Posts

Dari Malaysia ke Seluruh Dunia: Syria Care Angkat Bantuan Kemanusiaan ke Pentas Global

Image
Oleh: Papadin. SHAH ALAM, 30 SEPTEMBER 2025 – Syria Care hari ini mencatat sejarah baharu dalam perjuangan kemanusiaan Malaysia apabila melancarkan Pertubuhan Amal HUMAM atau HUMAM Relief, sebuah organisasi baharu yang bakal memperluaskan misi kemanusiaan negara ke peringkat global. Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Syria Care, Siti Sakinah Meor Omar Baki berkata, HUMAM Relief yang lahir pada 2024 ini merupakan hasil daripada pengalaman lebih sedekad Syria Care berkhidmat di bumi Syam, dengan visi yang lebih luas untuk membina masa depan mampan dan bermaruah bagi masyarakat rentan di seluruh dunia. Majlis pelancaran turut menyaksikan pembentangan logo baharu Syria Care yang melambangkan aspirasi dan kematangan organisasi itu. Ketua Pegawai Eksekutif Syria Care, Siti Sakinah Meor Omar Baki. Walaupun baharu setahun didaftarkan, HUMAM Relief telah mula mengorak langkah dengan beberapa projek awal yang memberi impak, termasuk pembinaan telaga air bersih di Uganda dan Indonesia, ...

Konsert Inteam 25 Tahun Memukau Lima Ribu Penonton di Idealive Arena.

Image
Oleh: Hanim Ahmad. DAMANSARA 30 SEPTEMBER 2025 - Kumpulan nasyid Inteam berjaya mengadakan konsert berskala besar sempena ulang tahun ke-25 mereka dalam industri seni hiburan tanah air di Idealive Arena, Petaling Jaya baru-baru ini. Konsert yang mendapat sokongan tajaan daripada MINAZ ini disaksikan oleh lima ribu penonton yang memenuhi dewan berprestij tersebut. Suasana konsert sungguh meriah dengan sorakan bertali arus daripada para peminat setiap kali lagu-lagu popular Inteam dibawakan. Kumpulan yang mempunyai berbelas-belas album ini menampilkan persembahan yang penuh bertenaga dan memukau, disokong oleh band iringan serta penyanyi latar yang profesional menambahkan lagi kerancakan aura persembahan mereka pada malam itu. Persembahan konsert tersebut dihiasi dengan limpahan lampu yang megah dan indah, manakala suasana dewan yang selesa dengan pendingin udara yang sejuk memberikan keselesaan kepada penonton yang hadir. Inteam telah mempersembahkan lagu-lagu popular mereka yang malar...

Suara Semua Carnival 2025 Kembali dengan Konsep ASEAN+1 Pertama di Malaysia

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 28 SEPTEMBER 2025 - Suara Semua Carnival 2025 (SSC 2025) bakal mencipta sejarah sebagai satu-satunya pertandingan nyanyian budaya ASEAN+1 di Malaysia apabila berlangsung pada 19 Oktober 2025 di Dewan Tunku Abdul Rahman (DTAR), TAR UMT Setapak. Edisi ke-9 karnival budaya terbesar rantau ini akan menghimpunkan 60 peserta dari 10 negara ASEAN serta China, menjadikannya platform perpaduan budaya yang tidak pernah wujud sebelum ini di negara kita. Keistimewaan utama SSC 2025 terletak pada konsep unik di mana finalis akan menyanyikan lagu dalam bahasa bukan ibunda mereka, memperlihatkan pertukaran budaya yang mendalam dan semangat perpaduan ASEAN yang sebenar. Finalis khas dari negara-negara ASEAN akan terbang khusus ke Malaysia untuk membuat persembahan, meruntuhkan sempadan bahasa dan menjalinkan hubungan budaya yang lebih erat melalui muzik. Acara dari jam 9 pagi hingga 2 petang ini akan menampilkan barisan artis terkenal termasuk juri Meer Nash dan Ma...

