bekerjasama dengan Ade dan pasukannya sebagai kenangan berharga yang tidak dapat dilupakan. Beliau memuji profesionalisme mereka yang menghormati...

Kematian Nas Ahmad: Makan Bersama Keluarga Jadi Kenangan Terakhir

Image
Oleh: Norazni Ismail. KOTA DAMANSARA 02 MEI 2025 - Muhammad Nasrul, 38, anak sulung kepada penyanyi terkenal Allahyarham Nas Ahmad mendedahkan bahawa permintaan terakhir ayahnya adalah untuk makan bersama keluarga di luar rumah minggu lalu, walaupun dalam keadaan kesihatan yang semakin merosot. Menurut Nasrul atau lebih dikenali sebagai Alun, permintaan itu dipenuhi oleh keluarganya tanpa menyedari ia merupakan pertemuan terakhir mereka di luar. "Kami tunaikan juga permintaannya. Tak sangka, itulah kali terakhir kami makan bersama di luar," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara hari ini. Allahyarham Nas Ahmad atau nama sebenarnya Md Nasir Ahmad yang telah menghidap masalah jantung sejak 2022, baru sahaja dibenarkan keluar dari Hospital Sungai Buloh seminggu lalu setelah menjalani rawatan selama tiga minggu bermula pada hari raya pertama. Keadaan kesihatan Allahyarham semakin merosot apabila sebelah matanya tidak dapat melihat seperti b...

KUGIRAN MASDO RAIKAN 10 TAHUN DALAM INDUSTRI MUZIK DENGAN PENGUMUMAN KONSERT BESAR

Image
  Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 02 MEI 2025-  KUALA LUMPUR, 1 MEI 2025 - Kugiran retro moden kesayangan ramai, MASDO, telah mengadakan majlis istimewa bagi meraikan ulang tahun ke-10 perjalanan seni mereka dalam industri muzik tanah air. Bertajuk "Perjumpaan Ahli Mesyuarat Tingkap", majlis yang berlangsung pada 30 April 2025 di Saloma, Kuala Lumpur ini telah menghimpunkan lebih 200 peminat setia dan wakil media dalam suasana yang meriah. Sebelum acara berlangsung, peminat MASDO telah dibuat tertanya-tanya apabila ahli kumpulan Ali Sariah, Asmawi, dan Putu Ceri memuat naik hantaran berbentuk kriptik di Instagram mereka, memberikan bayangan akan berlakunya pengumuman besar. Teka-teki ini akhirnya terjawab pada malam perjumpaan rahsia tersebut. Sebagai penghargaan kepada para peminat, MASDO telah mempersembahkan mini showcase eksklusif secara langsung yang mengimbau kenangan lagu-lagu popular mereka. Antara lagu yang dipersembahkan termasuk "Dinda", "Lautan...

ROCKETFUEL ENTERTAINMENT CIPTA FENOMENA DENGAN TIGA LAGU RAYA HEBAT TAHUN 2025

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 02 MEI 2025- Rocketfuel Entertainment telah mencapai kejayaan luar biasa sempena Ramadan dan Aidilfitri 2025 dengan pelancaran tiga lagu Raya yang mencipta fenomena tersendiri. Lagu-lagu tersebut, iaitu "Meriah Lain Macam" yang dinyanyikan oleh Hael Husaini dan Nadeera, "Nyam Nyam Ketupat" oleh Zizan Razak, Wani Kayrie, Dinda Dania dan MissAlvy, serta "Dam Dim Dum Raya" oleh Nadeera, telah berjaya mengumpulkan lebih 1.7 bilion strim dan tontonan secara kolektif di YouTube dan platform digital lain. Lagu "Meriah Lain Macam" telah menduduki tangga pertama di pelbagai carta, termasuk Carta RIM (Lagu Melayu) yang kini dikenali sebagai Official Malaysia Chart, Billboard Malaysia, YouTube Music Malaysia dan YouTube Music Brunei. Lagu ciptaan Hael Husaini dan Iqie Hugh ini telah mencatat lebih 16 juta tontonan di YouTube dan tersenarai sebagai "trending" nombor satu di YouTube selama 33 hari berturut-turut....