Malaysia Kejar Mahkota Karaoke Dunia - Dua Wakil Terpilih Beraksi Di Bangkok 2025

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 25 SEPTEMBER 2025 - Malaysia bakal diwakili oleh dua penyanyi berbakat tempatan, Nor Hisham bin Md Yusof dan Osman bin Yahya, yang akan berentap di Karaoke World Championship (KWC) 2025 di Bangkok, Thailand pada November ini. Kedua-dua peserta ini berjaya melalui saringan ketat di peringkat tempatan yang dianjurkan pihak KWC, sekaligus menjadi harapan negara untuk mengangkat nama Malaysia di pentas antarabangsa. Turut hadir dalam sidang media khas semalam ialah Kamsari bin Jalil dari My Muzik Sendiri Entertainment yang bertindak sebagai promoter rasmi, sambil mengumumkan pelantikan mereka sebagai duta produk BTA Global X bagi mengangkat jenama tempatan ke mata dunia. ‘BTA GLOBAL X merupakan Penaja Utama kepada Nor Hisham b Md Yusuf & Osman b Yahya bagi mempromosikan mereka berdua sebagai Duta BTA Global X & wakil Malaysia ke pertandingan Karaoke World Championships’. Kamsari bin Jalil dari My Muzik Sendiri Entertainment. Perjalanan kedua-...

Malam Amal "Legends" Bakal Gegarkan Melaka dengan Barisan Artis Veteran

Image
Oleh: Papadin. KUALA LUMPUR 23 SEPTEMBER 2025 - Melaka bakal menjadi saksi kepada sebuah malam penuh nostalgia dan kebajikan apabila Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) menganjurkan Majlis Makan Malam Amal "Legends" pada 1 November 2025 bertempat di Melaka International Convention Centre (MITC). Acara istimewa ini akan berlangsung dari jam 8.00 malam hingga 11.00 malam, menghimpunkan barisan legenda muzik tanah air yang tidak asing lagi di telinga peminat muzik Malaysia. Antara artis terkenal yang akan memeriahkan pentas malam tersebut termasuklah kumpulan Sweet Charity, Kopratasa, Dato' Khatijah Ibrahim, Ito Blues Gang, Datuk Andre Goh, S. Mariam dan Helen Vellu. Kehadiran legenda-legenda ini dijangka akan membawa penonton kembali mengenang zaman kegemilangan muzik tempatan sambil menyaksikan persembahan yang pastinya menghiburkan dan penuh makna. Selain sebagai hiburan, majlis ini turut bertujuan untuk menyalurkan bantuan terus kepada artis veteran yang uzur dan me...

Duet Ikonik Edrie Hashim & Candy Berkolaborasi dengan ASWARA - Showcase 'Pistol & Bunga' Menggegar Penonton

Image
Oleh: Papadin. KUALA LUMPUR 23 SEPTEMBER 2025 – Sebuah malam bersejarah telah terukir dalam kalendar muzik rock Malaysia apabila showcase "Pistol & Bunga" di Dewan Orkestra ASWARA berjaya menyatukan tiga generasi artis dalam satu persembahan yang menggegarkan. Kerjasama antara gitaris maestro Edrie Hashim, kumpulan legenda rock wanita Candy dan pelajar-pelajar berbakat ASWARA pada 20 September lalu membuktikan bahawa semangat rock tanah air tidak pernah padam malah terus berkobar dengan lebih ghairah. Inisiatif Fakulti Pengurusan Seni Budaya dan Warisan ASWARA ini bukan sekadar akademik tetapi telah berkembang menjadi fenomena yang memukau ribuan peminat muzik yang hadir. Kehebatan Edrie Hashim sebagai salah seorang gitaris terhebat Asia Tenggara sekali lagi terbukti melalui repertoir yang menakjubkan. Beliau memulakan dengan karya-karya teknikal tinggi seperti "Answers" dan "Flight of the Wounded Bumblebee" sebelum membawa penonton dalam perjalanan ...

Kolaborasi Aisha Retno dan Ade Govinda Lahirkan Single Emosional "Semoga Saja"

Image
Oleh: Norazni Ismail. Penyanyi dan penulis lagu asal Kuala Lumpur, Aisha Retno, sekali lagi membuktikan kehebatannya dalam industri muzik tempatan melalui kolaborasi terbaharu bersama musisi dan produser terkenal Ade Govinda dalam single berjudul "Semoga Saja". Artis yang terkenal dengan suara khas dan lagu-lagu hit seperti "Mengikat Jiwa", "Nukilanku", dan "Sutera" ini terus memperkukuh kedudukannya sejak debut pada 2018, malah pernah tampil di Billboard Times Square New York dan menjadi duta Spotify EQUAL untuk Malaysia dan Singapura pada 2022. Single "Semoga Saja" yang dilancarkan pada 19 September 2025 ini menampilkan pendekatan berbeza daripada karya-karya kolaborasi Ade Govinda sebelum ini yang biasanya bernuansa pop-ballad. Kali ini, kedua-dua artis menghasilkan lagu dengan aransemen tempo sederhana namun sarat emosi, menggambarkan perasaan kehilangan dan doa untuk seseorang yang telah pergi. Keunikan vokal Aisha yang lembut tet...